NUR
MUHAMMAD
ASAS
DARI AL-QURAN DAN HADITH oleh alkausar
(Penghargaan
kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller, Ismail Dhul-Qarnayn dan Prof. Dr. Abdul
Hadi Palazzi terhadap sumbangan mereka dalam artikel ini.) |
| 1. |
ASAS
DARI AL-QURAN |
|
1.1 |
Rasulullah
s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang
beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:
Wahai Ahli
Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w)
dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum)
yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan
tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya
telah datang kepada kamu cahaya kebenaran
(Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata
keterangannya. (Qur’an 5:15-Terjemahan Ar-Rahman)
Dimana, perkataan
Nur
pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti
berikut:
Jalal al-Din
al-Suyuti(Tafsir al-Jalalayn, 139):
"Ia adalah
Rasullullah s.a.w"
Ibn Jarir al-Tabari
(Jami‘
al-bayan, 6.161):
" Dengan cahaya,
Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari
kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan
baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada
baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."
Fakhr al-Razi
(al-Tafsir
al-kabir, 11:194):
"Terdapat
beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad,
dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"
al-Baghawi
(Ma‘alam
al-Tanzil, 2.228):
" Ia bermaksud
Muhammad s.a.w, atau, mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam "
dan Qurtubi
(Ahkam al-Qur’an , 6.118) berpendapat seperti di atas
dan Mawardi
(al-Nukat wa al-‘uyun, 2.22) menyebut bahawa tafsiran Nur
sebagai "Muhammad"
bagitu juga pendirian
Imam bahasa Arab Ibrahim ibn Muhammad,
al-Zajjaj (m. 311H).
Qadi `Iyad
berkata: " Dia (Muhammad s.a.w) dinamakan cahaya kerana ketelusan kedudukan
baginda dan kerana kenabiannya telah didzahirkan, dan juga kerana baginda
telah menerangi hati-hati mereka yang beriman dan yang mereka yang mengetahui
Allah s.w.t. dengan apa yang baginda bawa."
al-Qariberkata
dalam Sharh al-shifa' (1:505, edisi Mecca): " Ia telah dikatakan bahawa
Cahaya dan Kitab adalah kedua-duanya dimaksudkan kepada Muhammad s.a.w
kerana baginda bukan saja suatu cahaya yang amat sangat dan juga adalah
sumber semua cahaya, malah baginda juga adalah sebuah kitab yang mengumpulkan
dan yang menjelaskan semua rahsia. Beliau juga mengatakan (1:114, edisi
Madina): "Dan apakah sangkalan yang ada untuk menolak kedua-dua perkara
terhadap baginda, memandangkan baginda adalah suatu cahaya yang amat sangat,
berdasarkan kesempurnaan rupa baginda berbanding semua cahaya yang lain,
dan baginda adalah satu kitab yang dzahir memandangkan baginda adalah kumpulan
rahsia-rahsia secara keseluruhannya dan baginda mendapat bukti semua undang-undang,
semua keadaan dan semua pilihan."
Semua menunjukkan
bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran.
Ini adalah terjemahan para ahli tafsir yang awal, kerana al-Tabari
adalah sheikh bagi para salaf dalam bidang tafsir;
tegasnya menunjukkan bahawa Nur sebagai "Islam" ialah
satu tafsiran yang datang kemudian. |
|
1.2 |
Penjelasan
terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antara ulama
Islam yang berusaha mengumpul berkenaan keperibadian baginda ialah ulama'
hadith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti
dalam dua jilid al-Khasa’is al-kubra, pada bab pertama, hadith pertama
beliau telah dilaporkan oleh Ibn
Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir
Al-Quran] , dan oleh Abu Nu‘aym
dalam Dala’il al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian
daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu
Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran:

(Teruslah
bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi
(umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai
Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi
Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia
yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);
(Qur’an 33:7-Terjemahan Ar-Rahman)
Bahawa Rasullullah
s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan."
(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3).
