(Dengan
yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng
dari jalan Al-Quran)?
27.
Al-Quran
itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
28.
Iaitu bagi
sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
29.
Dan kamu
tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan
cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh
alam.