|
..sambungan
oleh MH
Matan:
Mencuci akan batin itu daripada tiap-tiap iktiqad yang salah, dan
daripada tiap-tiap mazmumah dan daripada ingat dan cita-cita dan
angan-angan yang sia-sia dan tiada memberi manafaat diakhirat dan tiada
manafaat akan suluk dan wusul kepada Allah swt daripada aghyar yakni
daripada barang yang lain daripada Allah swt yang didalam hati.
Syarah
MH
Jadi
bukan saja zahir kena cucikan tapi batin/hati juga kena sucikan barulah
boleh berhias. Macam orang perempuan hendak pakai gincu bibir, kenalah
basuh muka dulu. Perkara batiniah yang kena cuci, Tok Guru tekan:
1.
IKTIKAD-IKTIKAD yang salah. Disinilah banyak yang kecundang sebab salah
akidah. Mereka dah betul dah tapi sebenar membawa ke kekufuran. Didalam
Siri 2 Risalah Tasauf ada Tok Guru senaraikan lebih 52 akidah kufur
yang Tok Guru ketemui sekitar Pasir Puteh Kelantan saja. Sila rujuk
kitab tersebut, sebab MH tahu ramai disini dah ada. Tapi senyap jer.
Harap mereka. IKTIKAD ni saja ada 72 jenis pula yang terdiri dari
Mujasimah, Qadariah, Jabariah, Rafidiah dan lain-lain. Golongan
sufi-sufi pun ramai yang "pakai" iktikad salah spt puak-puak HULULIYAH
danlain-lain
Insyallah,
MH akan buka tajuk lain tentang SUFI-SUFI yang salah. IKTIKAD kena
betul seperti iktikad AHLUSSUNAH WALJAMAAH. Jika iktikad tak betul, ini
Tok Guru kata akan TERTEGAH dari SAMPAI/WUSUL. Bab IKTIKAD ini banyak
yang orang salah pegangannya. Ada seorang kenalan MH, dia ahli Tareqat
Ahmadiah juga, tapi IKTIKAD bagi MH adalah salah. Sebab dia iktikad
Allah swt ini asalnya seperti BOLA besar. Kemudian berlaku BIG
BANG!!!!!! … lantas yang pecah tu jadi langit,bumi arash dan lain-lain.
Masih
lagi bicara akan TAKHALLI zahir dan batin.Sebenar syarah bagi iktikad
saja akan masa panjang dan Tok Guru sudah syarahkan di Siri Kedua dalam
RISALAH TASAUF ini. Begitu juga sifat-sifat mazmumah jika nak detail
elok rujuk kepada kitab IHYA' ULUMUDDIN oleh Imam al-Ghazali. Maksiat
zahir dan maksiat batin akan MENEGAH daripada SAMPAI atau WUSUL kepada
Allah swt. TAPI bagi MH, maksiat batin seperti riya', ujub, sombong,
dengki dan lain-lain itu ianya tidak terungkai dari hati hanya dengan
membaca kitab IHYA" Ulumuddin. HATI yang suci dari sifat-sifat mazmumah
atau tercela, dosa-dosa akan TERCUCIKAN dengan istighfar, taubat dan
amalan-amalan yang soleh. HATI yang betul-betul suci ialah HATI yang
disinari NURULLAH atau WARIDAH secara ISTIQAMAH. WARID "tidak pergi
mari', tapi menetap dihati. Jika masih lagi ‘GI MARI’ itu tanda hati
tidak bersih lagi disisi ahli Tasauf. HATI yang suci bersih akan
melimpah kepada zahir yang suci dari maksiat dan noda.
Begitu
juga suci dari aghyar atau MASIWALLAH. Bukan dengan zikir Allah, Allah,
Allah.. itu sudah dikatakan suci dari MASIWALLAH atau selain dari Allah
swt.
