|
..sambungan
oleh MH
KITAB
RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI
TARIQAH AHMADIYYAH DI BUKIT ABAL.
DISYARAH
OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI
(Dipetik
daripada muzakarah di Bicarasufi.Com)
بسم الله
الرحمن الرحيم
Alam Lahut
Matan:
(Tok Guru berkata): Dan alam lahut itu, alam ketuhanan, yakni alam
makrifat dengan Tuhan, zauk akan Tuhan, bersedap-sedap dengan Tuhan,
berkasih-kasih dengan Tuhan, bersunyi diri dengan Tuhan, Maha Suci dari
tiap-tiap yang lain daripada Tuhan dan lain-lain lagi.
Syarah
MH
Tok Guru
nak cerita apa sebenar nya itu alam LAHUT. Orang akan segera ingat bila
sebut alam seperti alam mulki dan malakut, ia adalah tempat. Bagi MH ia
bukan tempat. Sebagaimana juga, misalnya ALAM PERCINTAAN ... cuba royak
mari ke abe .. mano alam percintaan itu?
Alam
Lahut dan Jabarut kedua-duanya alam ketuhanan. Adakah kita masuk kealam
itu? Mesti jelas disini. Inilah pengajian di Bukit Abal, perguruan dari
tareqat Ahmad Idris, nak perjelaskan apa itu alam LAHUT. Tok Guru kata
alam makrifat akan Tuhan yakni KENAL akan Tuhan. Nak kenal Tuhan ini
Tok Guru kata ada dua cara sahaja:
1. kenal
dengan DALIL & BURHAN
2. Kenal
dengan SYUHUD.
Tuan Guru
Dr Jahid Sidek kata:
1. kenal
secara KASBI
2. kenal
secara LADUNNI.
MH kata:
kedua-duanya COMEL: DALIL mengambil bukti alam, sebagai nak yaqin ada
ya Allah swt itu. SYUHUD nak 'LIHAT" sendiri adanya Allah swt itu.
KASBI - usaha,memikir. LADUNNI - diperlihatkan, dibawa melawat.
Semuanya bagus, nak kenal Allah swt inilah MAKRIFAT akan Allah swt.
MAKRIFAT dialam LAHUT lebih tahqiq dari makrifat dengan DALIL. Jadi
maksud tok guru ialah, makrifat di alam lahut ialah makrifat SYUHUD
bukan dengan DALIL.
Mengambil
alam sebagai nak KENAL TUHAN pun boleh. MH bagi caranya begini.
Misalnya, kita lihat OMBAK BESAR TSUNAMI. Itu adalah ALAM. Itu adalah
BEKAS. Sebagaimana tapak kaki harimau merupakan bekas. Tentu ada
pemberi bekasnya. Harimau itu sendiri pemberi bekas. Lihat bekas
teringat kepada pemberi bekas. Lihat tapak kaki harimau, teringat
kepada harimau, tentu ada berkeliaran. Bila lihat TSUNAMI .. ia ujud.
Ada depan mata. Menggulung rumah-rumah dan kenderaan dan lain-lain. Itu
adalah BEKAS. Kita akan ingat kpd QUDRAT Allah swt. QUDRAT adalah SIFAT
dan ia berdiri pada ZAT Allah swt. QUDRAT tidak memberi bekas pada
HAQIQAT nya. Tok Guru kata, jika bersyarikat dengan QUDRAT dan ZAT pada
memberi bekas maka itu masih syirik lagi. QUDRAT tidak sepakat dengan
ZAT untuk menggerakkan TSUNAMI. ZATlah yang memberi bekas. ZATlah yang
menggerakkan. Bila kita lihat TSUNAMI .. disitu kita sudah yaqin
wujudnya Allah swt, sebab ia adalah bekas dan pemberi bekas ialah Zat
Allah swt. TAPI cara ini bukan lagi alam lahut. Sebab itulah … selepas
lihat Tsunami kita masih lagi lupa kpd Allah swt dan berbuat maksiat.
Masih buat endah tak endah saja kepada perentah Allah swt.
Alam
Lahut adalah ZAUK dengan Tuhan. ZAUK ini adalah rasa, rasa macam mana?
Adakah seperti rasa-rasa makanan didunia ini? Rasa-rasa ini adalah
rasa-rasa dimartabat ketuhanan.Tidak serupa dengan rasa-rasa didunia
ini. RASA takut, hebat, kebesaran Tuhan dan lain-lain. ZAUK-ZAUK ini
masih makhluk lagi. Bukan sifat-sifat Tuhan berpindah kepada hati. Tapi
dengan dapat tertangkapnya rasa-rasa itu, kita merasakan 'melihat'
Allah swt. Basirah yang itulah yang terhijab lantas ia dipanggil BUTA.
Bersuka-suka
dengan Tuhan hatinya, semasa mengalami zauk-zauk dialam lahut itu ...
tersangatlah gembira dan suka dgn. KEHADIRAN Allah swt itu
berbagai-bagai "bentuk".
