|
Songkit:
Cotton or silk weaven with gold or silver thread to form the base of
Malaysian
muslim ceremonial attire.
KALIMAH-KALIMAH BACAAN HIZB SAIFI-5
wahai
(tuhan) yang amat penyayang. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dari Mu dan aku merayu pada Mu dengan keesaan Mu dari puji-puja Mu dan pengagungan Mu dan tahlil Mu (pengucapan La ilahai la llah) dan takbir Mu (ucapan Allahu Akbar) dan tasbih Mu (ucapan Subhanallah) dan kesempurnaan Mu dan pengurusan Mu, pengagungan Mu dan penyucian Mu, cahaya Mu, kasihan belas Mu kasih sayang Mu, ilmu Mu, kebijaksanaan (sifat lemah lembut dan tahu semua), ketinggian Mu, kehormatan Mu, kelebihan Mu, keagungan Mu, anugerah Mu, kesempurnaan Mu, kebesaran Mu (ketakburan), kekuasaan Mu dan kesultanan Mu serta budi penghargaan Mu, keindahan Mu, kecantikan Mu, petunjuk Mu, keampunan Mu, nabi Mu, wali Mu dan keturunannya yang suci murni, semoga Engkau memberi selawat (rahmat) ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas seluruh saudara maranya (yang terdiri dari ) nabi-nabi dan utusan-utusan dan semoga Engkau tidak mengharamkan aku dari pertolongan (sokongan) Mu dan keutamaan Mu …….
dan
keindahan Mu serta keagungan Mu, dan faedah-faedah dari kemuliaan Mu (kemurahan
hati) maka sesungguhnya, tidak pernah menghalang oleh kerana terlalu
banyak apa yang telah Engkau hamburkan dari pemberian-pemberian oleh
sebarang penghalang yang berupa kebakhilan (bererti Engkau tak pernah
bakhil dalam memberi) dan tiada mengurangkan
akan kemurahan hati Mu oleh pengurangan kesyukuran terhadap
nikmat-nikmat Mu. Ya Allah, rezekikanlah aku akan hati yang khusyuk lagi tunduk, patuh, serta mata yang suka menangis dan badan yang sihat lagi sabar (cekal) serta keyakinan yang benar dan dengan kebenaran ia menumpu. ……
dari segala kegerunan dan ketakutan, serta kesepian dan keterasingan. Dan lindungilah aku dan keluargaku dan saudara-saudara ku seluruhnya dari setiap kemusnahan dan selamatkanlah aku dari setiap bala bencana, dan penyakit, kecelaan dan kesukaran dan ujian (yang berat) atau (dugaan) dan gempa bumi dan kegetiran, kehinaan dan kerendahan dan kekurangan dan lapar dan dahaga dan kefakiran, dan kepapaan, kesempitan dan fitnah serta wabak dan bala, lemas (dalam air), kebakaran, kilat kecurian, kepanasan dan kesejukan, rompakan, kesesatan, kealpaan dan sesuatu yang sesat dan benda-benda terbang (yang membawa kejahatan), kegelinciran (dari jalan yang benar) dan dosa-dosa serta kerunsingan dan kedukaan, (ditelan bumi) dan lemparan (qazaf), cacat, sakit, uzur, gila, penyakit kusta, sopak, lumpuh dan buasir.
Penyakit
beser (kencing tak tus) dan kekurangan dan kerosakan dan malu (skandal)
dan kehuduhan di dua negeri (dunia/akhirat) sesungguhnya Engkau tiada
pernah mungkir janji.
|