|
| 51. |
Melarikan
diri (ketakutan) dari singa!
|
| 52. |
(Mereka
tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya
mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan
dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
|
| 53. |
Sebenarnya!
(Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya
dan) tidak takut akan hari akhirat.
|
| 54. |
Ketahuilah!
Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
|
| 55. |
Oleh itu
sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
|
| 56. |
Dan (dalam
pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah;
Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak
memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
|