Matan:
Tiap-tiap perkataan perbuatan, perangai yang keluar sekeliannya itu
daripada seorang yang duduk didalam alam lahut sebagai keluar dengan
terkerasi, dengan ketiadaan terasa, dengan ketiadaan kesedaran, dengan
ketiadaan sengaja, hal-hal yang diantanya dan Tuhannya, kesemua itu
adakalanya tidak munasabah, tidak terima dan sebangsa, zahir hukumnya
didalam Islam.
Kerana
perkara-perkara itu, sebagai terjemah, hikayat, isyarat, gambaran,
kelaksanaan akan perkara-perkara yang berlaku diantaranya dan antara
Tuhannya didalam maqam alat lahut itu dari hal-hal ketuhanan samada
dizahir seorang itu atau dibatinnya
Syarah
MH
Alam
Lahut ini ada bahayanya. Tapi alam lahut bahayanya bagi orang lain yang
melihat TIDAK seperti alam Malakut. Alam malakut bahayanya bagi yang
memasuki. Pasal apa bagi yang melihat?
1.
Perangai pelik dan perkataan menyalahi syariat spt
AKU ALLAH !!!
2.
Kerana ia adalah hakikat
Ia macam
ni.
A
bercakap dengan B.
B kata
AKU B.
A pun
terlatah ..mengatakan .. Aku B. Itulah maksud terkerasi atau Syatah.
Apa-apa
yang berlaku adalah Sisalik dengan Allah swt, semua itu dialam Lahut.
Sisaliklah akan faham dan melihat dan lain-lain. Allah swt lah yang
berkata kepada salik AKU Allah . Oleh sebab terlampau lazat, sedap,
manis,indah dan lain-lain .. sisalik mengalami SYATAH, dan terkeluar
dari mulutnya AKU Allah. Orang-orang lain yang tak tahu, tak mengaji,
ahli syariat ... akan kata ... KAMU SYIRIK ... sebab kata kamu itu
Allah swt. Sedangkan ia tak syirik. Inilah bahaya bagi yang melihat,
yang mendengar, yang tidak merujuk kepada ahlinya. Sebenar sisalik
tidak syirik. Cuma zauk dialam lahut terlampau kuat, menyebabkan dia
tersyatah. Dia tidak boleh dikira salah sebab ... tidak ada aqal, tidak
sedar kepada alam zahir, sebab saking hebat dan lazatnya tawajuh kepada
Allah swt.
Berkata-kata
Allah ... itu adalah yang layak di maqam ketuhanan. Bagaimana?
Walahu'alam. Tapi sesiapa yang masuk kealam lahut, ia akan faham begitu
kerana alam lahut ialah alam antara sisalik dan Allah swt berdua-duaan.
Apa-apa rahsia, apa-apa kashaf adalah antara sisalik dan Allah swt saja
yang tahu. Dan sisalik di"buka' faham. Berapa lama? Itu diatas kehendak
Allah. Ada sekejap , ada lama, ada selama-lamanya(tak sedar).
Siapa
yang dipilihnya? Ahli tasauf yang ahli atau guru murshidnya. Sisalik
tidak tahu. Yang dia tahu Allah swt saja yang wujud. ATAU bila dia
sedar kembali dari mabuk ketuhanan nya atau SOBER setelah Intoxicated,
diberitahu baru dia tahu yang dia itu telah mengalami SYATAH.
Mestikah
seseorang salik sebelum meningkat maqamnya perlu melalui zauk ini?
Walahu'alam. Itu urusan Allah swt. Tentu sekali yang taat kepadanya,
banyak mengingati, yang suci hatinya dan ada juga dikalangan
orang-orang2 kafir seperti yang pernah berlaku dimasa Shaikh Abdul
Qadir al-Jilani ... ada seorang paderi kristian ... tiba-tiba dimasukan
kealam lahut ... dan diberi pangkat WALI ABDAL. Dan Shaikh Abdul Qadir
diperintah menjemput paderi itu ke majlis wali-wali. Mana boleh
buat-buat sendiri. Allah swt lah yang menarik masuk kealam lahut. Naam
... dari satu maqam ke satu maqam ... tentu lah setelah mengalami
zauk-zauk haqiqat ketuhanan.
Fana itu
HASIL dari Zauk. FANA tu tak kabar ... sebab zauk/sedap makan budu ...
tok tuo (mertua) lalu belakang pun tak sedar. Tak kabar - itulah fana.
Sedap budu - itulah zauk.
Zauk
terdiri daripada pelbagai rasa kah? Naam. Ada zauk ZAT, ada zauk sifat
,ada zauk asma', ada zauk af'al. Tok Guru kata ada berjuta-juta rasa.
