Berserta Allah
(Ringkasan syarah Kitab Hikam oleh seorang mursyid)
sumbangan anakkajang


~~~~~ o O o ~~~~~
 

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran 

Surah Al-Kahfi:28
~~~~~ o O o ~~~~~

Sabda nabi saw
Kun Ma’Allah fa in lam takun Ma’Allah, fakun Ma’a man Ma’Allah fa in nahu yus iluka illallaah” 

Maksudnya: “Hendaklah jadikan diri kamu bersama (berserta) Allah, maka jika kamu tiada kuasa berserta Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu berserta dengan mereka yang telah berserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah”

Riwayat Abu Daud
~~~~~ o O o ~~~~~

Huraian tentang maksud berserta Allah, seperti yang dihuraikan oleh mursyid seorang dalam pengajian Kitab Al-Hikam, Ibn Ato'illah;Kalam 283: 

Maka sentiasa kenderaan cita nya (himmah nya), tiada tetap pada tempat ketetapannya, berkekalan dalam perjalanannya, kerana telah berpaling dari segala yang menegahkan dia, iaitu dunia dan tiada kembali ia kepadanya dunia. Maka sentiasa himmah nya dalam taraqi pada jalan, hingga hasil sampai bagi perjalanan nya hadratul qudsi (dengan hadrat kesucian Allah) dan lapangan berjinak hati. Adalah hadrat qudus ini ialah tempat mufatahah (terbuka hati) dan muwajihah (berhadap nya hati) dan mutalaah (melihat bagi hati) dan musyahadah (melihat hati) dan muhadasah (berkata-kata hati) dan mujalisah (duduk nya hati). Maka jadi lah hadratul qudus, kandang hati-hati mereka dan kepadanya tempat menginap hati mereka di dalam nya hadratul qudus tempat tinggal hati mereka. 

~~~~~ o O o ~~~~~

 Bahagian 2/3


Sairin sampai ke hadratul qudus (lapangan ketuhanan), setelah mengatasi 3 perkara iaitu dunia, karamah-karamah, ilmu mukasyafah. Dan berjinak-jinak hati dia dengan Tuhan. Adalah hadrat qudus ini tempat mufatahat (terbuka hati). Wasil dia dengan pihak ketuhanan. Sampailah maqam ihsan. Bercahaya hati dia dengan cahaya qudsiyah. Masuklah dalam lautan tauhid qudusiyah.

1.
Mufatahah ini, ertinya nur tauhid terbuka pada hati dia. Tauhid qudusiyah yang mufatahah dengan tanpa ilat, tanpa dalil, tanpa asbab. Mentauhidkan Allah secara terbuka. Ini dinamakan Mufatahah.

2.
Kedua sampai hadrat qudus dengan muwajihah (berhadap nya hati). Dalam lautan tauhid, sentiasa berhadap dengan Allah. Bukan tauhid khabar, ini tauhid makrifat yang dia mengesakan zat itu. Muwajahah bererti berhadapan dengan hati. Tawajjuh makna menghadapkan hati dengan mengikhtiarkan. Muwajahah ini bukan kita ikhtiarkan lagi. Berlaku secara automatik berhadapan hati nya dengan Allah. Sentiasa hati dia memandang akan cahaya tauhid dalam tauhid qudusiyah.

3.
Ketiga sampai hadrat qudus dengan mutalaah (melihat bagi hati). Terbuka bagi penglihatan hati nya. Seperti yang kita telah belajar dahulu tentang jenis-jenis musyahadah, umpama musyahadah mutlak, mujalisah, mutalaah, mukafahah, mukabilah, mukasyafah. Seperti mana yang kita belajar dari guru-guru muda (tutor) kita. Ertinya melihatnya hati pada segala rahsia-rahsia sirr ketuhanan yang terdapat rahsia itu pada setiap alam-alam yang di jadikan. 

Mutalaah ini tak boleh pada zat. Itu sebab bila murid dia buat musyahadah mutalaah ini, kalau pada mutalaah Zat, tak akan sampai terbuka. Lihat hanya pada sifat. Keagongan dan kebesaran Allah, yang menjadikan sirr pada sekalian alam. Umpama alam mulki, alam malakut, apa rahsia kebesaran Allah, pada alam jabarut apa rahsia kebesaran nya. 

4.
Keempat sampai hadrat qudus dengan musyahadah (melihat hati). Pada peringkat Musyahadah ini, belum boleh melihat tuhan lagi hati nya. Yang dikatakan melihat pada musyahadah bagi mereka yang sampai pada musyahadah yang 6 itu, ialah melihat nya hati pada segala rupa-rupa maani hadratul qudus. Bukan lagi tuhan, sebab hati belum mampu melihat tuhan pada peringkat musyahadah yang ini. Pada masa itu hanya ada ainul basyirah yang sughro pada hati kita. Dengan ainul sughro (matahati kecil) belum boleh melihat zat tuhan. Yang boleh di lihat ialah hadratul qudus, iaitu segala yang berbangsa sifat atau rahsia-rahsia ketuhanan. 

Jadi musyahadah yang ini ialah dengan Mata sughro. Kalau nak musyahadahkan zat, duduk lah 2 jam pun tak akan dapat. 
Kalau kita nak musyahadah maani (sifat) insyaAllah terbuka sifat maani. Maani itu bererti barang yang bukan hissiah.
Maani ada 2, satu di pihak ketuhanan yang terdapat pada alam-alam yang alawiyah, umpama nya roh kita. 

