|
| 151. |
Nabi Musa
berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku,
dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha
Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".
|
| 152. |
Sesungguhnya
orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu, akan ditimpa kemurkaan
dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Dan demikianlah kami
membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.
|
| 153. |
Dan orang-orang
yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman,
(maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
|
| 154. |
Dan apabila
kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Lauh-lauh Taurat itu yang
dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang
bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya).
|
| 155. |
Dan Nabi
Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama
ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka
digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika
Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum
ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan
oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan)
itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat
kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.
|
| 156. |
"Dan tetapkanlah
untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami
kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan
kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu;
maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi
zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
|
| 157. |
"Iaitu
orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang
mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan
Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara
yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang
keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka
beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang
yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut
nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang
yang berjaya.
|
| 158. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh
Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit
dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan
dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi
yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya);
dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".
|
| 159. |
Dan di
antara kaum Nabi Musa, ada satu golongan yang memberi petunjuk (kepada
orang ramai) dengan perkara-perkara yang hak, dan dengannya mereka menjalankan
keadilan.
|
| 160. |
Dan kami
membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan
besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya:
"Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua
belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat
masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada
mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik
yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya
Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka
sendiri.
|
| 161. |
Dan (ingatlah)
ketika dikatakan kepada mereka: "Tinggalah dalam bandar ini dan makanlah
dari makanannya apa sahaja yang kamu sukai, dan berdoalah dengan berkata:
` (Wahai Tuhan kami), gugurkanlah (dosa kami) ', dan masuklah melalui pintu
(bandar) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa
kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan".
|
| 162. |
Maka orang-orang
yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang
tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit
menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.
|
| 163. |
Dan bertanyalah
kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya
di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika
datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan
kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari
lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji
mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
|
| 164. |
Dan (ingatlah)
ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum
yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab
yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat
itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya
mereka bertaqwa".
|
| 165. |
Maka ketika
mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada
mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat
itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat
berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
|
| 166. |
Maka setelah
mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah
dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu
kera yang hina".
|
| 167. |
Dan (ingatlah
wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan
menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat,
kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya
(disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat
cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
|
| 168. |
Dan Kami
pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di
merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya
juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang
baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).
|
| 169. |
Maka mereka
kemudiannya digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi
Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil
berkata: "Akan diampunkan kelak dosa kami" Padahal jika datang kepada mereka
kebendaan yang hina seperti itu mereka akan mengambilnya lagi. Bukankah
telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa
mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka
pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka
mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?
|
| 170. |
Dan orang-orang
yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya
Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki
(keadaan hidupnya).
|
| 171. |
Dan (ingatlah
wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka
(Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka
yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman
kepada mereka): "Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang
telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung
di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"
|
| 172. |
Dan (ingatlah
wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun)
dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan
kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi
saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat
tauhid) ini".
|
| 173. |
Atau supaya
kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik
dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada
mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan
kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"
|
| 174. |
Dan demikianlah
Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala
kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
|
| 175. |
Dan bacakanlah
kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya
(pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya
terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya),
maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
|