|
| 1. |
Apabila
berlaku hari kiamat itu,
|
| 2. |
Tiada sesiapapun
yang dapat mendustakan kejadiannya.
|
| 3. |
Kejadian
hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan
yang taat).
|
| 4. |
(Ia berlaku)
semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
|
| 5. |
Dan gunung-ganang
dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
|
| 6. |
Lalu menjadilah
ia debu yang bertebaran,
|
| 7. |
Dan kamu
pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
|
| 8. |
Iaitu puak
pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
|
| 9. |
Dan puak
pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
|
| 10. |
Dan (puak
yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan
kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya
di akhirat kelak);
|
| 11. |
Mereka
itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
|
| 12. |
(Tinggal
menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
|
| 13. |
(Di antaranya)
sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
|
| 14. |
Dan sebilangan
kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
|
| 15. |
(Mereka
duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan
permata;
|
| 16. |
Sambil
berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
|
| 17. |
Mereka
dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya),
yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
|
| 18. |
Dengan
membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang
berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
|
| 19. |
Mereka
tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
|
| 20. |
Dan juga
(dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
|
| 21. |
Serta daging
burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
|
| 22. |
Dan (mereka
dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
|
| 23. |
Seperti
mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
|
| 24. |
(Semuanya
itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
|
| 25. |
Mereka
tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada
pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
|