KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH DI BUKIT ABAL.

DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI

(Dipetik daripada muzakarah di Bicarasufi.Com)

 

RISALAH TASAUF - SIRI KETIGA

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Matan: Mencuci akan batin itu daripada tiap-tiap iktiqad yang salah, dan daripada tiap-tiap mazmumah dan daripada ingat dan cita-cita dan angan-angan yang sia-sia dan tiada memberi manafaat diakhirat dan tiada manafaat akan suluk dan wusul kepada Allah swt daripada aghyar yakni daripada barang yang lain daripada Allah swt yang didalam hati.

 

Syarah MH

 

Jadi bukan saja zahir kena cucikan tapi batin/hati juga kena sucikan barulah boleh berhias. Macam orang perempuan hendak pakai gincu bibir, kenalah basuh muka dulu. Perkara batiniah yang kena cuci, Tok Guru tekan:

1. IKTIKAD-IKTIKAD yang salah. Disinilah banyak yang kecundang sebab salah akidah. Mereka dah betul dah tapi sebenar membawa ke kekufuran. Didalam Siri 2 Risalah Tasauf ada Tok Guru senaraikan lebih 52 akidah kufur yang Tok Guru ketemui sekitar Pasir Puteh Kelantan saja. Sila rujuk kitab tersebut, sebab MH tahu ramai disini dah ada. Tapi senyap jer. Harap mereka. IKTIKAD ni saja ada 72 jenis pula yang terdiri dari Mujasimah, Qadariah, Jabariah, Rafidiah dan lain-lain. Golongan sufi-sufi pun ramai yang "pakai" iktikad salah spt puak-puak HULULIYAH danlain-lain

 

Insyallah, MH akan buka tajuk lain tentang SUFI-SUFI yang salah. IKTIKAD kena betul seperti iktikad AHLUSSUNAH WALJAMAAH. Jika iktikad tak betul, ini Tok Guru kata akan TERTEGAH dari SAMPAI/WUSUL. Bab IKTIKAD ini banyak yang orang salah pegangannya. Ada seorang kenalan MH, dia ahli Tareqat Ahmadiah juga, tapi IKTIKAD bagi MH adalah salah. Sebab dia iktikad Allah swt ini asalnya seperti BOLA besar. Kemudian berlaku BIG BANG!!!!!! … lantas yang pecah tu jadi langit,bumi arash dan lain-lain.

 

Masih lagi bicara akan TAKHALLI zahir dan batin.Sebenar syarah bagi iktikad saja akan masa panjang dan Tok Guru sudah syarahkan di Siri Kedua dalam RISALAH TASAUF ini. Begitu juga sifat-sifat mazmumah jika nak detail elok rujuk kepada kitab IHYA' ULUMUDDIN oleh Imam al-Ghazali. Maksiat zahir dan maksiat batin akan MENEGAH daripada SAMPAI atau WUSUL kepada Allah swt. TAPI bagi MH, maksiat batin seperti riya', ujub, sombong, dengki dan lain-lain itu ianya tidak terungkai dari hati hanya dengan membaca kitab IHYA" Ulumuddin. HATI yang suci dari sifat-sifat mazmumah atau tercela, dosa-dosa akan TERCUCIKAN dengan istighfar, taubat dan amalan-amalan yang soleh. HATI yang betul-betul suci ialah HATI yang disinari NURULLAH atau WARIDAH secara ISTIQAMAH. WARID "tidak pergi mari', tapi menetap dihati. Jika masih lagi ‘GI MARI’ itu tanda hati tidak bersih lagi disisi ahli Tasauf. HATI yang suci bersih akan melimpah kepada zahir yang suci dari maksiat dan noda.

 

Begitu juga suci dari aghyar atau MASIWALLAH. Bukan dengan zikir Allah, Allah, Allah.. itu sudah dikatakan suci dari MASIWALLAH atau selain dari Allah swt.