Perbezaan temporal(masa)
adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:
Sahih
Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:
Diriwayatkan
oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah
diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu
mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah
Musa yang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman
terus; akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis
di dalam ketetapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata
dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa.".
|
|
1.3 |
Penjelasan bagi Ayat 26:217-219:


Dan
berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu
semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu
di antara orang-orang yang sujud. (Qur’an 26:217-219 -Terjemahan
Ar-Rahman)
Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah
Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang
semasa baginda sembahyang berjemaah;
Ibn
`Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan
selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w
'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan
dari kalangan para ambia'. (lihat Qadi `Iyaddi
bawah)
|
|
1.4 |
Firman Allah
s.w.t:
Allah
yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab
Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu;
lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang)
laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak
dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja
disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi
ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan
sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia
tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah
sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur
hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan
untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah
24:35-Terjemahan Ar-Rahman)
Suyuti
berkata dalam al-Riyad al-aniqa:
"
Ibn
Jubayr dan Ka`b
al-Ahbar berkata: "Apa yang dimaksudkan
bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah
PesuruhNya dan Pendedah dan Penyampai dari Allah s.w.t terhadap apa yang
menerangi dan terdzahir." Ka`b
berkata:
" Minyaknya bersinar akan berkilauan kerana Rasullullah s.a.w bersinar
akan diketahui kepada orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui
bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan
walaupun tanpa dinyalakan."
|
|
1.5 |
Firman Allah
s.w.t:

Wahai
Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan
pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi
amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru
(umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya;
dan sebagai lampu yang menerangi. (Surah 33:45-46 -Terjemahan Ar-Rahman)
-
Qadi al-Baydawi
berkata dalam tafsir beliau: "Ia adalah matahari kerana firmanNya: Dan
Kami jadikan matahari sebagai lampu; atau, ia mungkin bermaksud lampu."
-
Ibn Kathir
menyatakan dalam tafsir beliau: "FirmanNya: dan sebagai lampu yang menerangi.,
ia itu: kedudukan kamu nampak dalam kebenaran yang kamu telah bawa, sama
seperti matahari itu menampakkan dalam terbitnya dan sinarannya, yang tidak
siapa menolak melainkan ......"
-
Raghib al-Asfahani
dalam al-Mufradat (1:147) berkata: " Perkataan (lampu) digunakan untuk
semua yang menyinari."
-
al-Zarqani
dalam Sharh al-mawahib (3:171) berkata: "Baginda dinamakan lampu kerana
daripada satu lampu mengambilnya banyak lampu, dan cahayanya tidak berkurangan
langsung."
~~~~~ o O o ~~~~~
|
| 2. |
ASAS
DARI HADITH
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa
'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut: |
|
2.1 |
Aku telah diutuskan dalam
keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka.
-
Sahih Bukhari,
Jild 4, Buku 56, No. 757
|
|
2.2 |
Aku telah dimasukkan ke dalam tanah
pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahanda ku Ibrahim dan khabaran
gembira kepada Isa ibn Maryam
-
beberapa rantai
dalam Ahmad 4:127-128,
-
Bayhaqi
dalam Shu'ab #1385 dan,
-
dalam Dala'il
al-nubuwwa 1:83, 2:130 dan
-
Hakim.
|
|
2.3 |
Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia
menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa
di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim.
Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku
ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa
ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar.
-
Ibn Abi `Umar
al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan,
-
al-Tilimsani
|
|
2.4 |
Jabir ibn
`Abd Allah r.a. berkata kepada Rasullullah
s.a.w: "Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk mu,
khabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda
berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya
Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya
selama KehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu, dan ........." (petikan
sebahagian).
-
`Abd al-Hayy
al-Lucknawi menyebutnya dalam al-Athar
al-marfu`a fi al-akhbar al-mawdu`a (ms. 33-34 , edisi Lahore dan berkata:
"Keawalan (awwaliyya) cahaya Muhammadan (al-nur al-muhammadi) telah perkukuhkan
melalui perawian `Abd al-Razzaq, sebagai tetap mendahului semua kejadian."
-
`Ajluni (Isma`il
ibn Muhammad) dalam Kashf al-khafa' (1:265
Maktabat al-Ghazali edisi Beirut) meriwayatkan keseluruhan hadith ini daripada
Qastallani
iaitu penulisan beliau Mawahib. Mengikut Qastallani
dalam al-Mawahib al-laduniyya (1:55) `Abd
al-Razzaq (m 211H) meriwayatkannya dalam
Musannafnya dan Zarqani
dalam Sharh al-mawahib beliau (1:56 Matba`a al-`amira edisi Cairo)
menjelaskan tiada kesangsian berhubung dengan kewibawaan `Abd
al-Razzaq sebagai perawi. Bukhari
mengambil 120 perawian daripada beliau dan Muslim
400 ahadith.
