|
Usuluddin:
Sebelum
dan sesudah bertarikat
oleh
Fakir Amal
Kesan
dan akibat jika Ilmu Usuluddin diabaikan atau tiada mahir dalam persediaan
untuk menjalani Ilmu Tariqat dan ilmu Haqiqat.
| a. |
Dikhuatiri
akan menyebabkan fahaman pegangan I’tiqad terkeluar dari mazhab yang diredhai
iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara tidak disedari dan mengakibatkan
terkeluar daripada kaedah sunnah kaum sufiah sepertimana dikatakan oleh
Qutubul
Ariffin Al Kabir Syeikh Abdul Aziz al Dabbagh r.a. dengan katanya :
“Tidak
akan terbuka (dari selindung hijab) kepada seorang hamba melainkan jika
ia berada dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak ada seorang wali
Allah dari aqidah selainnya.”
Maka akan terjadilah
penyelewengan yang menyeret orang lain kekancah zindiq akibat kecuaian
ini. Justru itu lahirlah bermacam-macam fahaman yang pelik-pelik sesat
lagi menyesatkan misalnya yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani
dalam
Kitab
Sirrul Asrar dan Tuhfatur Raghibin bagi
Syeikh
Muhammad Arsyad yang menyatakan puak sesat dalam kaum yang ingin bersufi.
Perkara-perkara salah I’tiqad ini adakalanya berhubung dengan ketuhanan
adakalanya berhubung dengan kenabian adakalanya berhubung dengan sam’iyat
iaini perkara-perkara ghaib yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. contohnya
| Berkaitan
Ketuhanan: |
| i. |
Mengi’tiqad
Tuhan dan hamba bersatu. |
| ii. |
Mengi’tiqad
Allah Zat dan hamba sifatNya. |
| iii. |
Mengi’tiqad
diri adalah dari Nur Tuhan. |
| iv. |
Mengi’tiqad
dirinya Allah. |
| v. |
Mengi’tiqad
Allah bertempat dan berpihak. |
| iv. |
dll yang seumpama
dengannya yang bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah. |
| . |
|
| Berkaitan
kenabian: |
| i. |
Mengi’tiqadkan
ada nabi selepas nabi Muhammad. |
| ii. |
Mengaku diri
sudah jadi nabi atau dirinya diresapi ruh Nabi Muhammad. |
| iii. |
Menafikan
kenabian Muhammad zahir yang maklum dan menetapkan sebenar nabi adalah
Muhammad awal saja iaini nur saja |
| iv. |
Nabi melakukan
dosa. |
| v. |
mertabat wali
mahsum macam nabi. |
| vi. |
dll yang seumpama
dengannya. |
| . |
|
| Berkaitan
perkara² Sam’iyat: |
| i. |
Akhirat sebenar
tiada tapi akhirat sebenar di dunia ini. |
| ii. |
Kiamat sebenar
adalah kiamat diri dan kiamat alam sebenarnya tiada. |
| iii. |
Mengaku Imam
Mahdi atau jadi tentera-tenteranya dan cofirm jadi ahli syurga. |
| iv. |
Neraka sebenarnya
tiada Cuma ada pada istilah saja begitu jugalah syaitan ,syurga, loh, arasy
dan sebagainya kesemuanya ujud dalam istilah saja tiada hakikatnya. |
| v. |
dan lain-lain
I’tiqad yang seumpama dengannya. |
Kesemua di
atas tadi adalah contoh-contoh I’tiqad yang sesat lagi menyesatkan yang
tiada boleh di pegang dalam menjalani jalan tariqat .(boleh rujuk Risalah
Tasawuf Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal sebagai panduan berhubung
dengan I’tiqad yang sesat bagi yang nak bersufi). |
| b. |
Tertipu di
alam malakut iaini alam keruhanian
Bilamana tiada
punya ilmu yang cukup terutama Ilmu Usuluddin(tak terkecuali Ilmu Feqah
dan Ilmu Tasawuf sekurang-kurangnya kadar fardhu ‘ain) maka syaitan dan
jin(makhluk halus) akan mudah memperdayakan dan dah banyak terjadi. Apabila
seseorang berada di alam ini segala macam tipudaya berkumpul di sini. Apa
yang faqir di beritahu bahawa pokok persoalan tipudaya di alam ini ialah
untuk merosakkan niat dan I’tiqad bagi orang yang menempuh di alam ini.
