Penyakit Ketiga
Apabila
ia ditimpa mudarat ia akan mengadukannya kepada kuasa yang tidak mampu
merungkai mudharat tersebut. Bagitu juga, dia akan meletakkan pergantungan
harapannya kepada sesuatu yang tidak akan mampu memenuhi harapannya. Ia
juga berhempas pulas dan menumpukan perhatian sepenuhnya mencari rezeki
sedangkan rezekinya telah dijamin oleh Allah.
Rawatannya
ialah dengan memperbetulkan keimanan dengan menyakini sepenuhnya firman
Allah s.w.t. :
Yang
bermaksud, "Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan,
maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia(Allah);
dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun
yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya
itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, ...
Firman Allah s.w.t.
lagi:
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak
di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya ...
Hakikat yang telah
dinyatakan oleh ayat-ayat tersebut adalah sangat jelas bahawa semua makhluk
Allah itu bersifat lemah. Di suatu sudut yang lain, semua makhluk memerlukan
bantuan daripada pihak lain untuk menyempurnakan kehidupannya. Bagaimanakah
orang yang memerlukan bantuan untuk memenuhi kehidupannya mampu untuk mengisi
keperluan hidup orang lain. Oleh itu apabila seseorang itu ternyata lemah
serta tidak berkemampuan nescaya dia tidak akan dapat memperbaiki orang
lain. Jadi dia perlu memperbetulkan salah faham ini dan hendaklah bergantung
kepada Allah secara mutlak.