|
Songkit:
Cotton or silk weaven with gold or silver thread to form the base of
Malaysian
muslim ceremonial attire.
KALIMAH-KALIMAH BACAAN HIZB SAIFI-2
Terjemahan nya Dan
segala yang lain dari itu, kebijaksanaan bahasa-bahasa dan sesatlah di
sana pentadbiran (pengaturan) dalam tindak-tanduk sifat-sifat, Barang
siapa yang berfikir pada ciptaan Mu yang indah dan pujian Mu yang tinggi
dan mendalami pada perkara itu nescaya kembalilah pancaindera Nya
kepadanya dengan keadaan hampa, kecewa dan akalnya terpesona dan daya
fikirnya bingung dan tertawan.
apabila
ia terbit, dan didaratan mahupun di lautan, baik di pagi hari dan di
petang hari, baik di malam hari ataupun di pagi hari, baik di tengahari
ataupun di dinihari. Dan di dalam segala bahagian (juzuk) dan
bahagian-bahagian malam dan siang. Ya Allah untuk Mu segala pujian dengan taufik Mu, telah Engkau hadirkan aku akan kelepasan (keselamatan) dan telah Engkau jadikan aku dari Mu dalam daerah penjagaan dan aku sentiasa dalam limpahan nikmat-nikmat Mu dan berterusan nikmat-nikmat / anugerah-anugerah Mu, terkawal dengan Mu dalam penolakkan dan halangan, terjaga dengan Mu dalam keteguhan pertahan diriku. Ya Allah sesungguhnya aku memuji Mu, kerana Engkau tidak memberatkan aku (membeban) lebih dari keupayaanku dan Engkau tidak redha (restu) dari ku selain dari ketaatan ku dan Engkau telah meredhai aku dari ketaatanku pada Mu dan pengabdian Mu tanpa kekuasaan ku, dan kekurangan daya-upayaku dan kekuasaanku, Maka sesungguhnya Engkau Allah …..
Raja
yang benar yang tiada tuhan selain dari Mu. Engkau tiada hilang,
dan tak kan terlindung dari Mu sesuatu yang hilang pun dan tidak akan
tersembunyi dari Mu sesuatu pun yang bersembunyi dan tiada akan hilang
dari Mu dalam kegelapan-kegelapan persembunyian (yang tersembunyi) suatu
apa pun yang hilang, Hanya sanya, urusan Mu apabila Engkau menghendaki
sesuatu, Engkau berkata padanya "jadilah" maka ianya pun jadi (1-
Dibaca Surah Al Ihklas 3 x).
Ya Allah, hanya untuk Mu/bagi Mu pujian-pujian. Pujian-pujian yang banyak sentiasa seperti mana Engkau memuji dengannya akan diri Mu sendiri, dan berlipat ganda lagi apa yang dipuji akan diri Mu dengannya oleh orang-orang yang memuji dan telah bertasbih dengannya akan di Kau oleh orang-orang yang bertasbih, dan diagungkan dengannya oleh orang-orang yang mengagungkan Engkau dan telah ditakbir akan di Kau dengannya oleh orang-orang yang bertakbir (mengucapkan Allahu Akbar), dan telah ditahlilkan (mengucapkan La ilaha llah) dengannya akan di Kau oleh orang-orang yang bertahlil, dan telah disucikan di Kau dengannya oleh orang-orang yang mensucikan dan telah mengesakan Engkau dengannya oleh orang-orang yang mengesakan, dan telah diagungkan (besarkan) di Kau dengannya oleh orang-orang yang mengagungkan dan telah diminta ampun dari Mu dengannya akan orang-orang yang meminta ampun sehingga jadilah …..
untuk
Mu dari ku sahaja pada setiap kelipan mata dan kurang dari itu lagi.
Seperti pujian semua orang–orang yang memuji dan pengesaan semua jenis
orang yang mentauhidkan dan yang ikhlas, dan pensucian semua kelas/jenis
orang-orang yang arif, dan kata pujian semua orang yang bertahlil dan
berselawat/bersolat, dan bertasbih dan seperti mana apa yang Engkau
ketahui akannya dan Engkau dipuji, dan dikasihi dan terhijab (terlindung)
dari semua makhluk Mu, seluruh mereka, baik dari
haiwan-haiwan dan makhluk dan
alam semesta. Wahai
Tuhanku, aku memohon pada Mu dengan memohon dengan permohonan-permohonan
milik Mu dan aku gemar/sangat ingin kepada Mu, dengan Mu dalam
keberkatan-keberkatan yang telah Engkau pertuturkan aku dengannya, dari
pujian Mu dan telah Engkau taufikkan aku baginya, dari kesyukuran Mu. Dan
pengagunganku terhadap Mu. Alangkah mudahnya, apa-apa
yang telah Engkau taklifkan kepadaku dengannya, dari hak Mu, dan
alangkah besarnya apa yang telah Engkau janjikan aku dengannya dari
nikmat-nikmat Mu
|