Penyakit Kedua
Apabila
ia menangis maka hilanglah rasa dukacitanya dan ia berada di dalam keadaan
senang hati.
Rawatannya
ialah dengan sentiasa melazimi perbuatan menangis berserta perasaan dukacita
oleh kerana dosa yang ia lakukan sehingga ia tidak berhajat kepada keinginan
untuk bersenang hati. Oleh itu apabila seseorang diuji oleh Allah dengan
perasaan dukacita, ia tidak akan menangis dengan sebab dukacita itu, bahkan
ia akan merasa senang hati dan bergembira jika tangisan itu lahir daripada
rasa takut kepada Allah kerana dosa yang dilakukannya. Sesiapa yang menangis
kerana dukacita maka tangisan itu akan menambahkan lagi beban dukacita
yang ditanggungnya.