|
| 51. |
"Dan janganlah
kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya
aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".
|
| 52. |
Demikianlah
(keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu
wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum
yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang
ahli sihir, atau seorang gila".
|
| 53. |
Adakah
mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan
tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan
mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
|
| 54. |
Oleh itu,
berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan
janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau
memberi amaran kepada mereka).
|
| 55. |
Dan tetap
tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
|
| 56. |
Dan (ingatlah)
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu.
|
| 57. |
Aku tidak
sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku
tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
|
| 58. |
Sesungguhnya
Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan
Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang
Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
|
| 59. |
(Setelah
ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang
zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab
seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu).
Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.
|
| 60. |
Maka kecelakaan
dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan
kepada mereka.
|