|
| 51. |
(Mereka
akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka
meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa
kelazatannya.
|
| 52. |
Dan di
sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.
|
| 53. |
Inilah
dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!
|
| 54. |
Sesungguhnya
ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis;
-
|
| 55. |
Nikmat-nikmat
ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa). Dan Bahawa sesungguhnya bagi
orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk
tempat kembali, -
|
| 56. |
Iaitu neraka
Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat
menetap ialah neraka Jahannam;
|
| 57. |
Ini sejenis
azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak
dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);
|
| 58. |
Dan azab
seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis
lagi.
|
| 59. |
(Penjaga
neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): "
Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama
kamu ". (Ketua-ketua itu berkata): " Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana
sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka ".
|
| 60. |
pengikut-pengikut
mereka menjawab: " Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana
kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya
neraka ini sebagai tempat penetapan ".
|
| 61. |
Mereka
berkata lagi: " Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada
kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka ".
|
| 62. |
Dan penduduk
neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: " Mengapa kita tidak melihat
orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi
hina)?
|
| 63. |
" Adakah
kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang
benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?
|
| 64. |
Sesungguhnya
(segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan
penduduk neraka sesama sendiri.
|
| 65. |
Katakanlah
(wahai Muhammad): " Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran,
dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha
Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya, -
|
| 66. |
" Tuhan
(yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada
di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa
hamba-hambaNya)".
|
| 67. |
Katakanlah
lagi: " Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran
kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).
|
| 68. |
" Yang
kamu terus mengingkarinya.
|
| 69. |
" Tiadalah
bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (malaikat),
semasa mereka bersoal jawab (mengenai Nabi Adam-kalaulah tidak diwahyukan
kepadaku).
|
| 70. |
" Tiadalah
diwahyukan kepadaku melainkan kerana sesungguhnya aku seorang Rasul pemberi
amaran yang jelas nyata (bukan seorang pembohong, atau ahli sihir, atau
gila) ".
|
| 71. |
(Ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku
hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;
|
| 72. |
" Kemudian
apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari
(ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".
|
| 73. |
(Setelah
selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali,
-
|
| 74. |
Melainkan
Iblis; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari
golongan yang kafir.
|
| 75. |
Allah berfirman:
" Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang
Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur,
ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "
|