|
| 26. |
(Disebabkan
kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
|
| 27. |
Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
|
| 28. |
Ia membakar
mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa
terus)
|
| 29. |
Ia terus-menerus
membakar kulit manusia!
|
| 30. |
Pengawal
dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
|
| 31. |

Dan (ketahuilah
bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan
(dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar
makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan
bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan
dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi
Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran),
dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya
orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu
(tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang
(munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir
berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan
ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada
yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah,
segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah
menjadi peringatan bagi manusia.
|
| 32. |
Sebenarnya!
Demi bulan,
|
| 33. |
Dan malam
apabila ia balik melenyapkan diri,
|
| 34. |
Dan waktu
subuh apabila ia terang-benderang,
|
| 35. |
Sesungguhnya
neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
|
| 36. |
Yang menjadi
amaran bagi umat manusia,
|
| 37. |
(Iaitu)
bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan)
atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
|
| 38. |
Tiap-tiap
diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang
dikerjakannya,
|
| 39. |
Kecuali
puak Kanan,
|
| 40. |
(Mereka
ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
|
| 41. |
Tentang
(tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
|
| 42. |
(Setelah
melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan
kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
|
| 43. |
Orang-orang
yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang
yang mengerjakan sembahyang;
|
| 44. |
"Dan kami
tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
|
| 45. |
"Dan kami
dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama
orang-orang yang memperkatakannya;
|
| 46. |
"Dan kami
sentiasa mendustakan hari pembalasan,
|
| 47. |
"Sehinggalah
kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".
|
| 48. |
Maka tidak
akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan
ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
|
| 49. |
(Kalau
demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling
lari dari peringatan (Al-Quran) ?
|
| 50. |
Seolah-olah
mereka sekawan keldai liar yang lari,
|