|
| 26. |
Sebaik-baik
sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat
jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
|
| 27. |
(Setelah
mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat),
bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan
sebab ingatan buruk kita sendiri)".
|
| 28. |
Berkatalah
orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan
kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari
habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan
rancangan kamu yang jahat itu) ?"
|
| 29. |
Mereka
berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang berlaku zalim!"
|
| 30. |
Kemudian
setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
|
| 31. |
Mereka
berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang
melampaui batas.
|
| 32. |
"Semoga
Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih
baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan
kita sahajalah kita berharap".
|
| 33. |
Demikianlah
azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia),
dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang
yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
|
| 34. |
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang
penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.
|
| 35. |
Patutkah
Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat),
sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
|
| 36. |
Apa sudah
jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang
salahnya itu)?
|
| 37. |
Adakah
kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?
|
| 38. |
Bahawa
di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?
|
| 39. |
Atau adakah
kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang
tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang
kamu putuskan?
|
| 40. |
Bertanyalah
kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya
hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang
Islam?"
|
| 41. |
Atau adakah
mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada)
maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar.
|
| 42. |
(Ingatkanlah
orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara
(hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya,
-
|
| 43. |
Sambil
pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya
mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan)
sedang mereka dalam keadaan sihat.
|
| 44. |
Biarkanlah
Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran
ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan),
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
|
| 45. |
Dan Aku
akan melanjutkan tempoh untuk mereka; sesungguhnya rancangan sulitKu (terhadap
golongan yang kufur ingkar itu), amatlah kuat kukuh.
|
| 46. |
Pernahkah
engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai
ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung
bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
|
| 47. |
Atau adakah
di sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib
lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
|
| 48. |
Maka bersabarlah
(wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka),
dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan.
(Ingatlah kisahnya) ketika ia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak
terkurung dalam perut ikan.
|
| 49. |
Kalaulah
ia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah
ia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan ia ditempelak (kerana
salah silapnya).
|
| 50. |
Selepas
itu Tuhannya memilihnya, serta menjadikan dia dari orang-orang yang soleh.
|