Sebab itu di samping ilmu yang mencukupi bimbingan Syeikh Mursyid yang
kamil mukamil amat penting di sini. Di alam malakut ini seseorang akan
di buka sesuatu yang ajaib, indah(di sisi alam rendah) tapi penuh prasangka
dan apabila prasangka sudah terkena maka title diri pun menjelmalah.
Mulalah dah
mengaku sultanul Auliya, Wali Quthub, Wali abdal, Ghaus tak kurang juga
versi nusantara panglima hitam, Panglima Berantai, Hang Tuah, Tuk janggut,
Daeng Prani, Daeng Selili dan macam-macam lagi yang kadangkala menakutkan
menggayatkan orang yang mendengarnya mungkin juga tak lama lagi timbul
pulak Osama Ben Laden di alam malakut. Dijauhkan kita oleh Allah Ta’ala
akan terkena sangkaan dan di lindungnya di atas jalan syariatNya.
Ada juga yang
percaya pada tanasukh iaini ruh wali menyelap ke dalam tubuhnya ini juga
suatu bahaya yang merosakkan iman dan Tauhid kita kepada Allah Ta’ala.
Manakala kalau fasal mimpi saja bagi yang menempuh alam ini bertambun banyak
asyik-asyik mimpi , kadangkala dah kerana terlalu ta’asub dengan mimpi
semua kerja buat dan usahanya pasti tunggu mimpi kerana di sangka mimpi
tu ilham.
Alam ini juga
selalu terjadinya kasyaf kauni iaini tersingkap baginya rahsia sesuatu
benda(taraf keduniaan) atau apa saja pandangan yang di nisbah kepada bathin
termasuk dalam hal perubatan, menilik(scan), nampak atau berfirasat akan
hati atau sifat orang lain yang kesemuanya ini masih bukan tujuan tariqat
yang sebenar dan bilamana seseorang terhenti pada hal-hal ini maka syaitan
telah berjaya memesongkan tujuan dan niatnya dan akhirnya segala macam
keupayaan zikir-zikir atau wirid-wirid atau muraqabahnya dapat di gunakan
secara halus atas maslahat diri(keduniaan) cuma versinya saja bertukar
atau datang di bisik akan hati kecil bahawa aku sudah kasyaf, aku sudah
boleh scan hati orang, aku sudah boleh bantu orang lain jadi mungkin Allah
dah lantik aku menjadi waliNya sebab semua permintaan aku sudah dimakbul
Allah. Maka ujub pun datang menyelinap dalam hati kecil kita tanpa disedari
habis segala amalan kita hancur sehancurnya. Mohon kepada Allah Ta’ala
akan taufiq dan hidayahNya. Mengapa kita suka pada title atau suka membuat
pengakuan? Lihat bagaimana sikap baginda Rasulullah s.a.w. bila dalam satu
riwayat bahawa Allah Ta’ala bertanya kepada semua Ulul Azmi:
Wahai
Nuh siapa kamu? Aku najiyallah(yang di lepaskan oleh Allah), Wahai musa
siapa kamu? Aku kalamullah. Wahai Isa siapa kamu? Aku ruhullah(Yang dimasukkan
ruh oleh Allah ke dalam perut Siti Mariam tanpa bapa) Wahai Ibrahim siapa
kamu? Aku Khalilullah (Teman bagi Allah) dan bila di tanya kepada baginda
Rasulullah s.a.w. Wahai Muhammad siapa kamu ? maka jawab baginda s.a.w.
Ana yatim( aku anak yatim tiada ibu dan ayah).
Baginda seorang
nabi yang paling tinggi mertabatnya dan tiada yang paling atas mertabatnya
di sisi Allah Ta’ala melainkan hanya baginda seorang tapi terlalu merendah
diri jauh dari inginkan sebarang gelaran tapi kita baru boleh berzikir
sikit baru boleh sholat sunnat terbuka di alam malakut saja dah terkejut
dan terus mabuk dengan pengakuan demi pengakuan. Itu tandanya syaitan dah
tipu kita supaya kita leka dengan sanjungan orang ,suka dengar pujian orang
itulah suma’ah namanya iaini penyakit hati yang menyerang kita tanpa kita
ketahui akibat cuai belajar ilmu tasawuf dan usuluddin.
