Saya telah diminta oleh beberapa orang syeikh r.m.h agar dapat menyusun satu kitab yang membicarakan perihal yang bersangkutan dengan jiwa dan nafsu manusia serta perkara-perkara yang tersirat berhubung dengannya. Saya cuba untuk menyumpurnakan permintaan ini. Lali saya susun satu buku yang berkaitan dengan ini. Saya memohon kepada Allah agar mengurniakan keberkatanNya. Semuanya saya tulis setelah mendapat jawapan yang positif daripada solat istikharah yang saya lakukan. Hanya Allah sahaja yang membalasnya dan Dia jugalah sebaik-baik Pelindung. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w., keluarganya dan para sahabat.
Firman Allah SWT yang bermaksud,".... Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan ...." (Surah Yusof : 53)Firman Allah SWT yang bermaksud,".... serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu." (Surah al-Nazi'ah : 40)Firman Allah SWT yang bermaksud,"Dengan yang demikian bagaimana fikirannu(wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya ...."
Banyak
lagi ayat-ayat Al-Quran yang merakamkan tentang kejahatan nafsu serta sedikitnya
kecenderungan nafsu kepada kebaikan. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah
s.a.w. dalam hadith baginda:1
Yang bermaksud, "Bala bencana, hawa nafsu dan syahwat telah diadun sebati dengan tubuh Adam." 2
| 1. | Saya tidak menemui hadith ini di dalam kitab-kitab hadith tetapi dari sudut pengertiannya(matan) adalah soheh. Semoga ia adalah daripada riwayat para sufi yang boleh diterima. [Balik] [Atas] |
| 2. | Riwayat Abu Hurairah r.a. [Balik] [Atas] |