|
| 1. |
Haa, Miim.
|
| 2. |
Ain, Siin,
Qaaf.
|
| 3. |
Sebagaimana
yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain - diwahyukan
kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu,
oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
|
| 4. |
Dia lah
yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi; dan Dia lah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
|
| 5. |
Alam langit
nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada
kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga
menyeleweng dari jalan yang benar); dan malaikat bertasbih dengan memuji
Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah!
Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
|
| 6. |
Dan (sebaliknya)
orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung
(yang disembah dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi
tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad
hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan
dan amalan) mereka.
|
| 7. |
Dan sebagaimana
Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam
bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk)
"Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi
peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak
ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan
sepuak lagi masuk neraka.
|
| 8. |
Dan jika
Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu
dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian
bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya
(menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak
ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
|
| 9. |
Tidaklah
patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung
(yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya,
dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah),
Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
|
| 10. |
Dan (katakanlah
wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara ugama yang
kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah;
Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku
berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".
|
| 11. |
Dia lah
yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan
dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak
pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian
dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding
dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Melihat.
|
| 12. |
Dia lah jua
yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan
rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan),
dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya
Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
| 13. |
Allah telah
menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan
hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah
Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah
pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada
dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid)
yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa
yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah
petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan
taat).
|
| 14. |
Dan umat
tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan
ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang
memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya
(perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.
Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu
(untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah
dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya
orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada
mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.
|
| 15. |
Oleh kerana
yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama
dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang
diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan
oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah
jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal
kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
(kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama
(pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi
dan diberi balasan)".
|
| 16. |
Dan orang-orang
yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah sesudah
disambut dan diterima ugamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka
itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan
(dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
|
| 17. |
Allah yang
menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan
yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui?
Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
|
| 18. |
Orang-orang
yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek)
supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman
merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa
ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai
hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.
|
| 19. |
Allah Maha
Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya)
kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa.
|
| 20. |
Sesiapa
yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami
akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan
sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata,
Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan),
dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
|
| 21. |
Patutkah
mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari
ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?
Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari
Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu),
tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat
demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.
|
| 22. |
(Pada hari
kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan
buruk) bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab
seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta beramal
soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja
yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah
kurnia yang besar.
|
| 23. |
(Limpah
kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan
itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan
pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak
disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami
tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya
(akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
|
| 24. |
(Orang-orang
kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan:
"Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah" (Sebenarnya tidak patut
mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika Ia menghendaki -
menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah
nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan Ia memberi
kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan
adalah benar belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara
yang salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya
dan keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati)
yang terkandung di dalam dada.
|
| 25. |
Dan Dia
lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta
memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui
akan apa yang kamu semua kerjakan.
|