|
| 1. |
Apabila
matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
|
| 2. |
Dan apabila
bintang-bintang gugur berselerak;
|
| 3. |
Dan apabila
gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
|
| 4. |
Dan apabila
unta-unta yang bunting terbiar;
|
| 5. |
Dan apabila
binatang-binatang liar dihimpunkan;
|
| 6. |
Dan apabila
lautan meluap-luap bercampur-baur;
|
| 7. |
Dan apabila
tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
|
| 8. |
Dan apabila
anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
|
| 9. |
Dengan
dosa apakah ia dibunuh?
|
| 10. |
Dan apabila
surat-surat amal dibentangkan;
|
| 11. |
Dan apabila
langit ditanggalkan dari tempatnya;
|
| 12. |
Dan apabila
neraka dinyalakan menjulang;
|
| 13. |
Dan apabila
Syurga didekatkan;
|
| 14. |
(Setelah
semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang
telah dibawanya.
|
| 15. |
Oleh itu,
Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
|
| 16. |
Yang beredar,
juga yang tetap pada tempatnya;
|
| 17. |
Dan malam,
apabila ia hampir habis,
|
| 18. |
Dan siang,
apabila ia mulai terang;
|
| 19. |
Sebenarnya Al-Quran
itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang
mulia, |
| 20. |
Yang kuat
gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
|
| 21. |
Yang ditaati
di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
|
| 22. |
Dan sebenarnya
sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam),
bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
|
| 23. |
Dan (Nabi
Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan,
kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril
di kaki langit yang nyata.
|
| 24. |
Dan bukanlah
Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya
mengenai perkara-perkara yang ghaib.
|
| 25. |
Dan sebenarnya
Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
|