|
| 1. |
Demi bintang
semasa ia menjunam, -
|
| 2. |
Rakan kamu
(Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia
menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan
yang salah).
|
| 3. |
Dan ia
tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri.
|
| 4. |
Segala
yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan kepadanya.
|
| 5. |
wahyu itu
(disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat
kuat gagah, -
|
| 6. |
Lagi yang
mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi
Muhammad) dengan rupanya asal, -
|
| 7. |
Sedang
ia berada di arah yang tinggi (di langit);
|
| 8. |
Kemudian
ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit
demi sedikit,
|
| 9. |
Sehingga
menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung
busaran panah, atau lebih dekat lagi;
|
| 10. |
Lalu Allah
wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril)
apa yang telah diwahyukanNya.
|
| 11. |
Hati (Nabi
Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
|
| 12. |
Jika demikian,
patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
|
| 13. |
Dan demi
sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk
rupanya yang asal) sekali lagi,
|
| 14. |
Di sisi
"Sidratul-Muntaha";
|
| 15. |
Yang di sisinya
terletak Syurga "Jannatul-Makwa". |
| 16. |
(Nabi Muhammad
melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa
" Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib,
yang tidak terhingga. |
| 17. |
Penglihatan
(Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan
pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula
melampaui batas.
|
| 18. |
Demi sesungguhnya,
ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan
luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
|
| 19. |
(Setelah
kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan
kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat"
dan "Al-Uzza" -
|
| 20. |
Serta "Manaat"
yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap
sebagai anak-anak perempuan Allah)?
|
| 21. |
Patutkah
kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan
untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
|
| 22. |
Pembahagian
yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
|
| 23. |
Benda-benda
yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk
nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang
membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan
dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah
datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
|
| 24. |
Adakah
manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
|
| 25. |
Kerana
Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
|