Mudah saja
kalau kita nak ukur diri kita sendiri caranya ialah bilamana kalau orang
puji kita atau orang sayang kita atau orang angkat kita apa agaknya rasa
hati kecil kita ? rasa syok dak, rasa bangga ke, rasa lega ke kalau ada
berdegup rasa-rasa ini itu tanda jangan harap kita boleh terselamat di
alam malakut ni kerana pengaruh dunia dan maslahat diri masih menebal atau
menyorok di dalam sanubari kita. Sebab itu niat dan Tauhid mesti tepat
, padu dan murni samada ilmunya , amalnya ataupun halnya. |
Suatu masalah.
Nanti
ada yang berhujjah pulak mengapa Syeikh Abdul Qadir Al Jilani mengaku dia
nya sultanul Auliya dan kewaliannya amat tinggi sehingga dikatakan leher
para wali di bawah kakinya? Soal Syeikh Abdul Qadir Jilani itu soal lain
dan ada cerita lain dan tak boleh di anggap takabur. Soalnya apakah kita
ni dah sama taraf dengan Syeikh Abdul Qadir Jilani ke ?
Bagaimana ibadatnya,
ilmu nya samada muamalahnya mahupun mukasyafahnya, mujahadahnya, wara’nya
ukur lah dulu baru boleh pasti! Yang faqir risau air kaki Syeikh Abdul
qadir jilani pun belum sama taraf dengan kita lagi apatah lagi nak di ukur
dengan ilmunya, amalnya dan sebagainya.(maaf bahasa agak kesat) Maka berpijaklah
bumi yang nyata. Akuilah kelemahan dan kedhaifan kita itu lebih baik untuk
kita dari kita daripada mengaku benda yang kita sendiri tiada di beri ilmu
tentangnya.
Ingatlah segala
maqam yang di kejar, title, ilmu kiramah ibadat kita masih belum ada jaminan
kita selamat di sisi Allah Ta’ala sedangkan Allah hanya menjamin orang
yang benar-benar ikhlas terhadapNya. Dan sesungguhnya ikhlas itu rahsia
Allah Ta’ala dan segala ibadat yang diterima Allah Ta’ala di akhirat nanti
hanyalah ibadat yang ikhlas maka siapakah boleh mendakwa di sini (di dunia
ini) bahawa dia sudah ikhlas? Sebab itulah orang yang mengaku itu dan ini
seolah-olah telah ketahui amalannya sudah makbul apa benarkah dia? Gunakanlah
aqal dan timbangan syara’ supaya kita tidak ta’asub buta ! Wallahu’alam.
Masalah
kedua.
Timbul
pula satu dakwaan bahawa berkawan dengan makhluk halus iaini jin atau khadam
atau muakal ayat adalah satu kiramah juga. Ini adalah merupakan suatu ‘gejala’
atau tipudaya di alam malakut ini akibat daripada tak menguasai ilmu Usuluddin(darihal
bab perkara-perkara yang menyalahi adat).
Bukannya semua
di alam malakut ini boleh kita terima sewenang-wenangnya. Memang ada pendapat
ulama berpendapat bersahabat dengan jin itu hukumnya harus TETAPI ada syarat-syaratnya
dan bagi murid yang hendak dan sedang berjalan menuju makrifat dengan sebenar-benar
makrifat kepada Allah Ta’ala maka HARAM dia bersahabat dengan jin walau
apa jenis jin pun (walau kembarnya sekalipun) bahkan layan pun tak boleh
kerana jin itu sendiri ada jazbahnya(tarikan) yang tersendiri yang mana
jazbahnya itu amat bertentangan sekali dengan jazbah fillah (untuk makluman
lanjut sila baca Buku Mengenal Diri dan Wali Allah karangan
Ustaz
Mustapha al Jiasi anak murid Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal Syeikh
Mursyid Tariqat Ahmadiah dalam bab Keramat Khadam).
Ada juga yang
berpendapat bahawa bersahabat dengan makhluk halus itu adalah suatu kiramah
atau anugerah dari Allah. Pendapat ini tidak benar kata Syeikh Abdul
Wahab Asy Sya’roni di dalam kitab Yawaqitu wal Jawahir
yang dinukil dari kitab Tuhfatur Raghibin :
“Bahawa
bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji. Barangsiapa memilih
dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama
maka orang itu sangat jahil. Kerana yang ghalib atas jin itu adalah perbuatannya
dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia
yang fasiq. maka orang yang beraqal berlari ia daripada bersahabat dan
bersekedudukan dengan dia(jin) seperti liar ia bersahabat dengan orang
fasiq”.