 

Jadi SUCI adalah pokok utama dalam perjalanan kerohanian, suci dari hadas kechil, hadas besar, suci makanan, pakaian, tempat tinggal, suci dari dosa-dosa zahir, dari dosa-dosa batin, dari dosa ingat yang lain ,selain Allah swt. Yang penting sekali ialah suci dari IKTIKAD-IKTIKAD yang salah dan suci hati dari sifat-sifat mazmumah dan zahir kita dari dosa-dosa kerana buat yang haram. Jadi ahli tareqat tidak saja zikir, tapi kena buat usaha pencucian. Kebanyakan TAREQAT sesat ,tidak suci dari akidah. Banyak lagi iktikadkan Allah swt dan makhluk adalah sama, Nur Muhammad itu sifat Allah swt, Muhammad, Adam dan manusia lain-lain adalah sama SEMUA adalah sebahagian dari Nur Zat Allah swt. MH sendiri sudah banyak ketemu puak-puak tareqat yang iktikad sebegini. Pernah ambil tareqat dari guru yang SURUH IKTIKADKAN UMUR KITA ADALAH TUA SATU HARI DARI ALLAH SWT, masa kita solat, semasa rukuk itu, sebenarnya kita sedang cium pusat Nabi Adam as dan lain-lain. Ahlussunah waljamaah, Qadariah, Jabariah ... sendiri sudah berlainan iktikadnya. Sama-sama ulama', sama-sama solat berjamaah TAPI dalam hati siapa tahu? Apa yang diiktikadkannya. Oleh itu kita kena belajar ilmu tauhid yang betul. Sebab semua mereka kata IKTIKAD mereka yang betul. Jadi kena usahakan kita beriktikad yang sebenar. Barulah dapat sucikan hati yang batin.Tak guna jua, zikir tareqat ribu-ribu, tapi iktikad rosak.Lebih baik tidak zikir mana-mana tareqat TAPI iktikad benar!!!!!!!

 

Ada yang minta MH huraikan dgn. detil IKTIKAD2 yang salah dan kufur.Jadi MH ambil MATAN nya dari Risalah Tasauf siri KEDUA di Bismillah yang keenam.

Matan dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam: Segala perkara dan kufur yang didapati anakan dia pada orang-orang Melayu dan lain-lainnya daripada mereka itu amat banyak. Setengah daripadanya itu disebut akan dia disin untuk jadi contoh dan dijaga akan dia supaya selamat ugama.

 

Pertama:

Nabi Muhammad itu zat tuhan. Misalnya seperti garam ialah air laut bukan lainnya berubah namanya itu kemudian daripada bekunya jua. Ini iktikad KUFUR

 

Syarah MH

 

Tok guru jumpa iktikad sebegini disekitar Pasir Puteh dan Bukit Yong, Trengganu. Bila berhadapan dengan Tok Guru, mereka tidak boleh susut (sembunyikan), tiba-tiba mereka akan keluarkan apa yang mereka iktikad. Pernah ada seorang yang suka main judi, tikam ekor, pergi jumpa Tok Guru Hj. Daud nak minta nombor ekor dengan Tok Guru. Bila berhadapan dengan Tok Guru jadi begini.

 

Tok guru          : Ada apa hajat?

A                  : Emmm..nak belajar ugama.

Tok guru          : Lagi?

A                  : Nak belajar tareqat.

Tok guru           : Lagi?

A                  : Nak solat sekali dengan Tok Guru.

Tok guru           : Lagi?

A                  : Nak itu, nak ini ..bla..bla..bla..

Tok guru          :(dgn. nada kuat) LAGIIIIIIIIIIII?

A                  : Nak minta nombor ekor,  Tok Guru...

