| 126. |
Dan (patutkah)
mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan
berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian
mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?
|
| 127. |
Dan apabila
diturunkan satu surah dari Al-Quran (mendedahkan keburukan orang-orang
munafik itu) setengah mereka memandang kepada setengahnya yang lain sambil
berkata: "Adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita undur dari sini)?" Kemudian
mereka berpaling pergi (dengan meninggalkan majlis Nabi); Allah memalingkan
hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti.
|
| 128. |
Sesungguhnya
telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu
Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan
yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu,
(dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang
yang beriman.
|
| 129. |
Kemudian
jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang
mempunyai Arasy yang besar." |