|
| 26. |
Sebagai
balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
|
| 27. |
Kerana
sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan
amal,
|
| 28. |
Dan mereka
telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan
Kami;
|
| 29. |
Dan tiap-tiap
sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
|
| 30. |
(Setelah
mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu
telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan),
kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada
kamu".
|
| 31. |
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa
yang mereka ingini.
|
| 32. |
(Mereka
akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;
|
| 33. |
Dan perawan-perawan
yang sebaya umurnya;
|
| 34. |
Serta piala
atau gelas yang penuh dengan minuman;
|
| 35. |
Mereka
tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula
perkataan yang dusta;
|
| 36. |
Sebagai
balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut
yang dijanjikanNya),
|
| 37. |
Tuhan yang
mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara
keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata
denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan
itu);
|
| 38. |
(Tambahan
pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf
(menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon
pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha
Pemurah, serta ia berkata benar.
|
| 39. |
Itulah
keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya;
maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan
dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
|
| 40. |
Sesungguhnya
(dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada
kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang
melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata
(pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku
tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
|