 

Jadi tak boleh susut depan tok guru. Begitu juga Iktikad yang salah ini. ZAT Tuhan dan zat Muhammad dikatakan SAMA sejenis. Sebelum dijadikan Ruh Muhammad dinamakan Tuhan. Selepas terjadi, dikatakan Muhammad. Jadi inilah dikatakan Muhammad QADIM. Atau jika dipadang dipanggil orang mengkuang. Tapi diatas rumah dipanggil tikar. Benda sama. Tok Guru kata jika ada iktikad begini, Allah swt dan makhluk adalah sama, jadi kafir. Kena mengucap semula. Qadha semua solat dan lain-lain. Jadi jika ada iktikad begini, masih lagi kotor hati itu, dan ini akan melambatkan WUSUL atau mendapat MUSYAHADAH dengan Allah swt. Wahai sahabatku sekelian, AWAS jangan ikut jemaah tareqat atau lain-lain jika iktikad sebegini. Jangan tertipu dengan guru itu keramat, boleh kashaf, boleh baca hati/scan dan lain-lain. Itu semua TERPEDAYA.

 

Matan dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam:

Kedua:

Zat Tuhan itu Nafas Muhammad. Sifat Muhammad itu Nyawa kita. Ini iktikad KUFUR.

 

Ketiga:

Dirinya itu Tuhan, Muhammad dan Adam. Ini iktikad KUFUR.

 

Syarah MH

 

Iktikad-iktikad diatas itu, ramai orang iktikadkan begitu. Konon mereka dapat setelah baca kitab-kitab karangan ibnu Arabi. Oleh itu kita kena berhati-hati dan jangan dekat jika ada nak cerita atau mula nak bercerita kat kita.

 

MH rasa yang sudah ada RISALAH TASAUF itu boleh rujuk, berbagai-bagai iktikad salah. Kebanyakannya bab Ketuhanan. Kesimpulannya, nak pastikan iktikad terhadap tuhan itu tidak rosak, asasnya. … ALLAH swt itu BERSALAHAN dengan makhluk DAN jangan baca kitab IBNU ARABI, dan ambil faham tulisan zahirnya. Seperti yang MENYEMBAH DAN DISEMBAH ADALAH SAMA dan lain-lain kerana jika difaham secara zahir akan bercanggah dengan SYARIAT. Sebab itulah ulama' Tasauf mengharamkan membaca kitab-kitab tasauf Ibnu Arabi tanpa guru yang murshid. Bila faham-faham sendiri atau guru bukan ahli yang beritahu, nanti tersalah iktikad dan akidah. Kitab Ibnu Arabi hanya untuk MUNTAHI saja, sebab mereka dikurniakan ilmu laduni dan mukashafah. MH akan meneruskan syarah...

 

Matan: Makna tahalliah itu, menghias akan zahir dan batin dengan tiap-tiap perkara yang menarik akan suluk dan wusul kepada Allah swt.

 

Syarah MH

 

Insyallah bab MENGHIASKAN pula. Selepas kita cuci, kita hiaslah pulak. Nak bedak, bergincu, mascara dan lain-lain.

 

Matan: Menghias akan zahir itu ialah, dengan tipa-tiap amal yang wajib, dan yang sunat dan wirid-wirid tareqat dan dengan usaha yang halal yang menolong akan suluk dan wusul kepada Allah swt dengan ketiadaan tamak akan dia dan ketiadaan melebihi dan ketiadaan meluput akan habuan akhirat dan ketiadaan mengalangi dan melambat akan suluk dan wusul kepada Allah swt.

 

Syarah MH

 

Jika kita lihat, Tok Guru masukkan empat (4) amalan utama. Ini digelar TAHALLI ZAHIR. Kita kena amalkan yang FARDU tidak dapat tidak seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, mengelaurkan zakat dan mengerjakan haji. Yang sunat termasuklah solat-solat sunat, puasa sunat, baca quran, zikir selepas solat, sedekah, iktikaf, ziarah orang mati dan sakit, qurban, akikah dan lain-lain. Wirid-wirid tareqat sebagai tambah dari amalan-amalan sunat. Ia amalan sunat jugak cuma wirid-wirid tareqat ini ada karan atau nur atau warid sebagai kenderaan bagi hati menuju Allah swt.

