|
Berserta
Allah
(Ringkasan
syarah Kitab Hikam oleh seorang mursyid)
sumbangan
anakkajang
~~~~~ o
O o ~~~~~
Dan jadikanlah
dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah
semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka
hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau
mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan
mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya,
dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran
Surah
Al-Kahfi:28
~~~~~
o O o ~~~~~
Sabda nabi
saw
Kun Ma’Allah
fa in lam takun Ma’Allah, fakun Ma’a man Ma’Allah fa in nahu yus iluka
illallaah”
Maksudnya:
“Hendaklah jadikan diri kamu bersama (berserta) Allah, maka jika kamu tiada
kuasa berserta Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu berserta dengan mereka
yang telah berserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan
menyampaikan diri kamu kepada Allah”
Riwayat
Abu Daud
~~~~~
o O o ~~~~~
Huraian tentang
maksud berserta Allah, seperti yang dihuraikan oleh mursyid seorang
dalam pengajian Kitab Al-Hikam, Ibn Ato'illah;
Kalam
283:
Maka sentiasa
kenderaan cita nya (himmah nya), tiada tetap pada tempat ketetapannya,
berkekalan dalam perjalanannya, kerana telah berpaling dari segala yang
menegahkan dia, iaitu dunia dan tiada kembali ia kepadanya dunia. Maka
sentiasa himmah nya dalam taraqi pada jalan, hingga hasil sampai bagi perjalanan
nya hadratul qudsi (dengan hadrat kesucian Allah) dan lapangan berjinak
hati. Adalah hadrat qudus ini ialah tempat mufatahah (terbuka hati)
dan muwajihah (berhadap nya hati) dan mutalaah (melihat bagi
hati) dan musyahadah (melihat hati) dan muhadasah (berkata-kata
hati) dan mujalisah (duduk nya hati). Maka jadi lah hadratul qudus,
kandang hati-hati mereka dan kepadanya tempat menginap hati mereka di dalam
nya hadratul qudus tempat tinggal hati mereka.
~~~~~ o O o
~~~~~
Bahagian
3/3
6.
Keenam sampai
perjalanan mereka kehadrat Allah dengan terbuka pada mereka mujalisah
(duduknya hati).
Mujalisah (duduk
nya hati) bererti duduk dengan Allah. Mereka sentiasa dengan Allah. Ini
yang dipanggil ma’Allah, maqam fana. Belum lagi billah. Billah
itu lebih tinggi. Mujalisah ini baru wasil pada sifat sahaja, belum wasil
hakikat. Bila lahir semula pada ruhul qudus baru wasil hakikat. Ditiup
ruh kudus pada dada mereka. Wasil kedua, baru lah wasil hakikat.
Itu maksud
dalam hadis ma'Allah. Dari Abu Daud " Hendaklah kamu berserta dengan Allah.
Jikalau tidak dapat berserta dengan Allah, hendaklah berserta dengan orang
"yang" berserta dengan Nya bahawasanya menyampaikan ia akan kamu kepada
Allah".
Maqam ma'Allah
ini maqam fana. Ini juga maksud hadis qudsi, "Ana jalisun man zakarani"
"Aku duduk, dengan orang yang berzikir akan daku"
Walaupun badan
mereka bekerja, mereka makan, mereka tidur, mereka tetap berserta dengan
Allah. Walaupun mereka tidur, mereka dalam muhadasah, dalam mujalisah.
Sebab yang 6 perkara ini, bukan boleh diikhtiarkan lagi. Benda yang diikhtiarkan,
kalau kita tidor, tak dapat dibuat, dan kita jadi lalai. Umpama zikir khafi
atau muraqabah, ini masih ikhtiari. Kalau tak diamalkan jadi kita lupa.
Jadi peringkat
yang 6 ini bukan lagi perkara yang boleh diamalkan. Sebelum sampai,
mereka dapat dengan ikhtiar.