Jadi SUCI
adalah pokok utama dalam perjalanan kerohanian, suci dari hadas kechil,
hadas besar, suci makanan, pakaian, tempat tinggal, suci dari dosa-dosa
zahir, dari dosa-dosa batin, dari dosa ingat yang lain ,selain Allah
swt. Yang penting sekali ialah suci dari IKTIKAD-IKTIKAD yang salah dan
suci hati dari sifat-sifat mazmumah dan zahir kita dari dosa-dosa
kerana buat yang haram. Jadi ahli tareqat tidak saja zikir, tapi kena
buat usaha pencucian. Kebanyakan TAREQAT sesat ,tidak suci dari akidah.
Banyak lagi iktikadkan Allah swt dan makhluk adalah sama, Nur Muhammad
itu sifat Allah swt, Muhammad, Adam dan manusia lain-lain adalah sama
SEMUA adalah sebahagian dari Nur Zat Allah swt. MH sendiri sudah banyak
ketemu puak-puak tareqat yang iktikad sebegini. Pernah ambil tareqat
dari guru yang SURUH IKTIKADKAN UMUR KITA ADALAH TUA SATU HARI DARI
ALLAH SWT, masa kita solat, semasa rukuk itu, sebenarnya kita sedang
cium pusat Nabi Adam as dan lain-lain. Ahlussunah waljamaah, Qadariah,
Jabariah ... sendiri sudah berlainan iktikadnya. Sama-sama ulama',
sama-sama solat berjamaah TAPI dalam hati siapa tahu? Apa yang
diiktikadkannya. Oleh itu kita kena belajar ilmu tauhid yang betul.
Sebab semua mereka kata IKTIKAD mereka yang betul. Jadi kena usahakan
kita beriktikad yang sebenar. Barulah dapat sucikan hati yang batin.Tak
guna jua, zikir tareqat ribu-ribu, tapi iktikad rosak.Lebih baik tidak
zikir mana-mana tareqat TAPI iktikad benar!!!!!!!
Ada yang
minta MH huraikan dgn. detil IKTIKAD2 yang salah dan kufur.Jadi MH
ambil MATAN nya dari Risalah Tasauf siri KEDUA di Bismillah yang keenam.
Matan
dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam: Segala
perkara dan kufur yang didapati anakan dia pada orang-orang Melayu dan
lain-lainnya daripada mereka itu amat banyak. Setengah daripadanya itu
disebut akan dia disin untuk jadi contoh dan dijaga akan dia supaya
selamat ugama.
Pertama:
Nabi
Muhammad itu zat tuhan. Misalnya seperti garam ialah air laut bukan
lainnya berubah namanya itu kemudian daripada bekunya jua. Ini iktikad
KUFUR
Syarah
MH
Tok guru
jumpa iktikad sebegini disekitar Pasir Puteh dan Bukit Yong, Trengganu.
Bila berhadapan dengan Tok Guru, mereka tidak boleh susut
(sembunyikan), tiba-tiba mereka akan keluarkan apa yang
mereka iktikad. Pernah ada seorang yang suka main judi, tikam ekor,
pergi jumpa Tok Guru Hj. Daud nak minta nombor ekor dengan Tok Guru.
Bila berhadapan dengan Tok Guru jadi begini.
Tok guru : Ada apa hajat?
A
: Emmm..nak belajar ugama.
Tok guru : Lagi?
A
: Nak belajar tareqat.
Tok
guru : Lagi?
A
: Nak solat sekali dengan Tok Guru.
Tok
guru : Lagi?
A
: Nak itu, nak ini ..bla..bla..bla..
Tok guru :(dgn. nada kuat)
LAGIIIIIIIIIIII?
A
: Nak minta nombor ekor, Tok
Guru...
Jadi tak
boleh susut depan tok guru. Begitu juga Iktikad yang
salah ini. ZAT Tuhan dan zat Muhammad dikatakan SAMA sejenis. Sebelum
dijadikan Ruh Muhammad dinamakan Tuhan. Selepas terjadi, dikatakan
Muhammad. Jadi inilah dikatakan Muhammad QADIM. Atau jika dipadang
dipanggil orang mengkuang. Tapi diatas rumah dipanggil tikar. Benda
sama. Tok Guru kata jika ada iktikad begini, Allah swt dan makhluk
adalah sama, jadi kafir. Kena mengucap semula. Qadha semua solat dan
lain-lain. Jadi jika ada iktikad begini, masih lagi kotor hati itu, dan
ini akan melambatkan WUSUL atau mendapat MUSYAHADAH dengan Allah swt.
