|
| 51. |
Dan apabila
Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan
diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa
merayu dengan panjang lebar.
|
| 52. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sudahkah nampak baiknya keadaan kamu jika Al-Quran ini
(yang datangnya) dari Allah kemudian kamu mengingkarinya? Siapakah yang
lebih sesat daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan pertentangan,
yang menyimpang jauh dari kebenaran?"
|
| 53. |
Kami akan
perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat
(dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu
mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? |
| 54. |
Ingatlah!
Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan
syak - ragu-ragu tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya
Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.
|