|
| 26. |
(Golongan
yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu)
padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan
sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan diredhaiNya.
|
| 27. |
Sesungguhnya
orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak
menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
|
| 28. |
Sedang
mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain
hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu
tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
|
| 29. |
Oleh itu,
janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran
Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
|
| 30. |
(Kepentingan
dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh
mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang mendapat hidayah petunjuk.
|
| 31. |
Dan Allah
jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan
semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa
yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan
balasan yang sebaik-baiknya.
|
| 32. |
(Iaitu)
orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang
keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya,
maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih
mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah,
dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian
dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa
kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang bertaqwa.
|
| 33. |
Adakah
engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran
kerana ia dihasut)?
|
| 34. |
Dan setelah
ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa
nafsunya)?
|
| 35. |
Adakah
ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat
mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan
menimpanya pada hari akhirat)?
|
| 36. |
Atau belumkah
ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
|
| 37. |
Dan juga
(dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala
yang diperintahkan kepadanya)?
|
| 38. |
(Dalam
Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul
tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
|
| 39. |
Dan bahawa
sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa
yang diusahakannya;
|
| 40. |
Dan bahawa
sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat
kelak);
|
| 41. |
Kemudian
usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
|
| 42. |
Dan bahawa
sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
|
| 43. |
Dan bahawa
sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa,
dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
|
| 44. |
Dan bahawa
sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
|
| 45. |
Dan bahawa
sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan,
-
|
| 46. |
Dari (setitis)
air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
|
| 47. |
Dan bahawa
sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang
mati);
|
| 48. |
Dan bahawa
sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa
yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
|
| 49. |
Dan bahawa
sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra; |
| 50. |
Dan bahawa
sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi
Hud), -
|