Wahai sahabatku sekelian, AWAS jangan ikut jemaah tareqat atau
lain-lain jika iktikad sebegini. Jangan tertipu dengan guru itu
keramat, boleh kashaf, boleh baca hati/scan dan lain-lain. Itu semua
TERPEDAYA.
Matan
dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam:
Kedua:
Zat Tuhan
itu Nafas Muhammad. Sifat Muhammad itu Nyawa kita. Ini iktikad KUFUR.
Ketiga:
Dirinya
itu Tuhan, Muhammad dan Adam. Ini iktikad KUFUR.
Syarah
MH
Iktikad-iktikad
diatas itu, ramai orang iktikadkan begitu. Konon mereka dapat setelah
baca kitab-kitab karangan ibnu Arabi. Oleh itu kita kena berhati-hati
dan jangan dekat jika ada nak cerita atau mula nak bercerita kat kita.
MH rasa
yang sudah ada RISALAH TASAUF itu boleh rujuk, berbagai-bagai iktikad
salah. Kebanyakannya bab Ketuhanan. Kesimpulannya, nak pastikan iktikad
terhadap tuhan itu tidak rosak, asasnya. … ALLAH swt itu BERSALAHAN
dengan makhluk DAN jangan baca kitab IBNU ARABI, dan ambil faham
tulisan zahirnya. Seperti yang MENYEMBAH DAN DISEMBAH ADALAH SAMA dan
lain-lain kerana jika difaham secara zahir akan bercanggah dengan
SYARIAT. Sebab itulah ulama' Tasauf mengharamkan membaca kitab-kitab
tasauf Ibnu Arabi tanpa guru yang murshid. Bila faham-faham sendiri
atau guru bukan ahli yang beritahu, nanti tersalah iktikad dan akidah.
Kitab Ibnu Arabi hanya untuk MUNTAHI saja, sebab mereka dikurniakan
ilmu laduni dan mukashafah. MH akan meneruskan syarah...
Matan:
Makna tahalliah itu, menghias akan zahir dan batin dengan tiap-tiap
perkara yang menarik akan suluk dan wusul kepada Allah swt.
Syarah
MH
Insyallah
bab MENGHIASKAN pula. Selepas kita cuci, kita hiaslah pulak. Nak bedak,
bergincu, mascara dan lain-lain.
Matan:
Menghias akan zahir itu ialah, dengan tipa-tiap amal yang wajib, dan
yang sunat dan wirid-wirid tareqat dan dengan usaha yang halal yang
menolong akan suluk dan wusul kepada Allah swt dengan ketiadaan tamak
akan dia dan ketiadaan melebihi dan ketiadaan meluput akan habuan
akhirat dan ketiadaan mengalangi dan melambat akan suluk dan wusul
kepada Allah swt.
Syarah
MH
Jika kita
lihat, Tok Guru masukkan empat (4) amalan utama. Ini digelar TAHALLI
ZAHIR. Kita kena amalkan yang FARDU tidak dapat tidak seperti solat,
puasa di bulan Ramadhan, mengelaurkan zakat dan mengerjakan haji. Yang
sunat termasuklah solat-solat sunat, puasa sunat, baca quran, zikir
selepas solat, sedekah, iktikaf, ziarah orang mati dan sakit, qurban,
akikah dan lain-lain. Wirid-wirid tareqat sebagai tambah dari
amalan-amalan sunat. Ia amalan sunat jugak cuma wirid-wirid tareqat ini
ada karan atau nur atau warid sebagai kenderaan bagi hati menuju Allah
swt.