-
`Abd al-Haqq
al-Dihlawi menyebut hadith di atas sebagai
bukti dalam Madarij al-nubuwwa (dalam bahasa Parsi 2:2 Maktaba al-nuriyya
edisi Sakhore) dan mengatakan ia sahih.
-
`Abidin (Ahmad
al-Shami), menyebut hadith berkenaan sebagai
komentari terhadap puisi Ibn Hajar al-Haytami al-Ni`mat al-kubra `ala al-`alamin.
-
Nabahani
menyebut dalam Jawahir al-bihar (3:354).
-
Alusi (al-Sayyid
Mahmud) dalam tafsir Al-Qur'an bertajuk
Ruh al-ma`ani (17:105 edisi Beirut ) juga menyentuh berkenaan hadith
ini yang dikaitkan dengan hadith yang lain, juga lihat al-Qasim
#261.)
|
|
2.5 |
Ali ibn
al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya
berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapan
Tuhanku selama empatbelas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.
-
Imam Ahmad
dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130),
-
Dhahabi
dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan
-
al-Tabari
dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154).
|
|
2.6 |
Sayuti
mencatitkan
sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullah
s.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari
dalam Tarikh , dan juga oleh Ahmad,
Tabarani, Hakim, dan Bayhaqi, bahawa
Maysara
al-Fajr r.a. berkata, " Aku bertanya,
" Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara
Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3-4) |
|
2.7 |
Sebalik itu
pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi
yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah
dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian
yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak
menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadith yang berkenaan memandangkan
bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dan kitab beliau al-Khasa’is
al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa. Pun bagitu
memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w adalah
cahaya dari Allah.
~~~~~ o O o
~~~~~
|
| 3. |
ASAS
DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN
. |
|
3.1 |
Qadi `Iyad
menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:
"Inilah apa yang dimaksudkan
oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib
apabila beliau berkata:
.......Sebelum engkau datang
ke dunia ini
engkau lah yang tebaik disebalik
bayang bayangan dan di dalam diri
semasa mereka menutup diri mereka
dengan daun daun
Kemudian engkau turun melalui masa
Semasa engkau dilahirkan, dunia
menyinar
dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu.
Kami berjalan in dalam sinaran itu
dan dalam cahaya dan laluan petunjuk
yang benar "
-
Ali al-Qari
dalam
'Sharh al-Shifa'(1:364) mengatakan ia diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Shafi`i
dan Tabarani, dan
-
juga disebut olehIbn
`Abd al-Barr dalam 'al-Isti`ab' dan,
-
Ibn al-Qayyim
dalam 'Huda Nabiyy Allah (s.a.w)'
|
|
3.2 |
Ibn `Abbas
berkata, "Ruh Nabi Muhammad s.a.w adalah cahaya dihadapan Allah dua ribu
tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. Bahawa Nur itu memuji Dia dan para
malaikat memuji dengan puji-pujian yang Nur itu memuji. Apabila Allah menjadikan
Adam, Dia meletakkan Nur itu ke dalam Adam a.s."
Ibn `Abbas
juga menjelaskan taqallubak -- "terjemahan engkau" -- dalam surah (26:218-219)
di atas, sebagai " engkau turun melalui diri keturunan engkau."
-
al-Shifa oleh
Qadi
`Iyad.
|
|
3.3 |
Lain-lain rujukan berhubung dengan
tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam
azal unqal...' pada hadith ke 3 diatas sila lihat :
-
Suyuti
dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
-
Fakhr al-Din
Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
-
Imam Shahrastani
dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
-
Imam Abul Hasan
al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms
67-68) dan,
-
Abu Ja`far
al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
-
Allama Shabbir
Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad
Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.
|
|
3.4 |
Abu Ja`far
al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn
`Abbas dan menambah:
"Betapa baik penjelasan
Shams
al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:
"Ahmad maju sebagai satu
cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud.
Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma
sebagai terbaik dari para utusan."
|
|
3.5 |
Sebagai satu
pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah bashar atau ‘manusia’,
tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu
Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia,
padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri
nukilkan dalam Qasida al-Burda :
Muhammad
adalah seorang manusia,
tetapi tidak seperti kemanusiaan
Baginda
adalah permata,
sementara manusia adalah batu.
|
|
3.6 |
Walaupun Rasullullah
s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan.
Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus'
atau Hindu dengan Avatar mereka. Mungkin itulah antara sebab Allah mengantikan
kepercayaan seperti ini dengan Islam yang tulin kembali.
|
|
3.7 |
Penambahan
seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah
akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah
bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap
sesuatu itu DARI
Allah dan bukan TERHADAP
Allah. Ini jelas pada ayat 24:35, jikapun diterjemahkan sebagai "Allah,
Dia Cahaya langit dan bumi. ......." tidak
dapat dipisahkan dengan "Petunjuk Allah
kepada nurNya itu;"
pada ayat yang sama. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula
bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan pada Al-Quran, yang
antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam
Al-Quran sebagai
Naqat Allah. Nur Allah hendaklah diletak pada prespektif
yang sebenar seperti juga Baitullah tidak seharusnya dilihat sebagai tempat
tinggal Allah ataupun Naqat Allah sebagai unta betina tunggangan Allah,
nauzubillah.
Sebaliknya
jika ada golongan yang cuba membolak balikkan kedudukan ini, maka pendirian
mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan
dan motif.
~~~~~
o O o ~~~~~
|
| 4 |
RUMUSAN
|
|
4.1 |
Ketara pada
penjelasan di atas, Muhammad sebagai Nur ataupun Nur Muhammad bukanlah
suatu perkara asing pada zaman dan di antara kalangan para sahabat, Salaf
as-salihin mahupun generasi Khalaf as-sadiqin. Ulama-ulama tafsir dan hadith
pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien ini telah masak dengan "Awaluddin
Makrifatullah' masing-masing walaupun diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang
tersendiri.
Sebagai contoh,
Al-Bukhari yang bergelar Imam hadith adalah jauh lebih tinggi kemampuannya
dari seseorang yang bertaraf hafiz hadith. Sebagai imam hadith termaklum
bahawa penguasaan ahadith beliau jauh melebihi 600,000 perawian. Tidakkah
menghairan kenapa beliau memasukkan hadith di atas di dalam Sahih
beliau yang merujuk kepada apa yang diistilahkan sebagai Nur Muhammad,
jika beliau sendiri tidak yakin mahupun menerima insitusi Nur Muhammad?
Paling mudah dan selamat, beliau boleh memutuskan untuk tidak memasukkan
perawian hadith berkenaan di dalam Kitab sahih beliau walaupun ia sahih
dari segi sanad. Justeru, adakah Imam Bukhari was-was terhadap matan hadith
berkenaan?
Dari sudut
tasawwuf, institusi Muhammad s.a.w itu adalah luas dan jauh lebih luas
dari kefahaman umum. Jika tidak, tasawwuf sendiri tidak akan jadi satu
bidang pengajian yang formal jika ia bagitu mudah. Bagitu juga institusi
Muhammad s.a.w dalam tasawwuf tidak akan dikaji secara mendalam jika telah
ada cabang lain dalam Islam yang mampu mengkaji lebih baik dari bidang
tasawwuf sendiri. Institusi Muhammad s.a.w perlu dikaji dengan lebih luas,
lebih teliti dan lebih jitu kerana ada dalil dari Al-Quran dan hadith mahupun
riwayat para sahabat, tabien dan tabiet-tabien yang menunjukkan sedemikian
rupa. Ini memerlukan ia dikaji dengan lebih mendalam agar dapat diletakkan
asas yang tepat terhadap institusi berkenaan.
Penulisan ini
adalah setakat untuk menampakkan bahawa ada asas untuk mengkaji dan perlu
dikaji Muhammad sebagai Nur, selain daripada setakat menerima Muhammad
sebagai "abu basyar" sahaja. Paling ringkas, orang awam sendiri sedar bahawa
institusi diri mereka sendiri mempunyai jasmani dan rohani. Itupun tidak
mereka kaji sepenuhnya dan menjadikan ia satu bidang yang formal. Contoh,
bidang kedoktoran sahaja adalah cuma sebahagian dari bidang jasmani. Kita
tak dapat nak nafikan bahawa institusi pengkajian ini adalah amat luas
dan melibatkan beratus ribu pakar diseluruh pelusuk dunia baik muslim mahupun
bukan, dan masih ada lagi banyak persoalan yang berlum berjawab berbanding
dengan yang telah dapat dijawab. Jawapan inipun seringkali diperbaiki dan
diubah, dari masa ke semasa.
