|
| 26. |
Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi
orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
|
| 27. |
(Wahai
golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan
atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
|
| 28. |
Ia telah
meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
|
| 29. |
Dan Ia
menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
|
| 30. |
Dan bumi
sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
|
| 31. |
Ia mengeluarkan
dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
|
| 32. |
Dan gunung-ganang
pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
|
| 33. |
(Semuanya
itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
|
| 34. |
Maka apabila
datang hari yang bencananya amat besar, -
|
| 35. |
Iaitu hari
manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
|
| 36. |
Dan neraka
diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
|
| 37. |
Maka (dapatlah
masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan
derhakanya), -
|
| 38. |
Serta ia
mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
|
| 39. |
Maka sesungguhnya
neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
|
| 40. |
Adapun
orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk
dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
|
| 41. |
Maka sesungguhnya
Syurgalah tempat kediamannya.
|
| 42. |
Mereka
(yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:
"Bilakah masa datangnya?"
|
| 43. |
Apa hubungannya
tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
|
| 44. |
Kepada
Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
|
45. |
Tugasmu
hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat
itu.
|
| 46. |
(Sangatlah
dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa)
pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan
sekadar satu petang atau paginya sahaja.
|