Dan kata Syeikh
Mahyuddin Ibnu Arabi dalam kitab Al Futuhat yang faqir
nukil dari kitab Tuhfatur Raghibin iaitu :
“Adalah
orang yang sekedudukan dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan Allah kerana
jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat Nya”.
Dan di jelaskan
lagi oleh kitab yang sama (Tuhfatur Raghibin) :
“Dan
terkadang menyangka oleh yang sekedudukan dengan dia (jin) itu bahawa segala
perkara yang dikhabarkan oleh jin daripada barang yang berlaku di dalam
alam itu adalah karamah daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkanya itu
adalah bathil. Dan hanya adalah yang kesudahan jin kepada manusia itu bahawa
di beri tahu akan segala khasiat segala tumbuh-tumbuhan, dan khasiat batu
dan kahsiat isim dan huruf maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimiya
jua iaitu ilmu yang di cela syara’ “.
Ini menunjukkan
dakwaan bersahabat atau bersekedudukan dengan jin (makhluk halus) sebagai
karamah adalah suatu kesilapan besar! Sudahlah menjadi hijab dalam perjalanan
makrifat kemudian di ajar pula ilmu-ilmu yang menyebabkan kita akan bertambah
jauh dari Allah Ta’ala. Adakah ilmu ini (ilmu yang di ajar oleh jin atau
makhluk halus) di panggil laduni, waridat, ilham atau mukasyafah? Pohon
kita kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan di simpangkan dari fahaman ini.!
Sebab itu biar
kita di pimpin oleh Syeikh Mursyid yang arif lagi alim benar(alim syariat
dan alim haqiqat) atau istilah lain ‘tahu benar’ barang yang haq dan bathil
darihal alam malakut ini.
Ada juga mengkiaskan
bagaimana Nabi Sulaiman a.s. boleh bersahabat dengan jin mengapa kita tak
boleh? Ini adalah kias yang tidak kena pada tempatnya. Jangan samakan mukjizat
dengan diri kita yang penuh dengan noda dan dosa. Itu adalah suatu kesilapan
yang amat besar !
Para ambiya
adalah ma’sum dan mereka di kurniakan mukjizat dengan bermacam-macam yang
hanya Allah Ta’ala saja Yang Maha Mengetahui akan hikmahnya. Memadailah
kita mengikut akan barang yang nyata dalam syariatNya jangan cuba untuk
menyeluk lebih jauh tanpa bimbingan guru yang aribillah.
Jangan taasub
dengan mazhab tariqat sahaja.
Di
antara gejala ‘sempit fikiran’ dan perkara yang di larang ialah ta’asub
pada wasilah atau mazhab tariqat. Pengertian taasub pada wasilah ialah
bermaksud kasihnya terhadap tariqatnya sehingga membawa cedera pada Tauhid
dan ubudiyyahnya. Sehingga ada yang mendakwa bahawa hanya tariqatnya saja
yang paling top, paling hampir, paling berkesan bahkan di dakwanya tariqat
merekalah yang paling suci dan tiada tariqat yang paling hebat kecuali
tariqatnya saja.
Inilah akibatnya
apabila penguasaan ilmu di abaikan sewaktu sebelum bertariqat atau mengabaikan
proses menuntut ilmu dikala sesudah bertariqat. Pemahaman kepada mazhab
jamaah tariqat yang sempit menyebabkan fitnah akan merobek di dalam perjalanan
kita.
Kembalilah
kepada asas ilmu Tasawuf yang menuntut kepada tawadhu’ dan kerendahan diri
yang benar. Jangan adakalanya kita sebagai yang menjalani ilmu tariqat
itu di satu masa terlalu merendah diri tetapi di satu masa pula terlalu
taasub dan meninggi diri seolah-olah orang lain seperti ‘katak keredek’
yang tiada dapat apa-apa habuan rahmat Allah Ta’ala.
