|
| 1. |
Haa, Miim.
|
| 2. |
Demi Al-Quran
Kitab yang menerangkan kebenaran.
|
| 3. |
Sesungguhnya
Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat
demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran
(jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
|
| 4. |
(Kami menurunkan
Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu,
dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat
serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
|
| 5. |
Iaitu perkara-perkara
yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi
adat Kami mengutus Rasul.
|
| 6. |
(Untuk
menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah
Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
|
| 7. |
Tuhan (yang
mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada
di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat
itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
|
| 8. |
Tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang
mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah
lalu.
|
| 9. |
(Mereka
tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka
masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.
|
| 10. |
Oleh itu
tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas
nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
|
| 11. |
Yang akan
menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata:
"Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
|
| 12. |
(Pada saat
itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah
azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
|
| 13. |
Bagaimana
mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)?
Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan
(yang cukup untuk mereka beriman)!
|
| 14. |
Sekalipun
demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya
sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa
asing), dia juga seorang yang gila!"
|
| 15. |
Sesungguhnya
(kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan
kembali (kufur ingkar).
|
| 16. |
(Ingatlah!
Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan
(kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami
tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
|
| 17. |
Dan demi
Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun
telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
|
| 18. |
(Yang memberitahu
kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah
(apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini
seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.
|
| 19. |
"Dan janganlah
kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa
kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.
|
| 20. |
"Dan sesungguhnya
aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada
kamu merejam (atau menyakiti) daku.
|
| 21. |
"Dan sekiranya
kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan
kamu denganku (janganlah mengganggu daku)."
|
| 22. |
(Setelah
Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada
Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa,
(yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan
yang seburuk-buruknya)".
|
| 23. |
Lalu (diperintahkan
kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu
malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
|
| 24. |
"Dan tinggalkanlah
laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang
mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".
|
| 25. |
Banyak
sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
|