Sudah tiada
lagi kaifiat bila mereka sampai peringkat ini. Mereka sentiasa mufatahah,
muwajihah, mutalaah, musyahadah, muhadasah, mujalisah. Bila sudah sampai,
Allah perkuatkan orang itu dengan barang yang tak diikhtiar lagi. Mereka
sentiasa berserta Allah Bila sampai peringkat ini, tak perlu banyak mujahadah.
Sebab kerja musyahadah itu sesuatu yang tak dapat dihitung ganjaran dia.
Ibadah yang jenis ikhtiar masih rendah dari segi pahala, ganjaran, makrifat.
Kalau mereka banyak mujahadah, macam mana mereka nak memimpin, berdakwah.
Orang macam ini sentiasa ilham ada pada mereka, mukhatabah. Tak ada zan
dan waham lagi. Inilah sebersih-bersih Tauhid
Seperti hadis
tentang tafakur. iaitu tiga peringkat tafakur.
Nabi saw bersabda,
pertama,
"Satu saat
bertafakur lebih bernilai daripada satu tahun beribadat".
Kedua.
"Satu saat
bertafakur lebih bernilai daripada tujuh puluh tahun beribadat".
Ketiga
"Satu saat
bertafakur lebih bernilai daripada seribu tahun beribadat".
Kalau mereka
tafakur dan muraqabah ada kaifiatnya. Kalau mereka musyahadah ada Cara
nya, ada ikhtiar nya, tapi maksud tafakur pada hadis yang Ketiga ini, terjadi
dengan sendiri nya tanpa kaifiat, yang sentiasa mereka dapat tafakur, sentiasa
mereka musyahadah, mutalaah, mujalisah.
~~~~~ o O o
~~~~~
Seperti sabda
Nabi saw dari Abu Hurairah "Tidurnya orang arif, lebih baik dari 70 tahun
ibadah orang abid".
Tidur orang
arif satu jam lebih baik dari satu ribu tahun beribadah. Itu sebab orang
arif ini banyak tidor. Sebelum jadi arif, dia kurangkan tidor. Sebab salah
satu dari 4 rukun untuk sampai pada Allah ialah sedikitkan tidur. Seperti
hadis nabi saw dari Abu Hurairah juga, "Anbiya dan auliya itu kalau dia
mati dalam kubur, tapi solat dalam kubur seperti dia solat masa hidupnya"
Orang arif itu tak mati kata Nabi saw. Dalam kubur itu dia solat. Orang
yang tak belajar ilmu Thoriqat tak akan pakai hadis ini, sebab tak sampai
akalnya. Inilah dia orang yang berserta dengan Allah. Ini tidak dapat diusahakan
kerana tidak ada kaifiat. Mujalisah ini tiada kaifiat, tiada ikhtiar dia.
Hanya bila sampai hadratul qudus, baru dapat yang ini. Selagi belum sampai
hadratul qudus, semua amal perlu diikhtiarkan. Setiap amal yang diikhtiar
sebelum wasil disyaratkan mujahadah. Selagi tak mujahadah tak akan sampai.
Bila sudah nak sampai, perlu ada tekad yang kuat untuk sampai.
~~~~~ o O o
~~~~~
Sampai hadratul
qudus, ada yang 6 tadi, iaitu mufatahah (terbuka hati) dan muwajihah
(berhadap nya hati) dan mutalaah (melihat bagi hati) dan musyahadah
(melihat hati) dan muhadasah (berkata-kata hati) dan mujalisah
(duduk nya hati).
Maka jadilah
hadratul qudus itu kandang hati-hati mereka dan kepadanya tempat menginap
hati mereka. Hadratul qudus jadi tempat tinggal hati mereka. Bila hati
itu ada kandang, hati itu telah jinak dan tidak liar lagi. Hati itu telah
jinak atau sukun pada hadratul qudus dan telah tidak keluar lagi.
Ertinya baqa,
tempat tinggal dia yang kekal, tajrid dia.
