|
| 1. |
Bukankah
Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya
dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
|
| 2. |
Dan Kami
telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
|
| 3. |
Yang memberati
tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
|
| 4. |
Dan Kami
telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi
dan berbagai kemuliaan)?
|
| 5. |
Oleh itu,
maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan,
|
| 6. |
(Sekali
lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
|
| 7. |
Kemudian
apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah
engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
|
| 8. |
Dan kepada
Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
|