|
| 1. |
Demi waktu
fajar;
|
| 2. |
Dan malam
yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
|
| 3. |
Dan bilangan
yang genap serta yang ganjil;
|
| 4. |
Dan malam,
apabila ia berlalu; -
|
| 5. |
Bukankah
yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang
yang berakal sempurna?
|
| 6. |
(Kami tetap
akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah
engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad
(yang kufur derhaka)
|
| 7. |
Iaitu penduduk
"Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan
penduduknya)
|
| 8. |
Yang belum
pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri
(pada zamannya)?
|
| 9. |
Dan (terhadap)
kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat
tinggalnya)?
|
| 10. |
Dan (terhadap)
Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?
|
| 11. |
(Semuanya
itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
|
| 12. |
Lalu mereka
melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
|
| 13. |
Dengan
yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab;
|
| 14. |
Sesungguhnya
Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
|
| 15. |
(Dalam
pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian,
maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan
dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur)
serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
|
| 16. |
Dan sebaliknya
apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak
bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku
telah menghinakan daku!"
|
| 17. |
Jangan
demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu
wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak
memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
|
| 18. |
Dan kamu
tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang
miskin;
|
| 19. |
Dan kamu
sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal
haramnya),
|
| 20. |
Serta kamu
pula sayangkan harta secara tamak haloba!
|
| 21. |
Jangan
sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala
yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
|
| 22. |
Dan (perintah)
Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan
perintah),
|
| 23. |
Serta diperlihatkan
neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat
(hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
|
| 24. |
Ia akan
berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk
hidupku (di sini)!"
|
| 25. |
Maka pada
hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan
oleh) Allah.
|