Orang ini sudah
lepas dari ujian yang boleh menjatuhkan, atau menyesatkan dia. Seolah-olah
dia dalam jaminan Allah. Bukan secara mutlak. Hanya para nabi dan rasul
ada digelar Maksum. Selain nabi disebut mahfuz. Ertinya telah ditetapkan
Allah. Maksum ertinya telah dijamin Allah. Mahfuz ini masih boleh dijatuhkan
Allah, tetapi ditetapkan Allah Wasil pada hadratul qudus. Ibarat
burung yang pulang kesarang setelah terbang jauh. Roh dia (orang wasilin)
tetap jinak dan terpelihara dalam kandang. Sampailah dia pada tajrid yang
kedua iaitu tajrid baqa. Maqam Baqa. Inilah Wasil yang hakiki dan
dapatlah dia hakikat ketuhanan yang membolehkan dia Makrifatul Zat Allah.
Dalam hakikat ketuhanan itu tanzih Zat pada dia. Kekuatan nur tanzih Zat
tadi hingga tajalli Zat dalam nur tajrid.
Tanzih
ini makna mensucikan Zat dari segala nur. Sebab Zat itu bukanlah nur. Jadi
nur adalah jadi hijab. Seperti yang disebut oleh nabi saw. dalam satu hadis
"Bagi Allah itu 70 puluh ribu lapisan hijab dari nur, kalau terbuka satu
lapis pada aku, maka binasa aku". Zat itu dihijab oleh nur. Tanzih Zat
bererti fana segala nur tadi. Suci Zat dari segala nur. Itu erti
tajalli. Tajalli yang tiada isyarah, tiada ibarah, tiada maani, tiada hissiah.
Inilah peringkat yang dimaksudkan dalam Hadis kudsi Allah berfirman,
"Al-Insanu
sirri wa Ana sirruhu."
Maksudnya:
"Insan itu rahsia Aku, Aku adalah rahsianya."
Tak boleh nak
ditafsirkan lagi, tak boleh diperkatakan secara huruf atau kalam. Hadis
mutasyahabih. Hanya mereka yang sudah tajrid tadi yang tahu. Inilah maqam
makrifat Zat, bukan maqam sifat lagi. Tauhid dia sudah wahdatuh Zat. Status
dia digelar al insan. Ilmu dia digelar makrifat Zat. Orang dia jadi ahli
tajrid Zat. Ilmu laduni yang dia dapat ialah yang paling tinggi iaitu ilmu
kasyaf. Ini baru jadi ahli kasyaf yang hakiki. Inilah yang dimaksudkan
pada hadis yang Rasulallah s.a.w bersabda:
"Takutilah
kamu akan firasat orang-orang mukmin kerana mereka melihat dengan Nur Allah."
Ertinya takut
oleh kamu akan mereka yang ada ilmu kasyaf, sebab mereka melihat, berkata,
berdiri dengan cahaya kasyaf. Bukan mukasyafah lagi, sebab mukasyafah maqam
sifat, kasyaf maqam Zat. Itu sebab kalau sudah habis semua peringkat mukasyafah,
terbuka segala alam pun, itu belum dapat kasyaf. Kasyaf ini hanya bila
sudah ada sirru asrar dalam nya. Asrar pada pihak ketuhanan, sirr pada
ana. Ini tak boleh ditafsirkan lagi. Sirr pada maani, asrar pada bainahum(Antara
keduanya).
Al-Insanu
sirri wa Ana sirruhu."
Maksudnya:
"Insan itu rahsia Aku, Aku adalah rahsianya."
Bicara lidah
boleh menjadi fasik atau zindik kita. Cuma boleh bicara cara roh. Mula
kita mengqasadkan itu dan begitu. Tak boleh diakalkan lagi, sebab peringkat
ini bukan ilmu qasad lagi, Sudah ilmu roh yang tak boleh kita akalkan.