Antara satu dengan yang lain tidak sama. Misalnya zauk qiam tidak
serupa dengan zauk sujud. Zauk baca alhamdullilah hirabbil 'alamin
tidak serupa dengan zauk baca malikiyau middin. Dalam solat saja ada
berjuta-juta zauk. Dan zauk itu tidak serupa dengan zauk makanan,
buah-buahan, zauk bersetubuh dengan isteri dan lain-lain. Bahkan lebih
lazat, sedap, manis ... dan ia BANGSA KETUHANAN. Siapa rasa dia tahu.
Begitu lah tok guru beritahu.
Ia bukan
zauk semata-mata, tetapi diiringi dengan ilmu-ilmu laduni,
sir-rahsia-rahsia ketuhanan dan alam, rahsia zikir dan lain-lain. Zauk
yang menghasilkan ilmu. Ilmu haqiqat – laduni.
Matan:
Sehingga disangka oleh yang mendengar atau yang melihat yang tiada
biasa dengan perkara-perkara yang didalam alam lahut itu dengan
sangkaan baik, jahat, fasiq, kufur, zindiq, keluar dari ugama. Dinama
akan perkara-perkara yang zahir semacam itu dengan nama syatah
(kelatahan) seperti yang keluar dari Hallaj dan seumpamanya hingga
dibunuh orang akan dia
Syarah
MH
Biasanya
guru yang arif akan mengurung murid-murid yang mengalami SYATAH ini
buat sementara waktu. Bagaimana pula jika guru yang syatah? Sebab
pernah berlaku .... ada seorang anak murid, baru dapat anak.Pergilah
sianak murid itu kepada gurunya, untuk minta berikan nama anaknya.
Ketika itu gurunya sedang mabuk dalam alam lahut. ANAK MURID: Tok Guru,
tolong berikan nama kepada anak saya ini. TOK GURU: ALLAH.
Terpinga-pinga anak murid, boleh kan anak nya nama ALLAH!
MABUK
Allah atau FANA ini pada peringkat permulaan saja. Jika tidak syatah
terselamatlah dari fitnah atau sangkaan-sangkaaan.
Dari segi
syariat, tiada hukum sebab tidak ada AQAL. Sebab zauk terlampau kuat,
menyentap aqal berfikirnya. TAPI ada juga MH dengar, yang mengatakan ia
dihukum sebab menceritakan tentang rahsia ketuhanan. Sheikh Junaid
al-Baghdadi, meluluskan ia dihukum dari segi syariat. Shaikh Abdul
Qadir Jailani pula mengatakan, jika Hallaj hidup zaman aku, aku akan
tahan dia dari dihukum.
Ada juga
riwayat dari ahli tasauf mengatakan..ketika Aisyah masuk ingin jumpa
bertemu Nabi saw. Nabi saw sedang mabuk ketuhanan.
Nabi saw : Siapa kamu?
Aisyah :
Ana. Aisyah.
Nabi
saw : Siapa
Aisyah?
Aisyah :
Anak Abu bakar.
Nabi
saw : Siapa Abu
Bakar?
Aisyah :
Mertua Muhammad.
Nabi
saw : Siapa
Muhammad?
Dari
riwayat ini MH tidak berapa boleh terima KERANA Nabi saw adalah
istimewa, baginda tidak akan mengalami FANA atau mabuk ketuhanan.
Walahu'alam.
Matan:
Maka sebenarnya, perkara-perkara yang seumpama itu, yang keluar dari
seseorang yang didalam alam itu, ialah sebagai mengkhabar,
menterjemahkan, menghikayatkan akan perkara-perkara yang berlaku
antaranya dan antara Tuhannya, di dalam alam itu samada perkara
iktikadnya sendiri atau bukannya.
Bandingannya ialah sebagaimana perkataan yang keluar daripada mulut
orang sakit yang masuk hantu, disangka oleh setengah daripada orang
yang mendengar ialah perkataan orang sakit itu, pada halnya, perkataan
hantu yang diorang sakit itu, menumpang ia akan mulutnya pada
mengkhabarkan kehendak-kehendaknya, kerana orang sakit kemudian dari
takdok (tiada) hantu itu padanya, sedar ia, dan tak tahu ia akan
apa-apa yang berlaku padanya daripada perkataan dan perbuatan dan
perangai dan lain-lainnya. Kerana bangsa jin dan malaikat tidak boleh
bercakap dengan cakapan manusia melainkan dengan menumpang akan mulut
manusia atau berupa dengan rupa manusia atau masuk manusia itu kedalam
alam jin iaitu alam malakut.
Demikanlah bermacam-macam zauk ketuhanan yang merasa akan dia, oleh
orang yang hadir didalam alam lahut hingga berubah hal-hal setengah
dari orang yang merasa akan dia itu, dengan bermacam-macam hal kerana
mengikutnya akan bermacam-macam zauk itu, dinama akan dia oleh ahlinya
itu dengan bermacam-macam nama seperti: Wahdatul Wujud, Jama, Fana,
Baqa’ dan lain-lainnya.
Sekianlah
matan dari kitab Risalah Tasauf berkenaan Alam Lahut.
~~~~~
o O o
~~~~~
|