|
| 1. |
Sudahkah
sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya
meliputi?
|
| 2. |
Muka (orang-orang
yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
|
| 3. |
Mereka
menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
|
| 4. |
Mereka
tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
|
| 5. |
Mereka
diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
|
| 6. |
Tiada makanan
bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
|
| 7. |
Yang tidak
menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
|
| 8. |
(Sebaliknya)
muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
|
| 9. |
Berpuas
hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di
dunia), -
|
| 10. |
(Mereka
tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
|
| 11. |
Mereka
tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
|
| 12. |
Di dalam
Syurga itu ada matair yang mengalir,
|
| 13. |
Di situ
juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
|
| 14. |
Dan piala-piala
minuman yang disediakan (untuk mereka),
|
| 15. |
Dan bantal-bantal
yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
|
| 16. |
Serta hamparan-hamparan
yang terbentang.
|
| 17. |
(Mengapa
mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan
keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
|
| 18. |
Dan keadaan
langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
|
| 19. |
Dan keadaan
gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
|
| 20. |
Dan keadaan
bumi bagaimana ia dihamparkan?
|
| 21. |
Oleh itu
berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah
berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah
seorang Rasul pemberi ingatan;
|
| 22. |
Bukanlah
engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang
engkau sampaikan itu).
|
| 23. |
Akan tetapi
sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
|
| 24. |
Maka Allah
akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
|
| 25. |
Sesungguhnya
kepada Kamilah kembalinya mereka,
|