Sebab dia dihijab dengan nur atau cahaya, yang setebal-tebal hijab. Bagi
peringkat sairin ini hijab nur ini perlu dilalui dahulu untuk sampai wasil
kepada Allah.Bukan lagi hijab basyariah. Hijab basyariah pada peringkat
Salikin dan rohilin sahaja. Seperti yang disebut dahulu, hijab ada 4.Hijab
basyariah, Hijab nafsaniah, Hijab haliah, Hijab nuriyah. Fana pun ada 4,
fana basyariah, fana nafsaniah, fana haliah, fana nuriyah. Mukasyafah pun
4 peringkat. Alam pun 4 peringkat. Tajrid pun alam dia 4. Makrifat pun
alam dia 4. Darjat Peringkat Akal kita pun 4. Darjat Roh kita pun 4. Roh
maasyi lain, roh maani lain, roh rohani lain, roh sultani lain, roh qudsi
lain, Akal maasyi lain, akal insani lain, akal nurani lain. Ilmu pun 4.
Ilmu syariat, ilmu thoriqat, ilmu hakikat, ilmu makrifat. Asal kejadian
pun 4. Hakikat muhammadiah pun 4.Huruf yang paling besar dalam ilmu Tasawuf
adalah huruf 4. Belajar usuludin pun 4 pecahan.
~~~~~ o O o
~~~~~
Susah kita
nak faham tentang isi kitab hikam ini. Hadratul qudus adalah nur tauhid
makrifat yang telah suci dari zan dan waham. Mudah mudahan semasa kita
bersuluk nanti, kita tahu apa yang hendak dimutalaahkan dan kita bermusyahadah
yang 6 itu. Muraqabah adalah kerja hati. Musyahadah pula
kerja roh kita. Tempat muraqabah dalam hati. Musyahadah kalau buat dalam
hati, 1000 tahun pun tak sampai atau terbuka. Setiap yang dalam hati ada
kaifiat dia. Kalau peringkat roh ini sudah tiada kaifiat. Itu sebab musyahadah
tiada berkaifiat. Sebab musyahadah itu ialah kerja roh. Kerja Roh itu tiada
suara tiada huruf.
Muraqabah ertinya
disuruh tafakur dan renungkan dalam hati. Musyahadah ini macam mana? Cara
bagi mursyid ajar murid nak buat musyahadah begini, roh dia peringkat ini
disini tempatnya, zikir roh dia begini caranya. Tiada huruf dan tiada suara.
Kalau masih ada gerak huruf dan suara itu hati yang berzikir, bukan roh.
Saya dulu masa jadi murid cukup takut nak bertanya pada mursyid saya. Takut
terbanyak soal dan tersalah adab. Dalam kitab tiada penghuraian tentang
mutalaah, mujalisah. Yang dapat cuma dalam bersuluk. Yang akan sampai
roh kita, jasad kita tak akan sampai. Ilmu roh inilah yang perlu mursyid
untuk mengajar. Ilmu syariat kita boleh dapat didalam buku.
Seperti firmannya,
"Hai orang-orang
yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) yang
dapat mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya
kamu mendapat keberuntungan "(QS Al Maidah: 35)
Yang dimaksudkan
dengan wasilah, iaitu mursyid yang menyampaikan.
Seperti kata
Sheikh Junaid Baghdadi
"Kamu ambillah
ilmu ilmu dari dada-dada mereka yang merupakan mutiara yang tersembunyi"
Inilah sahaja
pengajian kita kali ini. Insyallah dengan syarahan dan petunjuk yang dikarang
musanif kitab hikam ini. Sampailah kefahaman kita yang akan mudah-mudahan
menyampaikan pula roh kita. Dengan kurnia Allah jua lah kita akan sampai.
Sekian. Wassalam.
~~~~~ o O o
~~~~~
Maka apabila
mereka tiba turun dilangit hak kewajipan, atau turun ke bumi menurutkan
hawa nafsu, maka keduanya itu dengan izin Allah dan keyakinan yang mendalam.
Maka tidak mereka turun kepada hak-hak kewajipan dengan jahat adab dan
tidak mereka turun dengan syahwat dan kekotoran diri. Bahkan masuk mereka
pada yang demikian dengan pertolongan, kurnia dan bagi Allah, daripada
Allah, kepada Allah.
