|
| 51. |
Dan demi
sesungguhnya! Kami telah binasakan orang-orang yang sama keadaannya seperti
kamu; maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?
|
| 52. |
Dan tiap-tiap
perkara yang mereka lakukan, adalah tertulis di dalam Kitab suratan amal;
|
| 53. |
Dan tiap-tiap
perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatit.
|
| 54. |
Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang
indah) dan (dekat) beberapa sungai,
|
| 55. |
Di tempat
yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi
Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.
|