|
| 126. |
"Dan tidaklah
engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana
kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami".
(Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami,
dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".
|
| 127. |
Dan berkatalah
pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak
membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan
meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita
akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak
perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka".
|
| 128. |
(Pengikut-pengikut
Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan
kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang
baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
|
| 129. |
Mereka
berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau
datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami". Nabi Musa menjawab:
"Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu
khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?"
|
| 130. |
Dan sesungguhnya
Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan
buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
|
| 131. |
Kemudian
apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil
usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas
dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan
berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya
di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
|
| 132. |
Dan mereka
berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau
bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami,
maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".
|
| 133. |
(Allah
berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang,
dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas
nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang
menderhaka.
|
| 134. |
Dan apabila
azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata:
"Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan)
pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa
makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah
kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum
Bani Israil (pergi) bersamamu".
|
| 135. |
(Tuhan
berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu
masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli
janjinya
|
| 136. |
Maka Kami
pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab
mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
|
| 137. |
Dan Kami
wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah
timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan
berkat padanya. Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik
kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas
oleh Firaun), dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun
dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang
tinggi)
|
| 138. |
Dan Kami
bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada
suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian)
mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan
(berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab:
"Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
|
| 139. |
"Sesungguhnya
mereka (penyembah-penyembah berhala itu), akan dihancurkan apa yang mereka
berada di dalamnya (dari perbuatan syirik), dan tetaplah salahnya apa yang
mereka kerjakan itu".
|
| 140. |
Nabi Musa
berkata lagi: "Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari Allah,
padahal Ia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan
kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?"
|
| 141. |
Dan (Tuhan
berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya,
yang menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan seburuk-buruknya;
mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan
kamu; dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar
dari Tuhan kamu.
|
| 142. |
Dan kami
telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga
puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu
sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam.
Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima
Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah
(keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang
yang melakukan kerosakan".
|
| 143. |
Dan ketika
Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya
berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai
Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat
melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu,
tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya,
nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan
kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung
itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula,
berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu,
dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
|
| 144. |
Allah berfirman:
"Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada
pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu;
oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu
dari orang-orang yang bersyukur".
|
| 145. |
Dan Kami
telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai
jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat
dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa)
dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan)
yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada
kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka".
|
| 146. |
Aku akan
memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan
tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu);
dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan
(bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan
yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai
jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan,
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu,
kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
|
| 147. |
Dan orang-orang
yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal
mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat)
melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan
maksiat).
|
| 148. |
Dan kaum
Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang
emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah
berfirman): "Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata
dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka
menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang
yang melakukan kezaliman".
|
| 149. |
Dan setelah
mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka
telah sesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi
rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari
orang-orang yang rugi".
|
| 150. |
Dan apabila
Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah
ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa
kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" Dan ia meletakkan
Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut)
kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun
berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku
lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka);
oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu)
terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang
yang zalim".
|