Janganlah kita
anggap kasyaf yang ada pada kita (kononnya) sudah menyebabkan kita memandang
rendah pada orang yang tiada bertariqat atau golongan awam kerana ketahuilah
kasyaf yang semacam itulah yang akan membawa kita kepada bahaya ujub dan
penyakit terkena sangka yang bathil. Apa yang faqir di ajar bahawa sifat
orang kasyaf ini amat tawadhu lagi begitu menyembunyikan pandangan kasyafnya.
Tidak di hebahkannya bahkan lagi tersingkap kasyaf maka lagi jahil dia
sabit tenggelam dalam Kebesaran Allah Ta’ala.
Secara lazimnya
ahli tariqat yang sempit fikiran dan ditimpa ta’asub buta merasakan kasyaf
yang didapatnya itu sudah sampai pada kemuncaknya dan yang paling malang
sekali di yakinkan bahawa kasyaf itu melebihi dari usul kaum sufi iaitu
Al
Quraan dan Sunnah.
Sehingga ada
puak yang melampau dalam dapatan ruhani mereka sehinggakan seolah-olah
mereka sudah sampai sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. sampai. Alangkah
malangnya dipohon lindung daripada Allah Ta’ala akan puak ini.
Sebenarnya
ketahuilah bahawa Tariqat secara umumnya ialah jalan mengenal Allah Ta’ala
atau jalan menuju kepada kehampiran(qurb) kepadaNya dengan mendapat redha
dan kasihNya. Adapun Ulama sufi menjelaskan bahawa jalan menuju kepada
Allah Ta’ala itu terlalu banyak dan ada yang mengibaratkan sebanyak bilangan
nafas makhluk. Ini bermakna terlalu banyak dan tiada di hinggakan! Bayangkan
betapa banyaknya jalan yang menyampai kepadaNya. Dan ada ulama mengatakan
seumpama sebanyak jari jejari yang menghubung kepada satu titik pusat dan
ini bermakna terlalu banyak tariq atau cara yang menyampai kepadaNya. Dan
ada orang yang Allah Ta’ala sampaikan ke hadratNya tanpa melalui jalan
mazhab tariqat (yang khusus) iaini tanpa syeikh. Mungkin saudara akan terkejut
! Memang benar kata faqir. Sebab itu faqir kata ilmu Allah Ta’ala Maha
Luas bukan seluas fikiran kepala kita jadi jangan ta’asub buta pada wasilah!
Ini dinyatakan
di dalam kitab Ad Durun Nafis yang Di karang oleh Syeikh
Muhammad Nafis Bin Idris Al Banjari :
“Syahdan
maqam inilah (iaini maqam Wahdatul af’al) yang mula-mula ia anugerahkan
Allah Ta’ala kepada orang yang salik(yang belajar setingkat demi
setingkat di bawah pengawasan Mursyid) atau kepada orang yang lainnya iaitu
seperti orang yang majzub umpamanya dan erti orang yang majzub itu
di ambil Allah Ta’ala dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal
ZatNya dan SifatNya dan asmaNya dan af’alNya daripada tiada mengerjakan
ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada ijazah masya’ih.”
Ini bermakna harus
bagi Allah Ta’ala memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk di perkenalkan
DiriNya dengan jalan majzub atas sifat Kehendak dan Pemurah dan PengasihNya.
Sepertimana Firman Allah Ta’ala:
“Allah
menyesatkan siapa yang dikehendaki dan memberi hidayah siapa yang dikehendaki”.
Inilah yang dinamai
sebagai ‘Kurnia’ iaitu sesuatu yang di dapat bukan dengan jalan
ikhtiar tetapi atas kehendak dan pilihan Allah Ta’ala sendiri. Manakala
jalan usaha untuk menujunya iaitu dengan ibadat amal dan bimbingan Guru
di namai akan ‘anugerah’ Allah Ta’ala atas ikhtiarnya di dalam taat.
Cumanya orang yang majzub itu khusus dan bukan umum dan bukan sunnah untuk
di ikut secara lazim(biasa). Dan akhirnya orang yang majzub itu sendiri
akan kembali menjadi salik.
Fahamilah ini
betapa luasnya rahmat Allah Ta’ala dan apa yang penting supaya kita belajar
dan terus belajar supaya tidak menjadi sempit fikiran dan dijauhkan Allah
Ta’ala dari menjadi orang yang ta’asub buta.
Wallahu’alam.
~~~~~ o O o
~~~~~
|