|
| 26. |
Maka Allah
merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana),
dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka)
lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka
tidak mendustakan Rasul).
|
| 27. |
Dan demi
sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal
perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan
pelajaran.
|
| 28. |
laitu Al-Quran
yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong;
supaya mereka bertaqwa.
|
| 29. |
Allah memberikan
satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa
orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang
hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua
hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: "Alhamdulillah"
(sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan
mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).
|
| 30. |
Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.
|
| 31. |
Kemudian,
sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di
hadapan Tuhan kamu.
|
| 32. |
(Apabila
berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim
daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah,
dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan
kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan
tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
|
| 33. |
Dan (nyatalah
bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya)
mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang
yang bertaqwa.
|
| 34. |
Disediakan
untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah
balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.
|
| 35. |
(Limpah
kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertaqwa) kerana
Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal
perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala
mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
|
| 36. |
Bukankah
Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan
mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain
dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya
yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk
kepadanya.
|
| 37. |
Dan sesiapa
yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar),
maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha
Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
|
| 38. |
Dan demi
sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang
musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka
akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana
fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah
hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan
atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat
kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah
bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya
berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
|
| 39. |
Katakanlah:
"Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)! Buatlah sedaya
upaya kamu (untuk menentang ugama Islam yang aku sampaikan itu), sesungguhnya
aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya);
kemudian kamu akan mengetahui kelak -
|
| 40. |
"Siapakah
yang akan didatangi azab yang menghinakannya, serta akan ditimpakan kepadanya
azab seksa yang berkekalan".
|
| 41. |
Sesungguhnya
Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang
menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia
seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beramal menurutnya),
maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat
(tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas
dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah
menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka.
|
| 42. |
Allah (Yang
Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari
badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang
yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang
Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga
sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk
memahaminya).
|
| 43. |
Patutkah
mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat?
Bertanyalah (kepada mereka): "Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat
padahal semuanya tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?"
|
| 44. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang
Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan
kepadaNya (untuk menerima balasan)."
|
| 45. |
Dan (di
antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama
Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati
mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama
yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta
riang dan gembira.
|
| 46. |
Ucapkanlah
(wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui
perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili
di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan
padanya".
|
| 47. |
Dan sekiranya
orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai
sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada
azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka
dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.
|
| 48. |
Dan sudah
tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah
usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek
itu.
|
| 49. |
Maka apabila
manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian
apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah
ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan
dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya
itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur
atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat
itu).
|
| 50. |
Sebenarnya
orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian
maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari
azab Allah).
|