|
| 1. |
Demi Gunung
Tursina;
|
| 2. |
Dan demi
Kitab yang tertulis dengan rapi -
|
| 3. |
Pada lembaran
surat yang terbuka;
|
| 4. |
Dan demi
"Al-Baitul Makmur";
|
| 5. |
Dan demi
bumbung yang tinggi;
|
| 6. |
Dan demi
laut yang penuh tepu (dengan kepanasan); -
|
| 7. |
Sesungguhnya
azab Tuhanmu tetap berlaku; -
|
| 8. |
Tidak ada
sesiapapun yang dapat menolaknya; -
|
| 9. |
Pada hari
langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
|
| 10. |
Dan gunung-ganang
bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
|
| 11. |
(Apabila
berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu
bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;
|
| 12. |
Iaitu orang-orang
yang leka bermain-main dalam kesesatan.
|
| 13. |
Pada hari
mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,
|
| 14. |
(Dan dikatakan
kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
|
| 15. |
"Maka adakah
ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul
Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak
nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?
|
| 16. |
"Rasalah
bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak
bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak
dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
|
| 17. |
Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat
kesenangan (yang tidak ada taranya).
|
| 18. |
Mereka
bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka
dipelihara Tuhan dari azab neraka.
|
| 19. |
(Dan dikatakan
kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat
serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
|
| 20. |
Mereka
duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan
kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik
matanya.
|
| 21. |
Dan orang-orang
yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman,
Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam
Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala
amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
|
| 22. |
Dan (penduduk
Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan
dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
|
| 23. |
Mereka
di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang
lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan
timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan
(peminumnya menanggung) dosa.
|
| 24. |
Dan mereka
dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka,
(yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan
dengan sebaik-baiknya.
|
| 25. |
Dan (dengan
berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil
bertanya-tanya.
|