|
| 51. |
Dan Firaun
pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku!
Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai
ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
|
| 52. |
"Bahkan
bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang
hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
|
| 53. |
"(Kalau
betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang
emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama
dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
|
| 54. |
(Dengan
yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya;
sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.
|
| 55. |
Setelah
mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami
menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga
binasa).
|
| 56. |
Maka kami
jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.
|
| 57. |
Dan ketika
(nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk
membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya
(kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
|
| 58. |
Dan mereka
berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau
Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu
(wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari
kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan
bantahan.
|
| 59. |
Nabi Isa
itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat
kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan
kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.
|
| 60. |
Dan kalaulah
kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki):
malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.
|
| 61. |
Dan sesungguhnya
Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu
tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang
lurus.
|
| 62. |
Dan janganlah
Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya
Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
|
| 63. |
Dan ketika
Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang
nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa
hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari
(perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah
kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
|
| 64. |
"Sesungguhnya
Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah
jalan yang lurus".
|
| 65. |
Kemudian,
golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka
kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan)
azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
|
| 66. |
(Mereka
yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan
saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan
mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.
|
| 67. |
Pada hari
itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya
yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman
dan amal soleh).
|
| 68. |
(Mereka
- yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala
dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan
merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula
tidak akan berdukacita".
|
| 69. |
(Mereka
itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta
mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
|
| 70. |
(Mereka
diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu
ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan
menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".
|
| 71. |
Diedarkan
kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam
Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang
indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal
di dalamnya".
|
| 72. |
Dan (dikatakan
lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan
apa yang kamu telah kerjakan".
|
| 73. |
"Kamu beroleh
di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya".
|
| 74. |
"Sesungguhnya
orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di
dalam azab seksa neraka Jahannam.
|
| 75. |
Tidak diringankan
azab itu daripada mereka, dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus
asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),
|