Kerja-kerja
yang halal sekadarnya untuk keluarga, cari rezeki agar tidak ganggu tok
mertua, ayah ibu dan lain-lain. Kena usaha kerana masih dimaqam ASBAB.
Tak kerja tak leh makan, tak kerja tak dok pitih. Jangan susahkan orang
lain, jangan minta-minta pada orang lain. Usaha kerjalah TAPI jangan
sampai tak solat, tak ibadat. Meeting hari jumaat sampai tak gi solat
Jemaat.
JADI KAT
MANA ORANG KATA AHLI TAREQAT TAK IKUT QURAN DAN SUNNAH? Bukankah
amalan-amalan yang MH sebut itu suruhan seperti dalam al-Quran dan
hadith Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Matan:
Menghiaskan akan batin itu dengan tiap-tiap sifat mahmudah dan dengan
muraqabah akan Allah swt pada tiap-tiap amal ibadat dan pada tipa-tiap
barang yang didapat akan dia dengan pancaindera supaya membawa kepada
musyahadah akan Allah swt pula dan dengan ingat akan dia didalam
tipa-tiap masa dan tiap-tiap hal senang dan susah.
Syarah
MH
Cuba
tuan-tuan dan adik-adikku sekelian lihat betapa telitinya Tok Guru Hj.
Daud memecahkan huraian. Disini amal batin akan menghasilkan CINTA.
Kuliah cinta ini agar kita berjaya mencapai apa yang Allah swt
firmankan dalam al-Quran yang bermaksud lebih kurang. MH tak ingat dah
surahnya, nanti MH rujuk semula. “SESUNGGOHNYA ORANG MUKMIN ITU
TERSANGAT-SANGAT CINTA KEPADA ALLAH SWT”. Nah! mari kita masuk kuliah
cinta ini, hebat lagi daripada cinta Erra Fazira kepada Yusri, cinta
Zalikha kepada Nabi Yusof as. Abang zam akan sambong esok untuk kalian
adik-adikku dijalan Allah swt.
Kita
sudah lihat MATANnya. Ia terdiri dari SUCI dan HIAS. Ada zahir dan
batin. HIAS batin dan suci batinlah yang paling susah. Ia tidak akan
berhasil dengan membaca kitab-kitab tasauf sahaja. Ia adalah hasil
dengan beramal wirid-wirid tareqat. Kaedah Muraqabah MH jelaskan esok.
Matan:
Makna MURAQABAH akan allah swt pada tiap-tiap amal ibadat itu hadhir
hati dan perhatinya dan mengintainya akan Allah swt, diselang-selangi
dan dicelah-celah maana kalimah-kalimah amal ibadah itu dengan sungguh
hati sedapat-dapatnya semacam kerja kuli dihadapan mandor.
Syarah
MH
Maksud
Tok Guru itu agar kita perhatikan maana bacaan yang kita baca dalam
solat dan lain-lain itu. Lebih baik dihafal arti setiap kalimah dalam
bacaan ibadat kita itu. Dengan tahu arti bacaan itu boleh kita tumpukan
kpd kerja ibadat itu. Perhati dan tumpu pada bacaan, TOK GURU kata
seperti seorang kuli kerja sunggoh-sunggoh apabila dihadapan seorang
mandor. ATAU sunggoh-sunggoh perhati sebagaimana kucing perhatikan
seekor tikus yang baru saja masuk lubang. Atau semasa kita mencari
sebatang jarum yang terjatuh atas rumput. Itulah MURAQABAH AMAL.
Walaupun itu masih lagi MURAQABAH SYARIAT, tak apa. Teruskan sebab kita
tidak ada warid lagi. Jika sudah ada warid yang hasil dari amalan
wirid-wirid tareqat masing-masing, barulah MURAQABAH AMAL itu meningkat
kpd MURAQABAH TAREQAT.Sekian.
Daripada
MATAN RISALAH itu dapat kita lihat ada TAKHALLI dan TAHALLI sahaja.
