|
(Dan) adalah hal manusia itu
atas tiga bahagi (Pertama) yang berjabat atas ‘amal dan alamatnya itu
kurang harapannya kepada Allah Ta’ala tatkala tiada hasil yang dimaksudkannya (dan
kedua) yang berjabat atas anugerah Allah Ta’ala dan alamat itu rujuk
ia kepada Allah dalam kesukaan dan dalam kesakitan dan tatkala suka dengan
mengata ‘
الحمد لله ‘ dan
syukur dan tatkala duka dengan berlindung dan minta tolong (dan ketiga)
yang berjabat atas bahgian yang telah dahulu dan alamatnya itu tiadalah gundah
kerana ketiadaan sebab,
maka tiadalah bertambah harapnya kerana suatu dan tiada berkurang harapnya
kerana suatu, jikalau ditimbang harapnya dan takutnya nescaya bersamaan dalam
tiap-tiap hal daripada segala ahwalnya tetapi adalah ia sentiasa suka.
(Dan kata) setengah mereka itu
adalah alamat yang ketiga itu iaitu orang yang menyerahkan dirinya dan diam
dibawah perintah segala hukum iaitu orang yang menilik kepada tuhannya dan fana’
daripada dirinya.
(Dan kata) setengah orang yang
muhaqqiq
(رضى
الله عنه )
barangsiapa sampai kepada hakikat Islam maka tiadalah kuasa ia berhenti daripada
‘amal dan barangsiapa yang sampai kepada hakikat Iman maka tiadalah kuasa ia
berpaling daripada ‘amal dan barangsiapa sampai kepada hakikat Ihsan maka
tiadalah kuasa ia berpaling kepada seorang lain daripada Allah Ta’ala.
(Ketahui olehmu) bahawasanya
adab kepada orang yang ahli thoriq didalam suatu waktu itu adab syariat dan
dalam suatu waktu adab khidmat dan dalam suatu waktu adab al-haq.
(Maka)
adab syariat iaitu berdiri kepada segala tandanya dan iaitu permulaan bagi
segala orang yang menjalani jalan kepada Haq Ta’ala (Dan) adab khidmat itu yaitu
fana’ daripada melihat segala tandanya itu dan tiadalah memandang ia kepada yang
demikian itu melainkan kepada anugerah Allah Ta’ala jua kerana orang yang ahli
khidmat itu wajib atasnya tiada berhajat kepada sekalian ‘amalnya (Dan) adab al-Haq
itu yaitu seperti bahwa kau ketahui barang yang bagimu dan barang bagi Haq
Ta’ala (Dan inilah) bagi segala orang yang ahli tahqiq kerana bahawasanya hamba
itu apabila mengenal ia barang yang baginya daripada sifat (faqir) dan (dhoif)
dan (lemah) dan (hina) dan (kurang) (Dan) barang yang bagi tuhannya daripada
sifat (ghoni)
~~~~~ o O o
~~~~~
Kalam Hikmah Hikam seterusnya>>.
|