|
| 1. |
Aku bersumpah
dengan negeri (Makkah) ini;
|
| 2. |
Sedang
engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
|
| 3. |
Demi manusia
yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
|
| 4. |
Sesungguhnya
Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan
dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
|
| 5. |
Patutkah
manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya
dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya
(dan menyeksakannya)?
|
| 6. |
Manusia
yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya
dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha
menegakkan nama dan bangsa).
|
| 7. |
Adakah
ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui
tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
|
| 8. |
(Mengapa
manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya:
dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
|
| 9. |
Dan lidah
serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
|
| 10. |
Dan Kami
telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya,
dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
|
| 11. |
Dalam pada
itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal
yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
|
| 12. |
Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya
di sisi Tuhan itu?
|
| 13. |
(Di antara
amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
|
| 14. |
Atau memberi
makan pada hari kelaparan -
|
| 15. |
Kepada
anak yatim dari kaum kerabat,
|
| 16. |
Atau kepada
orang miskin yang terlantar di atas tanah.
|
| 17. |
Selain
dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang
yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan
kasih sayang.
|
| 18. |
(Ketahuilah!
Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang
tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan
beroleh Syurga).
|
| 19. |
Dan (sebaliknya)
orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah
golongan pihak kiri. -
|
| 20. |
Mereka
ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
|