 

Kerja-kerja yang halal sekadarnya untuk keluarga, cari rezeki agar tidak ganggu tok mertua, ayah ibu dan lain-lain. Kena usaha kerana masih dimaqam ASBAB. Tak kerja tak leh makan, tak kerja tak dok pitih. Jangan susahkan orang lain, jangan minta-minta pada orang lain. Usaha kerjalah TAPI jangan sampai tak solat, tak ibadat. Meeting hari jumaat sampai tak gi solat Jemaat.

 

JADI KAT MANA ORANG KATA AHLI TAREQAT TAK IKUT QURAN DAN SUNNAH? Bukankah amalan-amalan yang MH sebut itu suruhan seperti dalam al-Quran dan hadith Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

 

Matan: Menghiaskan akan batin itu dengan tiap-tiap sifat mahmudah dan dengan muraqabah akan Allah swt pada tiap-tiap amal ibadat dan pada tipa-tiap barang yang didapat akan dia dengan pancaindera supaya membawa kepada musyahadah akan Allah swt pula dan dengan ingat akan dia didalam tipa-tiap masa dan tiap-tiap hal senang dan susah.

 

Syarah MH

 

Cuba tuan-tuan dan adik-adikku sekelian lihat betapa telitinya Tok Guru Hj. Daud memecahkan huraian. Disini amal batin akan menghasilkan CINTA. Kuliah cinta ini agar kita berjaya mencapai apa yang Allah swt firmankan dalam al-Quran yang bermaksud lebih kurang. MH tak ingat dah surahnya, nanti MH rujuk semula. “SESUNGGOHNYA ORANG MUKMIN ITU TERSANGAT-SANGAT CINTA KEPADA ALLAH SWT”. Nah! mari kita masuk kuliah cinta ini, hebat lagi daripada cinta Erra Fazira kepada Yusri, cinta Zalikha kepada Nabi Yusof as. Abang zam akan sambong esok untuk kalian adik-adikku dijalan Allah swt.

 

Kita sudah lihat MATANnya. Ia terdiri dari SUCI dan HIAS. Ada zahir dan batin. HIAS batin dan suci batinlah yang paling susah. Ia tidak akan berhasil dengan membaca kitab-kitab tasauf sahaja. Ia adalah hasil dengan beramal wirid-wirid tareqat. Kaedah Muraqabah MH jelaskan esok.  

 

Matan: Makna MURAQABAH akan allah swt pada tiap-tiap amal ibadat itu hadhir hati dan perhatinya dan mengintainya akan Allah swt, diselang-selangi dan dicelah-celah maana kalimah-kalimah amal ibadah itu dengan sungguh hati sedapat-dapatnya semacam kerja kuli dihadapan mandor.

 

Syarah MH

 

Maksud Tok Guru itu agar kita perhatikan maana bacaan yang kita baca dalam solat dan lain-lain itu. Lebih baik dihafal arti setiap kalimah dalam bacaan ibadat kita itu. Dengan tahu arti bacaan itu boleh kita tumpukan kpd kerja ibadat itu. Perhati dan tumpu pada bacaan, TOK GURU kata seperti seorang kuli kerja sunggoh-sunggoh apabila dihadapan seorang mandor. ATAU sunggoh-sunggoh perhati sebagaimana kucing perhatikan seekor tikus yang baru saja masuk lubang. Atau semasa kita mencari sebatang jarum yang terjatuh atas rumput. Itulah MURAQABAH AMAL. Walaupun itu masih lagi MURAQABAH SYARIAT, tak apa. Teruskan sebab kita tidak ada warid lagi. Jika sudah ada warid yang hasil dari amalan wirid-wirid tareqat masing-masing, barulah MURAQABAH AMAL itu meningkat kpd MURAQABAH TAREQAT.Sekian.