Agak menghairankan
ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas
langsung dalam bidang tasawwuf. Kita tidak nafi kewibawaan mereka dalam
bidang mereka. Cuma persoalannya, pernahkah seorang pakar gigi mempersoalkan
berkenaan pengajian perbedahan ataupun istilah-istilahnya? Pernahkah pakar
jiwa yang mempunyai berbagai-bagai therapy mereka mempersoalkan kenapa
rawatan cancer mengunakan perkataan therapy dalam istilah chemotherapy?
Jauh sekali seorang jurutera letrik. Inilah yang dikatakan "professional
ethic. "Sesungguhnya Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.
Semua melaung-laungkan
perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sebaliknya, tuduhan-tuduhan
berhubung dengan Nur dan Hakikat Muhammad berkitar pada isu neo-platonism,
pathernism dan sepertinya. Rata-rata rujukan terhadap neo-platonism dan
pathernism cuma bersumber kepada seorang muslim lain yang sependapat dengannya
dan tidak lebih dari itu.
Antara sumber
rujukan terawal berkenaan isu ini ialah kepada Prof.
A. E. Affifi (edisi 1938). Adakah
ini dalil? Paling dekat setakat yang penulis pernah jumpa adalah rujukan
kepada "Encyclopedia of Islam" ed.2; pun bagitu adakah ini dalil, sedangkan
edisi pertamanya pernah diharamkan kerana ia mempunyai gambar "Mohammad
the Prophet", yang segak dengan pedang dipinggang. Selain dari itu, rujukan
demi rujukan rata-rata 'berkiblatkan' L.
Massignon, Prof. Reynold A. Nicholson dan anak muridnya A.E. Affifi, M.A.
Palacios, Whittaker(The Neo-Platonists),
Wensinck
(Encyclopedia of Islam) dan sepertinya. Tidakkah ini bertaqlid?
Ada baiknya,
sangkalan seperti ini di rujuk terus kepada penulisan Plato atau Aristotal
yang authentik lagi asli. Ini lebih tepat walaupun masih tidak dapat diterima
sebagai dalil. Sekurang-kurangnya kita yang meraba-raba mencari kebenaran
akan tahu kedudukan yang sebenar dan arah sangkalan atau arah rujukan dan
arah keugamaan yang di anut oleh sesuatu pihak itu.
Mengapa amat
kurang dan kebanyakan masanya tiada rujukan kepada nas dan ahadith, baik
terhadapnya mahupun sebaliknya. Pun bagitu, perlu diingatkan bahawa penolakkan
satu sanad tidak bermakna sanad yang lain juga mansuh.
Sebaiknya untuk
menidakkan kedudukan yang dibentangkan di atas ialah:
1. Menunjukkan
kesilapan pada rujukan-rujukan di atas.
2. Menampakkan
kelemahan pada rujukan-rujukan di atas.
3. Membuktikan
tafsir ayat dan sanad hadith di atas adalah lemah.
4. Memberi
tafsir lebih kukuh pada nas-nas yang sama.
5. Memberi
nas-nas yang menidakkan pendirian ini dengan tafsirnya sekali
6. Memberi
rujukan hadith serta sanad yang lebih kukuh.
Siapa saja
yang sayang akan ugama dan dirinya akan akur, begitu juga penulis yang
jahil berhubung dengan ugama dan bertaqlid kepada yang lebih arif sebagai
rujukan. Seandainya kejahilan penulis di lambakkan dengan rujukan yang
lebih jahil dari itu, semestinya penulis akan menjadi lebih sombong untuk
menidakkan apa yang dikemukakan. Inilah yang cuba dikikis oleh kesufian
dan tasawwuf.
Sesungguhnya
nafsu adalah musuh golongan sufi yang paling di hormati.
~~~~~ o O o
~~~~~
Laman Utama
|
| |