Itu sebab Bab roh ini kita tak boleh dapat dengan hissiah, malah ditegah dalam quran. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan kepada kamu (manusia) melainkan sedikit sahaja". Untuk kita beriman iman yang awam. Sebab roh itu bukan barang hissiah. Setiap barang yang hissiah, akal kita boleh sampai. Maani ini, adalah selain dari hissiah, barang yang tak boleh dicapai dengan pancaindera yang 5.

~~~~~ o O o ~~~~~

Maani dari pihak ketuhanan ini lain, disebut rahsia-rahsia ketuhanan. Itulah yang kita musyahadahkan, sebab pada peringkat ini, kita belum mampu musyahadahkan zat lagi. 

Musyahadah zat itu mesti pada peringkat yang hati kita tiada hijab lagi sedikit pun. Hati kita sudah peringkat ada ainul kubro (matahati besar). Bila sampai alam qudsiah ini, sampai yang pertama, yang belum hakiki, wasil yang pertama ini wasil pada maani-maani dan sifat, belum zat lagi. Ini tajrid pertama. Wasil yang hakiki adalah pada tajrid yang kedua. 

Wasil ilmu nama nya, wasil yang pertama ini. Mufatahah, mujalasah, muwajahah, mutalaah. Musyahadah ini ialah melihat rupa-rupa yang maani. 

Apabila nur maani terbuka pada nur kita, barulah berubah musyahadah kepada hakikat musyahadah iaitu peringkat zat. Musyahadah ada dua, musyahadah awal dipanggil musyahadah maani. Apabila nur maani terbuka pada roh kita tadi, maka 
musyahadah tadi sudah naik musyahadah zat, itu baru dinamakan kasyaf

Jadi ilmu kasyaf ini datang dihujung segala ilmu yang wasil. Ilmu kasyaf ini tinggi. Kasyaf ini dua, satu peringkat ketuhanan, satu peringkat asar. 

Yang 6 itu termasuklah ilmu laduni yang awal. Tapi belum dapat ilmu laduni yang 12 macam. Bila dapat wasil yang hakiki baru dapat semua 12 ilmu laduni termasuklah ilmu kasyaf. Pada ilmu kasyaf inilah, dia melihat pihak ketuhanan dan mengetahui segala hakikat kejadian alam ini, mengetahui lah hakikat sesuatu. Baru di sini dikatakan ilmu hakikat itu ada. Tahu hakikat hujan, makhluk, malaikat, quran, kerasulan, asar, juga mendapat hakikat ketuhanan, umpama bagaimana melihat nya Allah, mendengar nya Allah, hayat nya Allah. Bila sudah dapat ilmu hakikat ini baru dapat ilmu makrifat, kenal akan tuhan. 
Naik lah kepada musyahadah Zat. Bila nur maani itu terbuka pada roh dia. Kalau musyahadah maani, kita musyahadah sifat Nama nya.

Dinamakan wasil yang pertama (Wasil ilmu). Memang susah nak faham tentang musyahadah ini, mukafahah, mukabilah apa dia semua ini? macam mana ? Roh kita, apa zikir roh dia? Kalau sikit silap, habislah. Umpama nak teropong bulan, bintang, kalau salah angle teropong, tak nampaklah. Bintang kejora di mana? Bintang Timor di mana? Nampak yang lain, bulan di sangka bintang kejora. Mulalah di sangka-sangka, ini agaknya bintang kejora.

~~~~~ o O o ~~~~~

5.
Kelima Sampai kehadratul qudus dalam keadaan dia muhadasah (berkata-kata hati). Bagaimana? Dengan lidah? Dengan suara? Dengan huruf? 

Tidak, muhadasah disini ertinya dengan gerak roh dia. Dengan roh, dia munajah kepada Allah. Ini muhadasah maani. Roh kita muhadasah dengan gerak dan Allah taala mukhatabah pada roh kita. Ini mukhatabah yang pertama. Ini yang dipanggil "ilham". 

Seperti yang sudah kita belajar dulu, wahyu ini ada 4 jenis, salah satu jenis wahyu adalah wahyu ilham. Orang ini sudah ada wahyu ilham, tak akan sesat lagi pada bab hukum, rukun agama. Dia dipimpin oleh Allah secara terus dalam menentukan hukum, bagi mengenal hukum. Tiada khilaf bagi dia lagi. Allah yang mukhatabah pada dia. Allah yang beri ilham pada dia. Apa kehendak-kehendak Allah pada setiap hukum dia tahu. Ini ilham namanya. Hukum di ilhamkan, hingga tiada silap lagi pada dia. Perjalanan dia tak sesat lagi. Orang ini dalam inayah Allah. Ini mukhatabah Allah pada dia sentiasa. Dinamakan mukhatabah ketuhanan. 

Mukhatabah yang kedua pula. Berlaku juga mukhatabah yang lain. Alam ini berkata kepada dia, umpamanya, dia pun boleh berkata dengan alam. Itu sebab kita lihat auliya Allah boleh berkata dengan kucing, burung, ikan, harimau, laut, angin, cuaca, hujan, semut dsb. Ini orang sudah sampai peringkat muhadasah. Ini mukhatabah alam. Bukan boleh dibuat-buat, dia datang dengan nur muhadasah tadi. Dia juga mengetahui tentang hal-hal dihadapan, tapi dia tak bagi tahu orang. Itu adab dia (merahsiakan). Kadang kala apa yang dia cakap dan berpesan itu betul berlaku. Orang muhadasah ini boleh 
bercakap dengan pokok macam orang bodoh atau gila. Bukanlah bercakap dengan suara dan huruf. Muhadasah ini cakap tanpa huruf tanpa suara. Orang lain tak dengar. Hanya pada maqam muhadasah baru boleh ini berlaku. Ini lebih tinggi dari maqam musyahadah dan mutalaah tadi. 

~~~~~ o O o ~~~~~


Bahagian | 1 | 3 |
Laman Utama