|
| 1. |
Aku bersumpah
dengan Hari Kiamat;
|
| 2. |
Dan Aku
bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah
mati)!
|
| 3. |
Patutkah
manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan
tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
|
| 4. |
Bukan sebagaimana
yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala
tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
|
| 5. |
(Kebenaran
itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka
hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga
ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
|
| 6. |
Dia bertanya
(secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
|
| 7. |
Maka (jawabnya:
hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana
gerun takut),
|
| 8. |
Dan bulan
hilang cahayanya,
|
| 9. |
Dan matahari
serta bulan dihimpunkan bersama,
|
| 10. |
(Maka)
pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah
hendak melarikan diri?"
|
| 11. |
Tak usahlah
bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
|
| 12. |
Pada hari
itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
|
| 13. |
Pada hari
itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia
telah tinggalkan.
|
| 14. |
Bahkan
manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
|
| 15. |
Walaupun
ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
|
| 16. |
Janganlah
engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan
kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
|
| 17. |
Sesungguhnya
Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan
bacaannya (pada lidahmu);
|
| 18. |
Oleh itu,
apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan
Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
|
| 19. |
Kemudian,
sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang
memerlukan penjelasan).
|
| 20. |
Sedarlah
wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan
kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang
cepat habisnya.
|
| 21. |
Dan kamu
tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
|
| 22. |
Pada hari
akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
|
| 23. |
Melihat
kepada Tuhannya.
|
| 24. |
Dan pada
hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
|
| 25. |
Sambil
percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa)
yang membinasakan.
|