2. Perintah dan Peringatan Allah Mengenai Dhikrullah
Dalam al-Quran terdapat bukan hanya ayat-ayat yang memerintahkan supaya berdhikrullah, tetapi juga ayat-ayat yang mejelaskan cara berdhikrullah, kelebihan atau kebaikan dhikrullah, golongan orang-orang yang berdhikrullah dan ciri-ciri mereka, amaran Allah terhadap orang yang melupakannya dan berbagai ayat lain yang ada kaitan dengan dengan ilmu dan amalan dhikrullah tersebut. Semua ayat-ayat yang menyentuh perkara yang disebutkan menjelaskan dengan terang bahawa ilmu dan amalan dhikrullah adalah disyariatkan oleh Allah. Antara ayat yang memerintahkan supaya kita berdhikrullah ialah :
![]()
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.(Surah al-Ahzab, ayat 41 - 42)
Firman
Allah;
Maksudnya:
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;(Surah Al-Dahr (Al-Insaan), ayat 25)
![]()
Maksudnya:
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.(Surah Al-Muzammil, ayat 8)
Dhikrullah
yang dimaksudkan dalam tiga-tiga perintah Allah dalam ayat di atas ialah
bertasbih,
bertahlil, bertakbir, menyebut dan
mengingati nama-nama Allah dan sebagainya. Dalam al-Quran sememangnya
kalimah aldhikr
(
) digunakan dengan
berbagai maksud dan makna, yang lain daripada mengingati dan menyebut nama
Allah S.W.T. Misainya firman Allah;

Maksudnya:Dhikrullah dalam ayat diatas bermaksud sembahyang Jumaat kerana ada qarianah atau keterangan yang menunjukan makna demikian iaitu(
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),(Surah Al-Jumu'ah, ayat 9)
Demikian juga firman Allah;
Maksudnya:Al-dhikr dalam ayat ini bermakna al-Quran disebabkan didahului perkataan (
'Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.(Surah Al-Hijr, ayat 9)
Demikian juga firman Allah
Maksudnya:Al-dhikr dalam ayat tersebut bermakna ilmu.
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.(Surah An-Nahl, ayat 43)
Adanya kalimah dhikrullah dan al-dhikr yang digunakan dalam al-Quran dengan berbagai maknanya tersebut tidaklah bermakna bahawa Allah tidak ada mensyariatkan ilmu dan amalan dhikrullah sehingga kita tidak boleh mengamalkan tahlil, tahmid, tasbih, takbir, menyebut dan mengingati nama-nama Allah Kita juga tidak boleh beranggapan bahawa bila kita telah mengerjakan sembahyang atau membaca al-Quran, atau mengerjakan haji atau umrah atau bersedekah kita telah berdhikrullah-sudah mengingati Allah.
Mengikut kaedah bahasa bila sesuatu kalimah atau perkataan memberikan berbagai makna seperti itu, maka makna yang digunakan ialah makna yang selalu digunakan pada kebiasaannya dan makna-makna lainnya itu boleh digunakan bila ada qarinah lafziyah atau qarinah halliyah, seperti ketiga-tiga ayat di atas. Kalimah al-dhikr atau dhikrullah pada kebiasaan penggupaannya bermakna dhikrullah secara haqiqi.
Kesimpulannya ialah ilmu dan amalan dhikrullah seperti yang difahami dan diamalkan dalam tasawwuf itu adalah disyariatkan. Seseorang yang telah melakukan ibadat sembahyang atau bersedekah atau berpuasa dan sebagainya tidak dianggap ia telah berdhikrullah sebagaimana yang diperintahkan. Sebab itu Allah menyebutkan dhikrullah dan sembahyang itu secara berasingan dalam firmannya

Maksudnya:
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?(Surah Al-Maa'idah, ayat 91)
Allah juga
berfirman
Maksudnya
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.(Surah al-Nisaa', ayat 103)
Adanya
hadith-hadith yang menjelaskan kelebihan dan kebaikan dhikrullah dan hadith-hadith
yang berkaitan dengannya sebahagiannya akan dipaparkan di bawah ini nanti
memperkukuhkan lagi wujudnya ilmu dan amalan dhikrullah.
Berdasarkan ayat 41 surah al-Ahzab diatas kita orang-orang mukmin diperintah supaya mengamalkan dhikrullah sebanyak-sebanyaknya. Maka wujudlah berbagai keterangan yang dibuat oleh para ulamak berhubung dengan dhikr banyak-banyak ini. Setengahnya menegaskan bahawa dhikr sebanyak-banyaknya itu tercapai bila orang yang berdhikrullah itu hanya ingat Allah sahaja sehingga tidak ingat yang lain.
Sebagai salah
satu kaedah latihan para murid yang belum dapat dan mencapai taraf dhikr
banyak-banyak itu maka sesetengah shaikh dalam sesetengah tarekat menentukan
bilangan dhikrullah yang sepatutnya mereka amalkan pada setiap hari atau
waktu tertentu. Oleh yang demikian bilangan dhikr yang terdapat dalam
tarekat bukan bid'ah tetapi memang didasarkan kepada syari'at yang telah
diijtihadkan oleh sesetengah ulamak. Dari pengalaman para shaikh
mendapati bilangan-bilangan yang mereka tentukan itu dapat membantu para
murid untuk tekun dan bersungguh-sungguh berdhikrullah sehingga akhirnya
mereka dapat mencapai apa yang dimaksudkan dengan dhikrullah sebanyak-banyaknya.
Sebab itu bila seseorang murid itu telah mencapai satu tingkat tertentu
maka bilangan-bilangan yang ditentukan itu tidak penting dan tidak perlu
dititik beratkan lagi. Kesimpulannya bilangan dhikr yang ada dalam
tarekat bukanlah bid'ah yang sesat dan terkeluar dari syariat Islam.