Tidak ada di huraikan TAJALLI. Sebenarnya TAJALLI dihurai di Siri ke-4
dan lain-lain didalam risalah itu. Tugas kita hanya TAKHALLI dan
TAHALLI. TAJALLI itu haq Allah swt nak kurniakan kepada sesiapa yang
Dia kehendaki. Tak semesti ada TAKHALLI dan TAHALLI dulu. TAPI sebab
sunatullah kena ada SEBAB dan AKIBAT. Dan Allah swt tuntut kita ikut
SUNNATULLAH. TAJALLI adalah Allah swt kurniakan. Kita hanya perlu
tunggu saja. Teruskan ibadat. ARIFTU RABBI BIRABBI.. Aku kenal Tuhan
dengan Tuhan juga …... TAKHALLI dan TAHALLI itu hanya usaha dan ikhtiar
kita saja YANG tak boleh beri BEKAS. Sebab kita ini adalah orang
TAKLIFI yakni diberati dengan hukum syariat. Jadi kena ikut perintah
saja. Dalam Tareqat Ahmadiah, misalnya,ada amalan bacaan AHZAB KHAMSAH.
Kata-kata dalam ahzab adalah banyak dalam bentuk MOHON TAJALLI. Dan
ahzab itu adalah Nabi saw ajar terus kepada Sidi Ahmad Idris. Ini
berarti ... minta TAJALLI … dibolehkan.
Jadi:-
1. Tunggu
saja untuk diTAJALLIkan.
2. Mohon
agar diTAJALLIkan.
Tak salah
kedua-duanya. Asalkan ada TAKHALLI dan TAHALLI dipehak kita. Ada TAKWA
dan wirid-wirid zikir dipehak kita. Allah swt itu TIDAK BOSAN SEHINGGA
KITA BOSAN. Begitu lah MH tutup matan ini. Insyallah ,esok kita sambong
matan seterusnya.Yang mana-mana yang dah dapat kitab RISALAH TASAUF itu
boleh rujuk siri ketiga.Insyallah.
Kesimpulan
dari konsep takhalli dan tahalli
Jika kita
lihat dalam konsep TAKHALLI dan TAHALLI ini ada unsur spt TAKWA dan
wirid Tareqat.Ini bermakna sudah menyeluruh.
Ada dua
Tareqat disitu.
1.
Tareqat Umumi
2.
Tareqat Khususi
TAKWA itu
tareqat UMUMI yang merangkumi IMAN ISLAM IHSAN. Tareqat Naqshahbandi,
Ahmadiah dan lain-lain itu tareqat KHUSUSI. Jadi kedua PELAKSANAAN itu
masih lagi SYARIAT. Hasil dari gabungan dua tareqat itulah menatijahkan
WARIDAH. Bila ada WARIDAH dihati barulah TERBINA JALAN untuk menuju
HAQIQAT. Sebab HAQIQAT atau TAJALLI tidak akan dibukakan jika tidak
melalui JALAN/TAREQAT.
Konsep
TAKHALLI & TAHALLI zahir dan batin itu mesti ketimbang dengan MIZAN
atau timbangan SYARIAT. Ada suruh, ada tegah, ada zikir, ada muraqabah,
ada wirid-wirid tareqat dan lain-lain. Apa saja perkara-perkara ugama
semua sudah termasuk dalam TAKHALLI dan TAHALLI itu. Jadi tidak ada
sebab, nak kata TASAUF dan TAREQAT bukan dari ajaran Islam. Ia bukan
penambahan dalam Islam. Teknik amalan TAKHALLI ini dan TAHALLI ini
sudah merangkumi, semua. Jika lihat MATAN Risalah Tasauf Tok guru itu,
jelas sudah merangkumi habis.
