| 1. |
Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani |
| 2. |
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam.
|
| 3. |
Yang Maha Pemurah,
lagi Maha Mengasihani. |
| 4. |
Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
|
| 5. |
Engkaulah
sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.
|
| 6. |
Tunjukilah
kami jalan yang lurus.
|
| 7. |
Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat.
|