Kali ini pengajian
kita sambungan dari 5 pengajian yang lalu. Tentang sairin yang berjalan
naik kehadratul qudus dan jinak hati mereka didalamnya. Safar at taraqi,
perjalanan naik keatas sehingga mereka wasil pada isyaarah, bukan wasil
pada hakiki. Bila sampai mereka, jadi fana lah mereka. Maka masuklah mereka
kemaqam al jamak.Pada maqam jamak ini Allah kurniakan 6 perkara batin ini
pada mereka, iaitu mufatahah (terbuka hati) dan muwajihah
(berhadap nya hati) dan mutalaah (melihat bagi hati) dan musyahadah
(melihat hati) dan muhadasah (berkata-kata hati) dan mujalisah
(duduk nya hati).
Dinamakan maqam
jamak, maqamul jami, maqam al fana i, orangnya dinamakan al fani. Ini 6
perkara berlaku dalam keadaan dia fana.
Erti maqam
jamak ini ialah tidak tersekat. Fana dengan jamak ini berlaku dipuncak.
Diakhir taraqi, dikatakan dia wasil ilmu. Hati mereka mutmaiinah, tenang,
tenteram dalam hadratul qudus. Iman dia tamkin. Tetaplah dalam hadratul
qudus yang disebut mahfuz. Allah pelihara dia. Selagi itu dia dalam inayah
Allah, tak sesat dan tak melakukan dosa-dosa besar.
Pada anbiya
disebut maksum. Seperti Mansur alhallaj walaupun dia dipandang sesat pada
syariat, pada hakikatnya dia tak sesat. Pada nabi-nabi dijamin(maksum).
Itu sebab pada nabi-nabi tak berlaku macam alhallaj. Fana macam al hallaj
tak berlaku pada nabi dan rasul.
Pada pengajian
kali ini musanif menceritakan tentang perjalanan turun kebawah dari puncak
bukit. Seperti cerita nabi saw isra dan mikraj. Selepas nabi mikraj menyempurnakan
makrifat dia, tajalli di arash. Maka diperintahkan Allah turun, tak boleh
tetap diatas arash. Kalau ikut kehendak nabi saw, dia ingin hendak menetap
diatas bersama Allah. Perintah Allah suruh dia turun. Pengajian kali ini
tentang perjalanan turun. Roh mereka telah mikraj pada maqam fana, maqam
jamak.
Apabila nabi
saw turun dari mikraj, dia membawa hak-hak kewajipan untuk dia dan kemanusiaan.
Setelah nabi saw tajalli secara jasmaniah dan rohaniah dalam nyata dan
sedar, dia diperintah turun melalui langit-langit dunia(hak-hak kewajipan).
Membawa amanah kewajipan seperti fardu solat 5 waktu untuk nabi dan umat.
Ibarat orang mendaki gunung, setelah bersungguh menghadapi rintangan akhir
sampai dikemuncak. Dapatlah dilihat dengan nyata, dimana sungai, dimana
bandar, dimana laut, dimana hutan dsb. Maka berehatlah sementara menikmati
pemandangan yang tak dapat dilihat sebelum sampai puncak. Dikurniakan pelbagai
ilmu hikmah dan yakin makrifat semasa berada dipuncak. Allah tamkinkan
makrifat dan hakikat dari kamalul iman. Dia disuruh turun kepada
manusia dan hak-hak syariat. Perjalanan turun ini dipanggil safar at
tadalli wan nuzul. Ertinya perjalanan kebawah dan turun. Roh dia musafir
setelah naik. Turun untuk berdakwah, mengajar, memimpin manusia. Semua
ini dengan izin Allah bukan dengan kehendak dia. Adalah dengan perintah
Allah secara wahyu ilham didalam musyahadah, kasyaf dia. Dia beramal dengan
ilmu syariat yang zahir dan batin. Beramal dengan hakikat dan makrifat
dengan nur yakin. Apa saja syariat nabi saw diamalkan nya.
Itulah sebabnya
orang yang sebenar mursyid sangat kuat syariat dia. Tidak seperti guru
ajaran sesat yang pakai niat sahaja. Solat, puasa, nikah hanya niat sahaja.
Orang yang pakai niat sahaja bukan mengikut jalan tasauf yang betul.
~~~~~ o O o
~~~~~
|