|
| 1. |
Sesungguhnya
Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya):
"Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi
azab yang tidak terperi sakitnya".
|
| 2. |
dia pun
(menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus
kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
|
| 3. |
"Iaitu
sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu
kepadaku;
|
| 4. |
"Supaya
Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi
kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu;
(maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang
telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan;
kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
|
| 5. |
(Setelah
puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya
aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
|
| 6. |
"Maka seruanku
itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi
mereka melarikan diri (dari kebenaran).
|
| 7. |
"Dan sesungguhnya
aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan
dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing,
dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya,
dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
|
| 8. |
"Kemudian
aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;
|
| 9. |
"Selain
dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan
berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
|
| 10. |
"Sehingga
aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya
adalah Ia Maha Pengampun.
|
| 11. |
"(Sekiranya
kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah,
kepada kamu;
|
| 12. |
"Dan Ia
akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak;
dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan
bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
|
| 13. |
"Mengapa
kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
|
| 14. |
"Padahal
sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
|
| 15. |
"Tidakkah
kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh
petala langit bertingkat-tingkat,
|
| 16. |
"Dan Ia
menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai
lampu (yang terang-benderang),
|
| 17. |
"Dan Allah
telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi,
dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
|
| 18. |
"Kemudian
Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu
daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi
balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
|
| 19. |
"Dan Allah
telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
|
| 20. |
"Supaya
kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".
|
| 21. |
Nabi Nuh
(merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah
menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya
dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
|
| 22. |
"Dan mereka
telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar
jahatnya (untuk menentang seruanku).
|
| 23. |
"Dan (ketua-ketua)
mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan)
tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth,
dan Ya'uuq, serta Nasr.
|
| 24. |
"Dan sesungguhnya
ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan
yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang
zalim itu melainkan kesesatan jua".
|
| 25. |
Disebabkan
dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan
taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka
mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang
dapat memberikan pertolongan).
|