Takhalli
Zahir
SUCIKan
zahir dari yang HARAM & MAKRUH. Ini adalah unsur TAKWA. Jadi tak
timbul, ada orang kata ahli tareqat, asyik dok zikir saja. Sucikan
zahir dari perkara 2 haram, pancaindera, makan, minum, pakaian,
rumahtangga dan lain-lain. ITU boleh MENEGAHKAN WUSUL. Maksud tok guru
ialah tak akan dapat makrifat syuhud. Walaupun bijak dalam ilmu
usuludin, ada PHD dalam Usuluddin dari Universiti al-Azhar, tapi jika
masih lagi dok tengok tarian gelek di Sg. Nil, masih lagi mata dok
tengok CD-Siti dan lain-lain, telinga masih dok dengar lagu BUNGA2
CINTA Misha Umar dan lain-lain, selagi itulah TERTEGAH untuk WUSUL.
TAKHALLI
zahir ini sangat mustahak kerana dosa-dosa ,haram dianggota zahir,
mata, telinga, riba, dan lain-lain akan MENEGAH daripada sampai
makrifat secara TASAUF. Cuba tuan-tuan rujuk kitab PENAWAR HATI untuk
tahu detail dosa-dosa di bahagian anggota zahir manusia. MELAMBATKAN
wusul kerana buat banyak perkara-perkara makruh, harus yang sia-sia.
Jadi mari kita sucikan zahir kita dari perkara-perkara haram, makruh
dan harus yang sia-sia. Ini lah maksud Tok Guru dalam menerangkan
tentang TAKHALLI zahir ini.Dan boleh tambah lagi lah sendiri-sendiri
detailnya dalam senarai tuan-tuan.
Takhalli
Batin
Tok guru
kata apa, mula-mula sekali? Naam ... SUCIKAN BATIN kita dari iktikad
yang salah. Iktikad ni macam-macam. Orang Islam jugak TAPI macam
iktikad bidaah. Selagi ada iktikad bidaah, iktikad HARAM akan TERTEGAH
WUSUL. Bukan lambatkan bahkan tidak DAPAT langsung makrifat. SEBAB
akidah ini yang betul hanyalah dari AHLUSUNNAH WALJAMAAH. 1 saja tok
guru kata betul. 72 lagi salah. Dan masuk neraka. 72 lagi ,yang salah
itu dipecahkan 6 puak secara kasar. Setiap puak ada 12. Jadi semua nya
72. Insyallah, akan MH detailkan bab ini. AKIDAH YANG betul dalam
pandangan Tok Guru Hj. Daud Bukit Abal, yang alim dan bertaraf wali
ini. Insyallah.
Masih
lagi di TAKHALLI BATIN yang boleh MENEGAH dari pada WUSUL. Iktikad yang
salah bukan saja MENEGAH bahkan boleh membuatkan masuk neraka. Bab
iktikad ini pada peringkat awalnya adalah KASBI. KASBI atau usaha zahir
ialah dengan belajar dari kitab-kitab usuluddin yang muktabar. Bab
iktikad ini orang tak tau. Apa yang orang lain iktikadkan kita tak tau
WALAUPUN sedang solat berjamaah bersebelahan. Entah-entah yang
disebelah kita, iktikadkan perkara-perkara kufur. Kita tidak tahu.
Dalam RISALAH TASAUF ini , disiri Kedua, ada diterangkan lebih dari 50
iktikad kufur, yang tok guru temui disekitar Pasir Puteh saja. Mereka
juga solat, puasa, sedekah TAPI iktikad kufur. Ini lah yang kita takut.
Jadi kita kena pastikan IKTIKAD kita adalah apa yang diiktikadkan oleh
AHLUSUNNAH WALJAMAAH. Jadi kena belajar. Jika iktikad rosak, batin kita
juga rosak. Sebab itulah dalam RISALAH TASAUF ini diselang-selikan
dengan bab-bab iktikad ini selain dari matan Ilmu Tasauf. Tok Guru
sendiri, sehinggalah beliau meninggal dunia, tak pernah ‘miss’ mengajar
Ilmu Usuluddin ini. Oleh itu jangan kita terjebak dengan
iktikad-iktikad yang salah dari iktikad-iktikad Jabariah, Qadariah,
Mujasimah, Rafidiah/Syiah dan lain-lain.
Bersambung
……….
~~~~~
o O o
~~~~~
|