|
| 26. |
Mereka
akan mengetahui kelak siapakah orangnya yang pendusta, lagi sombong angkuh
itu.
|
| 27. |
Sesungguhnya
Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian
bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang
mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
|
| 28. |
Dan khabarkanlah
kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara
mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak
mengambilnya (pada hari gilirannya).
|
| 29. |
(Mereka
selepas itu merasa bosan dengan keadaan unta itu dan berkira hendak membunuhnya),
lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), dia pun
bertindak sampai dapat membunuhnya.
|
| 30. |
Maka perhatikanlah,
bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
|
| 31. |
Sesungguhnya
Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah
mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur,
yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.
|
| 32. |
Dan demi
sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
|
| 33. |
(Demikian
juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan
oleh Rasulnya).
|
| 34. |
Sesungguhnya
Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka
dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan
menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
|
| 35. |
Sebagai
limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
|
| 36. |
Dan demi
sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab
seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
|
| 37. |
Dan demi
sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami
hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu
dan kesan amaran-amaranKu!
|
| 38. |
Dan demi
sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari
(esoknya).
|
| 39. |
Lalu (dikatakan
kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
|
| 40. |
Dan demi
sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
|
| 41. |
Dan demi
sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi
amaran.
|
| 42. |
Mereka
telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab
seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.
|
| 43. |
Adakah
orang-orang kafir kamu (wahai kaum musyrik Mekah), lebih baik (kekuatan,
kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum kafir yang tersebut itu?
Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam Kitab-kitab Suci tentang
kebebasan kamu (dari azab)?
|
| 44. |
(Mereka
tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata (dengan angkuhnya):
Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri!
|
| 45. |
Kumpulan
mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling
lari.
|
| 46. |
(Bukan
kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada
mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa)
hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.
|
| 47. |
Sesungguhnya
orang-orang yang berdosa berada dalam keadaan sesat (di dunia), dan (di
akhirat pula mereka berada dalam) api Neraka.
|
| 48. |
Semasa
mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta
dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.
|
| 49. |
Sesungguhnya
Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). |
| 50. |
Dan hal
Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja,
(cepat jadinya) seperti sekelip mata.
|