|
| 1. |
Bukankah
telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang
ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut,
(maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
|
| 2. |
Sesungguhnya
Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang
bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya
(dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat.
|
| 3. |
Kerana
keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan
kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang
salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman
dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau
menderhaka).
|
| 4. |
(Dalam
pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku
kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang
menjulang-julang.
|
| 5. |
Sesungguhnya
orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari
piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
|
| 6. |
Iaitu sebuah
matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang
taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan
aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
|
| 7. |
(Mereka
dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah
lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat)
yang azab seksanya merebak di sana sini.
|
| 8. |
Mereka
juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada
orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
|
| 9. |
(Sambil
berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan
kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang
balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
|
| 10. |
"Kami sebenarnya
takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka
orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
|
| 11. |
Dengan
sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka
dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada
mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira
(di hati).
|
| 12. |
Dan kerana
kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya),
mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
|
| 13. |
Mereka
berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang
berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya),
dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
|
| 14. |
Sedang
naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya
pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
|
| 15. |
Dan (selain
itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak
dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya)
-
|
| 16. |
(Keadaannya
laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar
isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
|
| 17. |
Dan mereka
dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
|
| 18. |
Iaitu sebuah
matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
|
| 19. |
Dan mereka
dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya),
yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak
muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
|
| 20. |
Dan apabila
engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah
dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
|
| 21. |
Mereka
di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus
dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang
tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis
minuman (yang lain) yang bersih suci.
|
| 22. |
(Serta
dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk
kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima
dan dihargai (oleh Allah)".
|
| 23. |
Sesungguhnya
Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
|
| 24. |
Oleh itu
hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada
golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang
yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
|
| 25. |
Dan sebutlah
dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang),
pada waktu pagi dan petang;
|