Penyakit Kelima
Dia
mentaati perintah Allah tetapi tidak dapat mencapai kemanisan di dalam
melaksanakan perintah itu. Hal ini berlaku kerana amal ketaatannya itu
telah bercampur baur dengan unsur-unsur riya' dan tidak disertai dengan
keikhlasan serta tidak menurut sunnah di dalam amalan.
Rawatannya
ialah dengan melatih jiwa supaya ikhlas di dalam amalan, menuruti sunnah
di dalam setiap perbuatan dan amalan serta memperbetulkan seluruh asas
kehidupan supaya kesudahannya menepati kehendak kebenaran.