|
| 1. |
Wahai orang
yang berselimut!
|
| 2. |
Bangunlah
serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
|
| 3. |
Dan Tuhanmu,
maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
|
| 4. |
Dan pakaianmu,
maka hendaklah engkau bersihkan.
|
| 5. |
Dan segala
kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
|
| 6. |
Dan janganlah
engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
|
| 7. |
Dan bagi
(menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap
tentangan musuh)!
|
| 8. |
Kerana
apabila telah ditiup sangkakala,
|
| 9. |
Maka saat
yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
|
| 10. |
Kepada
orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
|
| 11. |
(Jangan
engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang
menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak
berharta dan anak pinak),
|
| 12. |
Dan Aku
jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
|
| 13. |
Serta anak
pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
|
| 14. |
Dan Aku
mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
|
| 15. |
Kemudian
ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
|
| 16. |
Tidak sekali-kali
(akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan
ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
|
| 17. |
Aku akan
menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
|
| 18. |
Kerana
sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap
Al-Quran) -
|
| 19. |
Maka binasalah
dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
|
| 20. |
Sekali
lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan
itu)?
|
| 21. |
Kemudian
ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran,
tetapi ia gagal);
|
| 22. |
Setelah
itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
|
| 23. |
Kemudian
ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
|
| 24. |
Serta ia
berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta
dipelajari (dari ahli-ahlinya);
|
| 25. |
"Ini tidak
lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"
|