 

Daripada MATAN RISALAH itu dapat kita lihat ada TAKHALLI dan TAHALLI sahaja. Tidak ada di huraikan TAJALLI. Sebenarnya TAJALLI dihurai di Siri ke-4 dan lain-lain didalam risalah itu. Tugas kita hanya TAKHALLI dan TAHALLI. TAJALLI itu haq Allah swt nak kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tak semesti ada TAKHALLI dan TAHALLI dulu. TAPI sebab sunatullah kena ada SEBAB dan AKIBAT. Dan Allah swt tuntut kita ikut SUNNATULLAH. TAJALLI adalah Allah swt kurniakan. Kita hanya perlu tunggu saja. Teruskan ibadat. ARIFTU RABBI BIRABBI.. Aku kenal Tuhan dengan Tuhan juga …... TAKHALLI dan TAHALLI itu hanya usaha dan ikhtiar kita saja YANG tak boleh beri BEKAS. Sebab kita ini adalah orang TAKLIFI yakni diberati dengan hukum syariat. Jadi kena ikut perintah saja. Dalam Tareqat Ahmadiah, misalnya,ada amalan bacaan AHZAB KHAMSAH. Kata-kata dalam ahzab adalah banyak dalam bentuk MOHON TAJALLI. Dan ahzab itu adalah Nabi saw ajar terus kepada Sidi Ahmad Idris. Ini berarti ... minta TAJALLI … dibolehkan.

Jadi:-

1. Tunggu saja untuk diTAJALLIkan.

2. Mohon agar diTAJALLIkan.

Tak salah kedua-duanya. Asalkan ada TAKHALLI dan TAHALLI dipehak kita. Ada TAKWA dan wirid-wirid zikir dipehak kita. Allah swt itu TIDAK BOSAN SEHINGGA KITA BOSAN. Begitu lah MH tutup matan ini. Insyallah ,esok kita sambong matan seterusnya.Yang mana-mana yang dah dapat kitab RISALAH TASAUF itu boleh rujuk siri ketiga.Insyallah.

 

Kesimpulan dari konsep takhalli dan tahalli

Jika kita lihat dalam konsep TAKHALLI dan TAHALLI ini ada unsur spt TAKWA dan wirid Tareqat.Ini bermakna sudah menyeluruh.

Ada dua Tareqat disitu.

1. Tareqat Umumi

2. Tareqat Khususi

TAKWA itu tareqat UMUMI yang merangkumi IMAN ISLAM IHSAN. Tareqat Naqshahbandi, Ahmadiah dan lain-lain itu tareqat KHUSUSI. Jadi kedua PELAKSANAAN itu masih lagi SYARIAT. Hasil dari gabungan dua tareqat itulah menatijahkan WARIDAH. Bila ada WARIDAH dihati barulah TERBINA JALAN untuk menuju HAQIQAT. Sebab HAQIQAT atau TAJALLI tidak akan dibukakan jika tidak melalui JALAN/TAREQAT.

 

Konsep TAKHALLI & TAHALLI zahir dan batin itu mesti ketimbang dengan MIZAN atau timbangan SYARIAT. Ada suruh, ada tegah, ada zikir, ada muraqabah, ada wirid-wirid tareqat dan lain-lain. Apa saja perkara-perkara ugama semua sudah termasuk dalam TAKHALLI dan TAHALLI itu. Jadi tidak ada sebab, nak kata TASAUF dan TAREQAT bukan dari ajaran Islam. Ia bukan penambahan dalam Islam. Teknik amalan TAKHALLI ini dan TAHALLI ini sudah merangkumi, semua. Jika lihat MATAN Risalah Tasauf Tok guru itu, jelas sudah merangkumi habis.

