|
| 26. |
Mereka
berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga
kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),
|
| 27. |
"Maka Allah
mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab
neraka.
|
| 28. |
"Sesungguhnya
kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya
Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".
|
| 29. |
Maka hendaklah
engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran
Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang
ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu
itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
|
| 30. |
(Mereka
menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan:
"(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".
|
| 31. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu tuduh itu), maka
sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu
(akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala)".
|
| 32. |
Adakah
mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang
sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas
(dalam keingkaran dan kedegilannya)?
|
| 33. |
(Bukan
sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad)
telah mereka-reka Al-Quran itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas)
bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!
|
| 34. |
(Kalau
tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih
dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar
dakwaannya.
|
| 35. |
(Mengapa
mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya,
atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?
|
| 36. |
Adakah
mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka
adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah
mengakuinya).
|
| 37. |
Adakah
pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi
atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa
mentadbirkan segala-galanya?
|
| 38. |
Adakah
mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat
mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah? Jika ada)
maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang
menyatakan kebenarannya.
|
| 39. |
Adilkah
(kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan
untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?
|
| 40. |
Pernahkah
engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai
ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung
bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
|
| 41. |
Adakah
pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib,
lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
|
| 42. |
(Mereka
tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan
mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi
mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan
ditimpa balasan rancangan jahatnya.
|
| 43. |
(Apabila
datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang
dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa
yang mereka sekutukan itu.
|
| 44. |
Dan kiranya
mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka),
mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok - berlapis-lapis!"
|
| 45. |
(Kalau
keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka
(wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari
yang padanya mereka akan binasa -
|
| 46. |
(Iaitu)
hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan
sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.
|
| 47. |
Sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang
tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya). |
| 48. |
Dan (dengan
yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi
tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam
pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu
semasa engkau bangun.
|
| 49. |
Dan juga
hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang
tenggelam (pada waktu subuh).
|