|
| 1. |
Apabila
langit terbelah,
|
| 2. |
Serta mematuhi
perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
|
| 3. |
Dan apabila
bumi diratakan,
|
| 4. |
Serta mengeluarkan
apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
|
| 5. |
Serta mematuhi
perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu
tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
|
| 6. |
Wahai manusia!
Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu)
dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu,
kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu
(tercatit semuanya).
|
| 7. |
Kemudian
sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
|
| 8. |
Maka ia
akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
|
| 9. |
Dan ia
akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
|
| 10. |
Dan sesiapa
yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
|
| 11. |
Maka ia
akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
|
| 12. |
Dan ia
akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
|
| 13. |
Sebenarnya
ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga
kufur ingkar)!
|
| 14. |
Sesungguhnya
ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk
menerima balasan) !
|
| 15. |
(Sangkaannya
itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa
Melihat dan Mengetahui keadaannya!
|
| 16. |
Maka Aku
bersumpah, demi mega;
|
| 17. |
Dan malam
serta segala yang dihimpunkannya;
|
| 18. |
Dan bulan
apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
|
| 19. |
Sesungguhnya
kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya,
(sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau
sebaliknya)
|
| 20. |
Maka apakah
alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
|
| 21. |
Dan (apakah
pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak
mahu taat dan sujud?
|
| 22. |
(Tidak ada
satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya; |
| 23. |
Sedang
Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
|
| 24. |
Maka khabarkanlah
kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya; |
| 25. |
Tetapi
orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan
yang tidak putus-putus.
|