 

Takhalli Zahir

SUCIKan zahir dari yang HARAM & MAKRUH. Ini adalah unsur TAKWA. Jadi tak timbul, ada orang kata ahli tareqat, asyik dok zikir saja. Sucikan zahir dari perkara 2 haram, pancaindera, makan, minum, pakaian, rumahtangga dan lain-lain. ITU boleh MENEGAHKAN WUSUL. Maksud tok guru ialah tak akan dapat makrifat syuhud. Walaupun bijak dalam ilmu usuludin, ada PHD dalam Usuluddin dari Universiti al-Azhar, tapi jika masih lagi dok tengok tarian gelek di Sg. Nil, masih lagi mata dok tengok CD-Siti dan lain-lain, telinga masih dok dengar lagu BUNGA2 CINTA Misha Umar dan lain-lain, selagi itulah TERTEGAH untuk WUSUL.

 

TAKHALLI zahir ini sangat mustahak kerana dosa-dosa ,haram dianggota zahir, mata, telinga, riba, dan lain-lain akan MENEGAH daripada sampai makrifat secara TASAUF. Cuba tuan-tuan rujuk kitab PENAWAR HATI untuk tahu detail dosa-dosa di bahagian anggota zahir manusia. MELAMBATKAN wusul kerana buat banyak perkara-perkara makruh, harus yang sia-sia. Jadi mari kita sucikan zahir kita dari perkara-perkara haram, makruh dan harus yang sia-sia. Ini lah maksud Tok Guru dalam menerangkan tentang TAKHALLI zahir ini.Dan boleh tambah lagi lah sendiri-sendiri detailnya dalam senarai tuan-tuan.

 

Takhalli Batin

Tok guru kata apa, mula-mula sekali? Naam ... SUCIKAN BATIN kita dari iktikad yang salah. Iktikad ni macam-macam. Orang Islam jugak TAPI macam iktikad bidaah. Selagi ada iktikad bidaah, iktikad HARAM akan TERTEGAH WUSUL. Bukan lambatkan bahkan tidak DAPAT langsung makrifat. SEBAB akidah ini yang betul hanyalah dari AHLUSUNNAH WALJAMAAH. 1 saja tok guru kata betul. 72 lagi salah. Dan masuk neraka. 72 lagi ,yang salah itu dipecahkan 6 puak secara kasar. Setiap puak ada 12. Jadi semua nya 72. Insyallah, akan MH detailkan bab ini. AKIDAH YANG betul dalam pandangan Tok Guru Hj. Daud Bukit Abal, yang alim dan bertaraf wali ini. Insyallah.

 

Masih lagi di TAKHALLI BATIN yang boleh MENEGAH dari pada WUSUL. Iktikad yang salah bukan saja MENEGAH bahkan boleh membuatkan masuk neraka. Bab iktikad ini pada peringkat awalnya adalah KASBI. KASBI atau usaha zahir ialah dengan belajar dari kitab-kitab usuluddin yang muktabar. Bab iktikad ini orang tak tau. Apa yang orang lain iktikadkan kita tak tau WALAUPUN sedang solat berjamaah bersebelahan. Entah-entah yang disebelah kita, iktikadkan perkara-perkara kufur. Kita tidak tahu. Dalam RISALAH TASAUF ini , disiri Kedua, ada diterangkan lebih dari 50 iktikad kufur, yang tok guru temui disekitar Pasir Puteh saja. Mereka juga solat, puasa, sedekah TAPI iktikad kufur. Ini lah yang kita takut. Jadi kita kena pastikan IKTIKAD kita adalah apa yang diiktikadkan oleh AHLUSUNNAH WALJAMAAH. Jadi kena belajar. Jika iktikad rosak, batin kita juga rosak. Sebab itulah dalam RISALAH TASAUF ini diselang-selikan dengan bab-bab iktikad ini selain dari matan Ilmu Tasauf. Tok Guru sendiri, sehinggalah beliau meninggal dunia, tak pernah ‘miss’ mengajar Ilmu Usuluddin ini. Oleh itu jangan kita terjebak dengan iktikad-iktikad yang salah dari iktikad-iktikad Jabariah, Qadariah, Mujasimah, Rafidiah/Syiah dan lain-lain.

 

Bersambung ……….