4. Dhikr Ism Dhat Allah Dan Lain-Lainnya
Dari ayat 25 Surah al-Dahr(al-Insaan) dan ayat 8 Surah Muzammil di atas, jelas membuktikan bahawa dhikr Ism al-Dhat Allah, Allah... adalah disyari'atkan bukan bid'ah. Demikian juga dhikr dengan mana-mana asma' al-husna adalah dibolehkan, malahan Allah menegaskan dengan firmannya
![]()
Maksudnya:"'Katakanlah (Ya Muhammad) Sebutlah Allah atau sebutlah al-Rahman.
Dengan nama yang mana kamu sebutkan, Allah mempunyai asma" husna (nama-nama yang terbaik).
Maksudnya"Katakanlah (Ya Muhammad) Allah, kemudian biarkan mereka (orang-orang kafir itu) bermain-main dalam gelanggang kesesatan mereka. "
Maksudnya"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga di bumi ini tidak ada lagi disebut Allah, Allah (dan Allah tidak disembah)"
Menurut
pandangan Shaikh al-Taiyibi bahawa hadith di atas bermakna hari
kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai satu zaman di mana tidak ada
lagi manusia yang menyebut nama Allah dan tidak ada yang menyembah atau
mentaatinya.('Ali al-Qaric, Mu'qqat al-Mafatih, Jld. 5, h. 226)
Dari fakta
di atas maka dhikr Ism Dhat Allah," Allah", itu disyariatkan. Nyatalah
kesalahan dan kesilapan pandangan mereka yang selalu mengkritik amalan
dhikr, "Allah, Allah" itu. Sebutan Allah, Allah tidak dalam ayat
yang lengkap (
)
seperti Allahu Akbar dan sebagainya. Memang pada zahirya ucapan kalimah
Allah, Allah itu semacam bukan jumlah mufidah tetapi pada hakikatnya bagi
orang yang berdhikr sebutan itu telah menjadi jumlah mufidah, kerana orang
yang berzikir itu akan menyertakan muraqabah
atau tafakkur
terhadap mana-mana dari berbagai sifat-sifat Allah. Misal wujudNya
keagonganNya
atau kesempurnaanNya dan sebagainya lagi.
Malahan kebanyakan ulamak tasawuf menegaskan kelebihan dan keistimewaan dhikr Ism Dhat Allah, Allah ini. Ibn 'Ajibah menyebutkan "Al-Ism al-mufrad" (Allah) adalah sultan bagi nama-nama Allah iaitu nama Allah yang teragong. Hendaklah simurid itu sentiasa menyebutnya dengan lidahnya sehingga nama Allah itu sebati dengan darah dagingnya dan meresap cahayaNya keseluruhan zahir dan batinnya dan setiap bahagian dirinya. Sheikh Abu Qasim al-Junaidi pula menyebutkan:
"Orang (yang benar-benar) dapat mengingati nama ini (Allah) hilang rasa wujud diri, erat hubungannya dengan Tuhannya, sentiasa melaksanakan hak Tuhannya, hatinya sentiasa memandangNya, berbagai nur shuhud (yang Allah kurniakan) menghapuskan berbagai sifat-sifat jahatnya."
Adapun
dhikr
atau dhikr tahlil sememangnya sangat jelas menjadi dhikr yang disyari'atkan
juga kepada para nabi sekeliannya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda
sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tibrani
![]()
Maksudnya:"Sebaik-baik yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah
Dalam al-Quran
kalimah
ini dikenali sebagai Kalimah Tayyibah,
Kalimah Taqwa, Qawl Thabit.
Dengan kalimah
inilah Allah meneguhkan kehidupan orang-orang mukmin, zahir dan batin mereka
di dunia dan di akhirat. Allah berfirman:

Maksudnya :Antara caranya untuk menguatkan iman dengan kalimah tersebut ialah dengan membanyakkan menyebut dan mengingati maksud, tujuannya. Sebab itulah bila para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.'a.w bagaimana caranya untuk menguatkan dan membaharui semangat iman, maka baginda bersabda:"Allah meneguhkan kehidupan (zahir dan batin/iman) orang-orang yang beriman dengan al-Qawl al-Thitabdi dunia dan akhirat.'
(Surah Ibrahim, ayat 27)
Maksudnya"Perbanyakanlah menyebut